Bloggers

Thursday, October 27, 2011

Perth Trip Checklist

Esok kami sekeluarga akan ke Perth..Alhamdulillah murah rezeki abah aka FIL saya sebab bawa kami semua jalan-jalan jauh kali ni.. abah ni memang suka jalan-jalan.. pantang ada cuti sikit mana nak lekat kat rumah. Abah bagi kami semua 2 pilihan sama ada nak gi Perth atau Bali.. kitorang semua pun ape lagi pilih Perth la kan..hehe

 *google*

Kitorang amik pakej 5H4M dengan Dato' Burn including transport, homestay, makan dan minum, travel guide dan lain-lain. Semua persiapan haruslah ada checklist takut ada barang yang tertinggal nanti.. ye la kalo penting mau taknya nak kena beli kat sana dengan harga yang mahal.. tak berbaloi, lebih baik bawa siap-siap dari sini kan..

  1. Pasport dan visa dah siap.
  2. Duit RM**** dah pun siap-siap ditukar kepada AUD.. kitorang dapat rate AUD3.22, agak mahal jugak AUD sekarang ni, cek rate kat BNM pun AUD paling mahal sekarang. Sedikit duit RM pun kena bawa jugak, mana la tau shopping tak hengat ke nanti..hehe
  3. Pakaian yang sedikit tebal untuk anak-anak dah pun siap letak tepi.. dapat info dari mr google dan juga travel agent kami suhu kat sana sekarang ni sedikit sejuk di mana siang paling panas pun hanya mencecah 25 darjah celcius manakala malam mencecah 10 darjah celcius. Sekarang kat sana musim luruh..ala ala macam Cameron je suhu dia, tapi takut anak-anak kesejukan sebelah malam bawa je la kan untuk diorang.
  4. Makanan dan kudap-kudapan macam biskut, roti, maggi, dan lain-lain. Tapi bukan semua makanan boleh bawa masuk sana. Mana yang berasaskan cengkih macam kari semua tu tak boleh so maggi kari tak boleh la, yang berasakan telur, ayam dan daging pun tak boleh..pastu milo, kopi, teh, nescafe semua pun tak boleh.
  5. Stoller untuk Aqil..agak lenguh ye nak dukung bodak bam bam ni sekarang..:)
  6. Kamera cabuk mesti kena bawa..kalo ada DSLR lagi cun amik gambo..kena masuk dalam list bajet untuk tahun depan nih..;)
  7. Travel Universal Adaptor yang ni memang tak boleh tertinggal dah banyak kali En Hubby pesan..kalo ada disediakan kat homestay ok la kan kalo takde nak kena beli plak kat sana untuk cas henpon ngan kamera..
  8. Segala macam charger pun tak boleh tertinggal jugak, nati ngepek tok laki ambo
  9. Ubat-ubatan especially ubat selsema Adam. Dia memang senang selsema dan meleleh hingus kalo sejuk-sejuk..Menurun aku la tu incase kalo tetiba selsema tak yah nak g klinik.
  10. Senarai kiriman ole-ole..hehe
Rasanya tu je la kot..kalo ada lagi kita tambah lagi checklist tu..semoga kami semua selamat pergi dan balik. Hopefully anak-anak semua behave la perangai masing-masing kat sana..senang keje mak nanti.. So bermula esok tuan blog ni akan bercuti la ye..jumpa lagi minggu depan -___-

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Tuesday, October 25, 2011

    Selamat Bertunang Aina Dan Wan

    Ahad lepas sepupu En Hubby bertunang..Aina anak pak long aka abang MIL yang tinggal dekat Sementa, Klang. Aina ni sebenarnya anak ketiga daripada 7 beradik dan still ada 2 orang kakak yang belum kawin, kira si Aina ni langkah bendul la..abis dah kakak-kakak takmo kawin lagi sampai bila nak tunggu.

    Tunang si Aina ni pulak orang Rantau Panjang, so dekat je la..dah bincang-bincang kelmarin plan untuk tunang dalam masa 1 tahun lepas tu kawin..semoga berkekalan dan selamat menempuh alam pertunangan yang banyak dugaan orang kata la bukan saya kata. Saya dulu tak bertunang pun ngan En Hubby, merisik je then terus kawin. Jom kita layan gambar yang sempat aku snap ngan fujifilm cabuk ku..hehe

    Yang pakai tudung hitam tu mak long, gambar pak long tak sempat nak snap
     
     Aina ~ tengah make up dan selepas make up :)
     
     Sebahagian daripada hantaran untuk pihak lelaki

    Sebahagian tetamu..kat khemah tak snap sebab saya duk dlm rumah je En hubby lak sibuk jadi penanggar..

    Aina dan En tunangnya

     
    Cincin merisik dan tunang..emas sekarang mahal u ols..takut i nak beli emas..




    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Monday, October 24, 2011

    Macam-macam pe'el




    Inilah dia bodak bernama Aqil yang semenjak dua menjak ni macam-macam pe'el dia belajar dan buat untuk menarik perhatian orang sekeliling especially ibu, agar duduk ngadap dia je 24jam. Ore kelate kato 'ngeghak'. Haishh..ibu pun tak tau la kenapa, susah sangat nak tinggal dia sekarang bila nak masak ke, jemur kain ke, mandi ke, makan ke semua la..kena ada orang teman dia baru la boleh ibu buat benda lain kalo tak dia akan nangis terjerit-jerit sambil jeling-jeling ke arah dapur kalo dia tau time tu ibu ada kat dapur. Dah tak layan dah sekarang ni letak dia kat bouncer dan buka tv channel Disney junior..kalo dulu dia senyap jugak tengok katun..Boleh la buat macam-macam..


    Kalo ibu ada sebelah walaupun ibu tido dia suka la..boleh je main sendiri, apa yang ada sebelah tu capai je janji ibu ada kat sebelah..Hadoi..ingat mak tunggul ke anak oi..pernah gak terfikir untuk buat patung lilin then letak depan dia..mesti dia tak meragam kan..hehe. Kadang-kadang kalo semua keluar dan tinggal kami berdua je kat rumah tergendala jugak la semua keje..tapi kalo dah terdesak terpaksa jugak biar dia melalak sorang-sorang..huhu


    Kalo dah start garu-garu macam ni paham-paham la..mesti kena cepat-cepat datang dekat dia sebelum meletus..suara dah la kuat dan nyaring ko..Adam yang tengah lena tido pun boleh terjaga..tapi kadang-kadang tu ada jugak akal keling dia, buat-buat nangis tapi dia punya melalak macam kena cubit-cubit padahal air mata pun takde..Kat bawah ni gambar nangis akal keling :)



    Yang pakai baju ni nangis betul-betul..dia hanya akan nangis betul bila ngantuk, baru bangun tido, nak susu atau bila time terdesak ibu nak wat keje takde orang layan..huhu.. Macam tu lah perangai anak-anak bila dah semakin besar, makin panjang akal makin macam-macam la pe'el dia..Sabar je lah..:)


    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Homemade Chocolate

    Sabtu lepas buat coklat ngan MIL untuk sepupu En hubby, Aina yang bertunang semalam..MIL nak bagi 1 dulang untuk Aina tapi tak tahu nak bagi ape. Saya pun teringat la ada 1 bar dark chocolate compound yang belum buka, saya bagi cadangan buat coklat je lah takde la membazir coklat tu sebab dah nak expired bulan Dec ni. So kitorang beli lagi 1 bar white chocolate compound ngan badam yang telah dicincang keje nak senang je ..

    Petang tu bertungkus lumus lah saya ngan MIL buat..almaklumlah ni adalah kali kedua saya buat coklat, terkial-kial jugak la lambat cepatnya..Daripada 2 bar chocolate compound boleh menghasilkan agak banyak jugak coklat mengikut bentuk acuan yang kita suka, boleh la bahagi sikit sorang kat sedara mara semalam..En hubby kata sedap jugak, kalo letak lagi banyak badam atau kacang-kacang lain lagi sedap..

    InsyaAllah kalau ada masa boleh buat lagi lain kali..Tak susah pun buat coklat ni yang penting rajin mencuba, MIL pun cakap senang..

    Sebahagian daripada coklat...hasil keseluruhan dapat la 2 tupperware aiskrim tu
     Susunan mengikut citarasa MIL saya..ada yang sememeh rupa coklat tu :)
    Kotak yang cantik pemberian NIDA sebab saya pinjam mould dia untuk buat coklat ni..
     Coklat saya kat atas dulang  :)

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Monday, October 17, 2011

    Keguguran

    Haisshhhh..setiap kali memikirkan perkara di atas tension mak..mana tak nya masalah keguguran ni tak setel-setel walau apa cara dah dibuat tinggal potong pendek je yang belum buat lagi,sayang pulak nak potong bila rambut dah lepas paras bahu..Hadoyai..Ada tak sape-sape yang ada petua atau produk yang berkesan untuk atasi masalah ni, bagi tau saya okey..

    Masalah keguguran ni pernah terjadi dulu masa Adam umur lebih kurang Aqil sekarang ni..lepas tu bila mak mengandung Aqil jadi ok..biasa la perubahan hormon kan..tapi yang membuatkan mak tension tu sebab rambut sangat la banyak dan bersepah-sepah kat lantai..penat hokey sampai nak kena vakum 2 hari sekali...mak ni dah la 'rajin' sesangat buka vacum tu..

    Dah macam-macam syampu dah saya cuba untuk masalah hair fall ni tapi tetap tak berkesan..baru-baru ni saya cuba Evening Primrose Oil..ada sumber yang boleh dipercayai sarankan saya untuk amik EPO ni, banyak faedah dia untuk kaum wanita termasuklah masalah keguguran ni..tapi belum menampakkan kesan lagi..saya makan jenama Blackmores EPO + fish oil ( sila google untuk mengetahui faedah-faedah EPO dan fish oil ). Harap-harap berkesan la EPO ni..

    Sila abaikan pemandangan kat belakang botol tu













    Ada bodaks nak enterprame..kasi can lah

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...