Bloggers

Wednesday, July 22, 2009

Cukur Jambul Adam dan Qaseh

Tanggal 12 Julai 09 baru-baru ni berlangsung lah majlis cukur jambul si kenit Adam dan sepupunya Qaseh Adriana Sofea. Majlis ni di dahului dengan bacaan yasin serta doa selamat. Qaseh merupakan anak kepada adik iparku dan beza umur dengan Adam 2 minggu. Gembira tak terkata mertuaku kerana dikurniakan 2 cucu serentak.

Mari lihat gambar yang sempat di snap..kelam kabut tak sempat amik banyak gambo..


Papa pegang Adam during cukur jambul


Rambut Adam kena potong..


Qaseh pun kena potong rambut gak..


Antara jemputan yang hadir..marhaban ya marhaban..


Adam dan Qaseh..


We are famili..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 21, 2009

Meniarap sudah...

Anak ibu yang comel ni dah boleh meniarap dah..sekarang ni asyik nak meniarap je..tapi kalo dah lama sangat meniarap mula la menjerit minta tolong,penat kot.
Masa Adam tengah duk cuba nak meniarap tu punya la berusaha keras sampai terjerit-jerit sebab tak lepas nak angkat kepala..tapi bila dah boleh meniarap bukan main suka lagi..sekarang tido pun ala-ala nak menerap or ngiring dah macam orang dewasa plak..jom tengok step by step adam meniarap..


1st step - ngiring dulu..


2nd step - nak angkat kepala..ni sambil terjerit-jerit ni..


3rd step - dah boleh angkat kepala sikit


4th step - dah boleh angkat kepala dan meniarap


Akhirnya berjaya...


Saya sangat suka meniarap..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Adam dah botak..

Selasa minggu lepas ibu melawat abang dan kakak ipar ibu ( pakcik dam makci Adam le ) yang tinggal di Lumut. Sejak diorang pindah Lumut ni lah baru ibu berkesempatan ke rumah diorang..kebetulan papa ada kerja kat Lumut so ibu follow la..
Duk tengah sembang-sembang tu ibu teringat uncle Zamri Adam ni ada mesin untuk potong rambut..yelah dia Navy rambut kena sentiasa pendek..jadi ibu mintak dia botakkan Adam guna mesin tu sebab ibu dan papa seriau nak botakkan Adam guna pencukur..masa cukur jambul, orang-orang surau just potong sikit-sikit je..

So this is Adam's new look..

Ni ibu potong sikit-sikit pakai gunting sebab ingat nak cukur ngan pencukur..


Sekali dah botak daa..


Ada tak macam Rosyam Nor dalam citer Castello..hehehe
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, July 10, 2009

Adam 3 months old

Happy 3 months old my sweetheart..sekejap je masa berlalu Adam dah genap 3 bulan hari ni..this Tuesday ibu akan bawa Adam g cucuk and check up ye..Sayang jangan nangis ye kalo kena cucuk nanti..masa 2 bulan pun Adam rengek kejap je..

Perkembangan Adam setakat 3 bulan ni..

> Bila bangun pagi mesti akan sengih-sengih kat ibu n papa kalo kita agah dia..

> Dah pandai sembang-sembang dalam bahasa dia sampai penat ibu nak layan..dia sangat suka sembang bila ibu nak siapkan dia lepas mandi..pastu cepat bosan bila takde orang layan dia then dia akan jerit-jerit bila datang kat dia tersengih-sengih macam kerang busuk..

> Sangat suka hisap jari..bila bagi puting takmo tapi nak hisap jari..maybe sign of teething sebab kalo dia hisap puting sometimes macam dia gigit puting tu ngan gusi dia..

> Suka mandi..bila masuk dalam bath tub dia tu mesti tersengih-sengih..kadang-kadang duk sembang ngan ibu sambil mandi..

> 2,3 ari ni ibu mandikan Adam ngan air sejuk dah tak nangis dah..dah besar ye anak ibu ni tak takut sejuk dah ye..hehe

> Kdang -kadang Adam macam nak mengiring..tanda-tanda nak meniarap kan..

> Kalo nak tido malam mesti kena tutup lampu..kalo dodoikan dia dengan lampu still on dia takmo tido mesti nak sembang walaupun jam dah pukui 12midnight..bila dah tutup lampu dia pandai tido sendiri..

> Suka buat buih dengan air liur dia..kadang-kadang sampai meleleh gak air liur..huhu

Ibu akan upload picture adam lain kali..sekarang Adam dah merengek nak nenen kot..Ibu tak sabar nak tengok Adam meniarap dan merangkak..mesti cute kan..hehehehe
Adam..ibu and papa sayang sangat kat Adam..you are our precious..mmmmuuuuuuaaaaahhhhhh





Terima kasih kerana sudi singgah sini

Bye Bye Maxis Broadband..

Last 2 weeks my hubby dah terminate Maxis broadband..slow sangat coverage dia..ni pun online pakai bapa mertua punya celcom broadband yang 3G tu..ok sikit..hubby kata punya la ramai orang beratur nak terminate Maxis Broadband kat Maxis centre di Sunway Pyramid..kalo Maxis yang 3G tu tak tau la ok ke tak..maybe ok kot..

So sekarang ni susah la sikit nak update blog sampai dah bersawang-sawang, tak leh cek email..baca blog kawan-kawan..kalo dulu selalu update kat opis tapi sekarang takleh la sebab dah tak kerja..tapi takpe sebab ada Adam temankan ibu..alhamdulillah,so far ibu tak rasa bosan duduk rumah dan ibu rasa sangat seronok sebab Adam selalu ada depan mata ibu dan ibu tahu setiap perkembangan terbaru Adam..

Walaupun ibu dah tak kerja ibu sentiasa berdoa semoga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga dan Adam membesar dengan sihat..Ibu dah set ngan opah Adam nak belajar menjahit..ibu memang dilahirkan daripada keturunan tukang jahit sebenarnya sebab moyang Adam dulu pun jahit..tok chik adam pandai jahit jugak..sekarang mak long Adam tukang jahit dan kebetulan mak mertua ibu (opah Adam) tukang jahit dan dia nak bersara dari menjahit ni so ibu nak amik peluang yang ada ni untuk belajar dari dia..ye la kalo tau jahit baju kurung sendiri pun dah ok dah..sekarang upah jahit mahal..dengan itu ibu dapat la kurangkan kos perbelanjaan keluarga kita..hehehehe
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...