Bloggers

Saturday, October 17, 2009

Milestone Update

Sejak Selasa lepas Adam dah boleh mengensotkan dirinya ke depan..kalo sebelum ni asyik menyulur ke belakang je, sekarang dah 1-2 step ke depan..good job my baby..teruskan berusaha sayang..

Atuk la yang umpan Adam ngan spek opah..mula-mula dia takmo gerak..lama sikit baru dia tolak badan dia ke depan nak amik spek tu. Sekarang pun kalo nak suh dia gerak ke depan kena umpan la ngan sumthin. Tapi bukan sume benda dia berminat pon,kalo dia rasa cam barang yang kita nak bagi dia tu cam jauh sikit dia takmo ke depan..

Tak lama lagi merangkak la anak ibu ni..slow-slow sayang, ibu tau Adam kuat berusaha kan..patut la demam baru-baru ni rupanya bucuk ibu ni nak dapat akal ye..hehehe..love u soo much baby..mmmuuuaaahh
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, October 10, 2009

Adam 6 months old

Hari ni genaplah umur anak ibu 6 bulan..pantas benar masa berlalu,tik tok tik tok dah 6 bulan Adam lahir kat dunia ni.

Ibu pun dah dekat sebulan tak memblogginkan diri..susah la sejak ketiadaan internet ni..ni pun pakai atuk punya broadband..nak pakai atuk punya selalu pun xleh gak sebab kadang-kadang atuk bawa g keje broadband ni.

Hari ni sepatutnya kita semua g open house kat rumah tok ngah Adam, tapi sebab Adam demam start malam tadi so kita duk umah je la. Atuk, opah dan pakcik makcik Adam yang lain je yang g open house tu..takpe la..kita g lain kali ye sayang..

Seingat ibu ni baru 1st time Adam demam sejak Adam lahir ni..masa yang 1 rumah demam dulu Adam just selsema je. Ni pun jangkit ngan sepupu Adam la Qaseh..2,3 hari lepas Adam start batuk then malam tadi ibu rasa badan Adam panas drp biasa bila cek suhu badan 38.1..terus bagi ubat demam dan tampal cool fever tu takut melarat..hari ni Adam asyik merengek je, tak nak baring sendiri, nak berpegang je..risau plak ibu,ibu doakan semoga Adam cepat sembuh ya..hari Selasa ni nak kena suntik sayang untuk 6 bulan..kalo Adam still demam kena postpone la.

So, pencapaian Adam setakat 6 bulan ni :

1. Dah angkat dada dan montot macam nak merangkak tapi mengundur ke belakang. Belum pandai lagi nak kalih tangan ke depan..kadang-kadang undur punya undur sampai terselit bawah kerusi..hehe

2. He can sit with support, tapi ibu tak bagi Adam duk lama-lama belum kuat lagi belakang tu.

3. Suka menyembur air liur. Sblm raya dah stop main air liur dan sembur air liur..lepas balik dari kampung ni dia buat balik..alahai..rambut ibu dah makin rontok tau sayang..

4. Makan 2x sehari. Biasanya ibu selang seli bubur nasi dan nestum..depend pada selera Adam..sejak demam ni tak nak makan, takde selera agaknya..sian anak ibu..
Buah pun Adam suka makan macam banana, apple and papaya.

5. Kuat membebel dalam bahasa dia..Adam selalu cakap mmaamamamama...

6. Dah pandai tengok kartun, especially kartun yang ada binatang macam tigger & pooh, yang colourful gitu..biasanya ibu buka channel kartun PHDC bagi Adam tengok.

7. Tangan dan kaki dia dah kuat..pernah sekali tengah suap makan dia tendang mangkuk habis tumpah bubur nasi..tangan plak suka tampar2 muka kita kalo letak muka dekat ngan dia..sakit gak la..huhu..

8. Sekarang ni kalo buat-buat macam marah dia mula la cebik macam nak nangis..kalo dulu selamba je siap gelak-gelak lagi kalo buat-buat marah dia..sekarang tak boleh dah..

9. Suka geget..tak kira la toys ke, tangan sapa-sapa ke..napkin ke sume nak bawa masuk mulut..kalo dia gigit sakit juga..macam geram gitu.

10. suka main nagn kaki dia..kalo time nenen tangan sebelah mesti nak pegang kaki dia..time ibu dodoi nak tido pun sama gak..



Jom layan aksi-aksi Adam yang dah 6 bulan..ada picture yang ala-ala kelabu ckit, almaklum la HP ibu dah uzur..huhu

Baru siap lepas mandi ni..





Gaya macam nak merangkak..


Angkat kaki tapi undur ke belakang..


Macam nak combat crawl..


1,2,3..go..tapi tak gerak


Rehat kejap bila dah penat..


ni la aktiviti Adam sekarang..sambil nyembur air liur

Kadang-kadang menonggeng macam ni


Walaupun demam tetap bagi pose istimewa untuk ibu..cayang dia..mmuuaahhhh

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...