Bloggers

Monday, March 30, 2009

Week 37 - Caesarean...Harapan atau Realiti..

Last week aku buat ultrasound lagi skali kat Klinik bersalin Umra..dan keputusannya sangat mengecewakan hati ku dimana baby still breach..Dr Ummul advise suh refer kat hospital yang aku nak bersalin nanti untuk buat appointment sebab katanya 99% aku kena caesar..Dr Ummul cakap tak mungkin my baby boleh pusing sebab placenta kat atas..aku pelik jgk..bukan ke sememangnya placenta kat atas? Dia juga advise jangan urut dengan bidan, risiko baby terbelit tali pusat...
Jadi next check up nanti (this Wednesday ) aku kena mintak surat untuk refer ke hospital...mungkin ini yang terbaik untukku dan baby..
Ya Allah..tabahkan lah hatiku dalam menempuhi dugaan Mu..Sekiranya ini adalah takdir Mu untukku, Kau permudahkan lah segalanya..Amin..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, March 22, 2009

Kontraksi..Oh..Kontraksi..

Aku tak sure la betul ke tak tu sakit kontraksi. 2 hari yang lepas dalam pukui 9 gitu, aku rasa cam pening-pening sikit, loya, nak muntah macam mula-mula peknen dulu..
Lepas seketika pening ku reda, datang pulak sakit perut..memulas-mulas macam rasa nak be**k n cirit birit. Aku pi toilet..dalam 5 minit gak kat toilet tu tapi takde apa yang keluar..malah rasa memulas tadi pun dah ilang..
Aku kembali ke meja sambung kerja..tak sampai 10 minit sakit n memulas tadi datang lagi..aku tunggu kejap kot-kot sakit tu sekejap je..aku pun bangun untuk amik file kat kabinet belakang aku, then aku dapat rasa sakit tu ilang..Aku duduk balik and tiba-tiba sakit tu datang lagi di selangi dengan rasa memulas tadi..
Aku ke toilet sekali lagi, tapi still sama juga tiada apa yang keluar..rasanya 4,5 kali jugak la aku keluar masuk toilet sampai ofismate aku tegur " awat kerap no hang masuk toilet.."hehehehe...
Aku bagi tau kat dia rasa sakit perut berulang-ulang, masuk toilet 4,5 kali pun tak keluar pape..then dia kata mayb kontraksi Braxton Hicks..
Oh...baru aku teringat pasal Braxton Hicks...mungkin macam tu kot rasa kontraksi tapi ofismate ku kata kalau kontraksi yang betul akan semakin kuat dan semakin sakit..
Aku memang cuak juga la hari tu, ye la buatnya nak bersalin betul-betul tak ke haru..dah la baru week 35..aku nyaris-nyaris nak call hubby suh datang amik bawa g spital. Tapi sebab sakit tu aku boleh tahan lagi so aku tak jadi call hubby.Lama juga la rasa memulas-mulas tu menyerang, lepas lunch baru kurang sikit..
Tak dapat ku gambar kan macam mana sakit bersalin yang sebenar..semoga Allah permudahkan segalanya...amin.
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 18, 2009

Check Up at week 35...

Pagi tadi check up untuk week ke 35..

Berat : 73.4kg ( last check up 72.1kg)
Hb : 11.1
BP : 110/70mmg
Baby Presentasi : nurse tu kata dah pusing tapi tak tau la..aku rasa macam belum..

Nurse tu suruh prepare semua barang-barang baby masuk dalam beg untuk bawa gi spital nanti..n barang-barang mummy juga.
Next week aku n hubby nak g scan baby la, nak make sure baby dah pusing ke belum...
Ya Allah..Permudahkanlah segalanya...Amin
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, March 14, 2009

Akhirnya..bertemu jua

Setelah hampir 6 bulan memendam rindu, akhirnya dapat juga kami bertemu dan melepaskan kerinduan untuk ke sekian kalinya...
Kak Ju dan Bro RK, teman kami dari Singapura telah datang ke KL pada 6-8 Mac yang lalu atas beberapa urusan dan oleh kerana sudah lama tidak bersua muka, maka kami arrange satu pertemuan dengan mereka..



Malam 6hb tu kami semua makan-makan di Restoran Amy Seafood di Taman Equine, Seri Kembangan..kami bawa ikan kerapu yang di pancing oleh hubby beberapa minggu yang lalu.Oleh kerana ikan tu agak besar, jadi masih ada lagi la stok kat dalam peti sejuk kat rumah.Kami suruh restoran tu masak 3 rasa..perrgghh..marvelous...











Ni lauk pauk tambahan selain dari ikan tu..dah tinggal separuh lauk pauknya baru la teringat nak snap gambar...suka betul Kak Ju makan ikan 3 rasa, tomyam dan kerabu kat restoran tu sebab katanya cara masaknya tak sama kalau di Singapura.













Kami borak-borak sampai la jam merangkak dekat pukul 1 pagi..tu pun sbb aku peknen..kalo tak maunya kitorg lepak sampai subuh..hehehehe...macam org bujang je..banyak sangant cerita serta petua2 yang kami nak korek dari abg dan kakak berdua ni..selain dari Kak Ju dan Bro Rk ada juga beberapa orang teman kami yang lain datang malam tu..seperti biasa Kak Leen dan Abg Sham mesti lah ada..pastu 2,3 org teman mancing hubby..







Malam 7hb keesokannya pulak, kami jumpa lagi sebelum Kak Ju dan Bro RK berangkat balik ke Singapura keesokan harinya..kami jumpa kat Sunway Pyramid coz hubby dan Bro RK nak main snuker..
Sementara hubby, Bro RK dan ada 2 lg teman mancing hubby main snuker, kami lepak kat pusat bowling. Kak Leen, Abg Sham, Kak Pah dan Abg Wan menunjukkan bakat masing-masing bermain bowling..aku pun teringin sebenarnya sebab memang dah lama gile tak main bowling..rasanya sejak kawin kami tak pernah main bowling lagi..last main pun tak ingat dah bila...





Lepas habis main bowling kami jalan-jalan sekitar Sunway Pyramid tu sambil snap gambar..dan oleh kerana kebanyakan kedai kat dalam Sunway Pyramid dah tutup jadi kami keluar cari kedai atau restoran yang masih buka untuk beli minuman panas sebab malam tu sejuk sikit..kebetulan ada KFC berdekatan situ jadi kami minum kat KFC je..KFC tu 24j rasanya.





















Kak Ju juga ada bawa kek tapak kuda yang dia baked sendiri..tapi aku lupe nak snap gambo sebab sedap sangat makan kek tu..dah habis baru teringat...nanti la aku order ngan Kak Ju n snap gambar untuk tatapan korang..sedap kek tu..dia letak nutella kat dalam.
Kak Ju mungkin akan datang lagi bulan Ogos nanti..tak sabar nak jumpa Kak Ju dan Abg RK lagi..mungkin kami akan naik KL Tower plak di pertemuan seterusnya..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 6, 2009

The Result...

Kul 8 pg tadi g Klinik Meru, Klang buat MGTT test and scan baby..
perrgghhh..manis gile tak tau nak cite camne..dah le takde perisa..nasib baik tak mmbuueekkkkk keluar balik semua..Alhamdulillah tak sangkut kencing manis..

ni result dia..before minum air gula 4.3..lepas minum 7.4


Lepas minum air gula jumpa doc untuk scan baby..tapi baby still tak pusing. Takpe la, mayb baby belum bersedia untuk pusing.Take your time sayang..mama redha ape saje ketentuan Allah..

ni baby post..hehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, March 5, 2009

Weeks 33..

Semalam check up lagi untuk minggu yang ke 33..
So, the result is..

BP:110/70
Berat :72.1kg ( naik 1.4kg dari last check up masa week 31 )
Hb: tak check..2 mggu lagi baru check
Baby presentasi : tak confirm sbb tak scan..akan discan hari Jumaat ni skali dengan
MGTT test..huhaheho

So kita tengok hari jumaat ni la..which is esok la..hahaha..sangat la berdebar-debar nak kena minum air gula...semoga semuanya ok..amin..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...