Bloggers

Friday, February 20, 2009

Check Up at 31 weeks

Rabu, 18.2.09 yang lalu ku pergi check up lagi untuk minggu ke 31. So the result as per below..

Weight : 70.5kg ( naik 2.3kg in 2 weeks )
BP : 120/80
HB : 11 ( alhamdulillah dah xcair lagi )

Then after check up kat Klinik Desa Budiman, aku kena pegi Klinik Meru untuk RCU kali ke 2. So jumpa doctor yang lemah lembut tu and dia bagi appointment untuk minum air gula ( MGTT test ) pada 6.3.09, sebab berat naik berlebihan kan.

Then dia scan sekejap untuk tengok jantung dan kedudukan baby.Jantung berfungssi dengan normal tapi kepala baby still kat atas which mean anakku is songsang...belum pusing lagi doc tu cakap. Aku dah naik risau sbb aku dah dipenghujung bulan ke 7. Semoga baby akan pusing nanti..amin..jangan lah buat mama risau wahai anakku.
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, February 14, 2009

Ke..BuZy..an MeLanDa

Dah lama tak update..bzzz sikit lately. Sebab dateline untuk close and submit NCR ke SIRIM dah dekat..Pastu PC aku kat ofis ni rosak plak..Memang bulan ni very the bz sgt la..ni pon kalo ikutkan Khamis depan kena pegi training kat MPC tapi sib baek cancel sbb kitorg kena conduct in house training untuk IQA yang akan datang. Bosan tul la..baru je lepas audit dah nak IQA lagi..mak penat weh..tolong lah...

2,3 ari ni baby kuat betul kicking..mama nak tido malam pun susah...kedang-kadang rasa geli geleman kat perut..kelako pun ada bila baby gerak-gerak. Tapi takpe la nak...gerak la banyak-banyak..atleast mama tak la risau..Next Wednesday checkup then petang tu kena g Klinik Meru wat checkup susulan..mayb doc nak scan baby kot..hopefully baby dah pusing ke bawah dan tak songsang lagi..aminn..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, February 5, 2009

Peeping our Little Prince..or Princess???

Malam tadi aku & hubby pegi buat detail scan kat Poliklinik Keluarga Umra kat Seksyen 13 tu. Harapan ku nak buat scan 3D tak tercapai sebab baby duk mengiring..dia tak ngadap ke alat ultrasound tu, so doc just wat 2D je..

Overall, our baby is healty..and doc kata perkembangan dia bagus.Dia tengok kepala, telinga, kaki, perut, jantung, paha, dan lain-lain semuanya berfungsi dengan baik. Cuma masa jumpa doc tu dia bebel sikit sbb aku tak bawa buku merah tu untuk dia conteng-conteng..
Masa scan tu jugak, doc duk intai-intai nak tgk jantina..tup tup dia cakap..."i sudah nampak dia punya buah...so it's a boy..".

Memang ada nampak macam benda bulat-bulat kat celah kaki dia..tapi wallahualam la kan. Papa & mummy tak mengharap sangat apa yang doc cakap tu betul ke tak, the most important thing is our baby sihat walafiat dan berkembang dengan baik.

Cumanya doc kata, placenta still kat bawah..tapi kebiasaannya bila dah nak 9 bln placenta akan naik..hopefully everything gonna be okay...Amin..kat bawah ni gambar yang doc tu snap masa scan n jadual detail berkaitan perkembangan baby.

Jadual Detail perkembangan baby..


Ni gambar kepala baby..doc ukur kepala dia..


Yang ni gambar tulang belakang baby


Ni dalam perut baby..doc ukur ape mama tak sure..


Ini plak telinga baby..doc cakap telinga nampak mcm telinga papa..


Ni la tapak kaki kecil yang selalu tendang-tendang perut mama..hehehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, February 4, 2009

29 weeks..

Today is Wednesday..kalau dah Wednesday kena g check up la..
As per today

Berat : 68.2kg (naik lagi 1.4kg)
HB : misi tu xamik bacaan Hb ari neh..nape tah..
BP : 110/70
Baby presentasi : dah pusing ke bawah ( misi cakap kepala baby dah pusing)
Kaki ada sedikit bengkak n mayb akan bengkak lagi...huhu
Kena cucuk kancing gigi dos ke 2.


Alhamdulillah tak kena minum air gula lagi..risau gak pagi tadi. Nasib BP tak naik sbb nervous..hehehe..

Next check up 18/02 nanti. Sebelah petangnya kena gi Klinik Meru jumpa doc untuk kali ke dua..mayb doc nak scan baby kot..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, February 1, 2009

Selamat Pengantin Baru...Fadhlina & Husairi

Masa balik kampung baru-baru ni aku sempat la menghadirkan diri ke majlis bersejarah salah seorang dari sahabatku yang sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dulu.
Fadhlina atau lebih mesra dengan panggilan Chem telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya Husairi@Ery yang juga bekas pelajar Politeknik Kota Bharu..diorang ni bercinta sejak belajar kat PKB la sampi la ke jinjang pelamin...

Kami ucapkan selamat berbahagia dan semoga cekal dah tabah dalam menghadapi cabaran sebagai suami isteri dan liku-liku berumahtangga. Yang paling penting saling percaya, give and take dan hormat-menghormati..May Allah Bless you all..






Terima kasih kerana sudi singgah sini

The Beginning..Part III

Entry yang ni aku nak story and nak tepek gambar scan masa kandungan berusia 16minggu and 20 minggu.

Alhamdulillah,setakat ni semua berjalan lancar dan takde masalah-masalah kesihatan yang aku hadapi..hopefully selamat la sampai aku melahirkan nanti..

Gambar scan ni tak brape clear..yang masa 16 minggu tu aku scan kat Klinik Alam Medic di Subang Perdana. Masa 20 minggu plak aku scan kat Klinik Kesihatan Meru. Doc kat Klinik Kesihatan Meru kata jantina nampak macam.....boy or girl?..hehehehe...tunggguuuu....

Ni gambar scan masa 16 weeks..nampak macam kepala..


Yang ni scan masa 20 weeks...nampak tulang belakang baby..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

The Beginning...part II

1 week after dapat tau yang aku pregnant, kitorang pegi checkup kat Klinik Mediviron yang berdekatan untuk pengesahan dan kitorg nak tau usia kandunganku masa tu.
Kebetulan doc yang bertugas hari tu Dr. Sharifah. Dr. Sharifah ni memang kenal dan rapat dengan my mother in law sbb klinik ni memang klinik panel tempat kerja abah.

So Dr Sharifah just tanya last date period aku n dia cek calendar pregnancy.Dr Sharifah kata dah 6 minggu usia kandunganku & dia bagi EDD 24 April 2009...kitorg tak scan sebab masih terlalu awal..Dr. Sharifah ada tekan-tekan perut aku, mayb dia nak cek kedudukan rahim kot..then dia kata rasa macam dah 2 bulan..tapi kalau dah scan boleh tau EDD yang lagi tepat lah.

Dr Sharifah just bagi Asid Folik and aku kena makan 1x sehari untuk pertumbuhan saraf baby...

Peknen dalam bulan Ramadhan ni banyak juga cabaran..and aku pun ada ponteng puasa 3 hri..memang tak larat sangat-sangat..tak lalu makan, rasa loya, pening, muntah..macam-macam rasa ada..tapi aku gagahkan jua demi buah hati dalam rahimku ini dan suami terchenta...

Aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku peknen dalam bulan ramadhan ni aku takde la mengidam yang pelik-pelik sampai menyusahkan En Saiful dan family mertuaku..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...