Bloggers

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri 2009

To all Muslims..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, September 13, 2009

Shoppink for Hari Raya

Last weekend kami ke Midvalley shoppink baju raya untuk Adam..oleh kerana Adam yang tak berapa nak baring dalam stroller dan jam pun dah hampir nak ke petang kami hanya sempat ke Mothercare, Metrojaya dan Jusco je..rambang mata gak ibu dengan baju-baju baby yang comel-comel belaka..nasib baik Adam boy,kalo gegirl agaknya brapa pasang la ibu akan rembat for hari raya nanti…hehehe..

Ibu dan papa just bought 4 pasang baju dan seluar utk Adam..bila balik rumah and kumpul skali ngan baju-baju yang atuk, opah dll bagi dah jadi 9pasang baju raya Adam termasuklah 1 pasang baju melayu..wah beraya sakan busyuk ibu ni ye..takpe la raya setahun skali..

Ni la antara koleksi baju raya Adam..

Sepasang baju melayu..kicik je baju ni, cute sangat..


Ni shirts and pants, papa bought for you


Yang ni pemberian atuk dan opah..


Kemeja ni mak ngah yang bagi


Dan yang ni plak kawan ibu dari Spore yang bagi..


Dalam pada duk shopping baju raya Adam ibu sempat gak rembat sepasang kasut..asalnya tak nak beli kasut sebab ibu dah beli masa Jcard day hari tu tapi sebab papa nak belikan jugak dan kebetulan ada kerosakan sikit pada kasut tu jadi ibu rembat je la..

Simple je tapi selesa di kaki ku…


Persiapan raya tahun ni ala kadar je.. Warna tema kami untuk tahun ni gold kecoklatan..ibu just beli kain ela kat Nagoya je..Alhamdulillah opah Adam diberi kesihatan dan dia gagahkan jugak untuk menjahit baju raya ibu dan baju-baju raya mak ngah dan maksu..nak harapkan ibu , stakat jahit butang dan cangkuk kain je boleh la..:p

Untuk perkakasan dah perhiasan rumah takde ape la sangat sebab I’m still staying with my MIL..tapi memandangkan my MIL pun baru je pindah rumah ni since Nov last year, takde la banyak yang nak di tukar pun..Kuih muih dan biskut raya belum buat lagi..hajat dihati nak jugak buat..tapi tak tau lah memandangkan si kenit yang sekarang ni yang dah pandai nak berkepit je..haisshhh..susah ibu nak wat keje, kena tunggu Adam tido baru aman nak wat keje.

Ibu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat papa memandangkan papa sorang terpaksa keluar belanja sampai rabak poket untuk raya tahun ni kerana ibu dah tak kerja lagi..tahun lepas blh la ibu support ckit2..kesian papa sampai persiapan utuk diri sendiri pun cincai boncai je..huhu…tapi takpe la yang penting kita sekeluarga dapat beraya bersama..tahun lepas berdua je..tahun ni bertiga..ibu excited sgt..tahun depan ber…??hehehe..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Adam 1st Solid Food

Dah 3 kali ibu try bagi Adam solid food dengan rasa yang berlainan..Alhamdulilah ketiga-tiga jenis bubur nasi yang ibu masak Adam tak tolak kecuali bubur nasi yang disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan..Adam tak brapa nak makan sangat,dia lagi suka yang panas-panas gitu..Sebenarnya sejak puasa ni ibu dah bagi Adam makan kurma,so why not ibu bagi je Adam solid food..kenyang sikit kan sayang..sesetengah baby akan ada masalah untuk poo poo kalo dah start solid food, alhamdulillah Adam tak de masalah..dia still poo poo macam biasa.

1st day makan solid food muka berkerut-kerut. Ibu masak bubur nasi + buah kurma 3 biji + EBM sikit. Adam makan walaupun mula2 muka berkerut.



Hari kedua plak ibu masak bubur nasi + ½ biji kentang. Adam suka, dan dia makan lebih sikit drp bubur nasi + kurma. Kentang lagi sodap ye sayang..hehehe..ibu pun suka kentang, mungkin sebab tu Adam pun loike it..





Dan kelmarin ibu masak bubur nasi + carrot and he like it as well as bubur nasi + kentang.





Good boy manja ibu ni..ibu risau kalo Adam memilih makanan..Pada mulanya ibu nak tunggu sampai umur Adam 6 bulan baru nak start for solid food..tapi setelah mendapat penerangan dari nurse kat klinik desa yang ibu selalu bawa Adam check up tu..so ibu decide untuk start solid food when you are 5 month old. Ibu kesian tgk Adam slalu meleleh air luir kalo tgk org mkn, dan Adam suka masukkan apa saja yang dia pegang ke dalam mulut..itu salah satu tanda that you are ready for your solid food.Tapi kena tengok juga la kalo anak kita tolak mungkin dia belum bersedia.Atau ada allergy or sembelit then kena stop la dulu bagi solid food.

Mengikut kata nurse tu, kalo dulu sejak dari umur 4 bulan dah boleh bagi makanan pejal..polisi penyusuan susu ibu sekarang selama 6 bulan, diorg ni just nak lanjutkan penyusuan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan and that is why diorg sarankan start bagi makanan pejal pada umur 6 bulan. Sebab katanya kalo dah start bagi makan anak-anak akan kurang menyusu.

Tapi tak semestinya kan..Adam walaupun dah makan dia still bgn untuk menyusu sekurang2nya 3kali pada waktu malam.. Ibu akan cuba untuk BF Adam selagi Adam nak minum susu ibu dan selagi ada kurniaan rezeki dari Allah .Susu tak kiralah formula atau susu ibu adalah makan utama bagi bayi..makanan pejal hanyalah sebagai pelengkap sahaja.

Bila ibu suap makan tangan dia pun sebok nak masuk mulut..haishh..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, September 10, 2009

Happy 5 months Old Adam

Today Adam turn 5 months old. Cepat betul masa berlalu..untuk 5 months ni Adam patut kena jab and checkup last Tuesday tapi kena postpone next Tuesday sebab ubat untuk cucuk dah kehabisan..almaklumlah klinik desa kicik saja..kanak-kanak yang checkup kat situ sentiasa bertambah..

Milestone for 5 months old..

1. Adam dah boleh baring sendiri kalau dah penat meniarap.

Cubaan meniarap di atas sofa..


2. Kadang –kadang dia rolling..tengok-tengok dah sampai bawah meja..

See..lasak boy


3. Dah angkat montot dan mengensot..he also can lift up his chest.

4. Suka di cium..kalo cium pipi dia byk kali mesti gelak mengekek.

Bergelak ketawa bersama papa


5. Sekarang sangat susah nak pakaikan baju lepas mandi sebab Adam sibuk nak meniarap..ibu kena pakaikan baju Adam as fast as I can..lasak boy..huhu

6. Kalo nak tido ibu kena pegang tangan Adam..kalo x dia mesti akan scratch dahi,kepala,telinga habis sume calar

7. Time nenen tangan mesti tak duk diam..merayap sana sini atau pun garu kepala dia, ibu nak kena pegang or bagi dia pegang something..

8. Suka membebel dalam bahasa dia..yang ibu dapat tangkap Adam pernah cakap ” mmmaa..baa ba..”



9. Pandai cabut putting kat mulut then nak masukkan balik dalam mulut tapi tak masuk pastu marah la dia.

10. Suka melompat kalo pegang berdirikan dia..penat tau sayang..

Suka sangat dipegang berdiri macam ni..


11. Sekarang Adam tak suka sangat baring..mesti merengek minta orang angkat berdirikan dia. Meniarap pun macam dah bosan..

12. Dah boleh recognize people around him..last weekend tok long Adam n family datang buka puasa kat rumah..bila diorang dukung and agah Adam, he seems to cry..huhuhu

13. Ibu dah start bagi Adam solid food since last 2 days..alhamdulillah Adam tak tolak..good boy ye..cayang dia..( Actually since ramadhan ibu start bg Adam makan isi kurma yang lembut tu and he like it..ibu kesian tengok adam meleleh air liur kalo tengok orang lain makan. So ibu and papa decide to start his solid food at 5 months old .)

Musyuk ibu dan papa..love you soo much honey..


P/S : baru la dapat upload gambar hari ni..masa posting entry ni Adam duk merengek jadi tak sempat nak upload gambar
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...