Bloggers

Thursday, December 29, 2011

Menu Semalam : Ikan 3 rasa

Semalam masak ikan yang En hubby bawa balik dari Burma hari tu..ada lagi sikit saki baki ikan dalam freezer tu, jadi la ikan 3 rasa. Ikan 3 rasa yang paling sedap saya pernah makan kat Restoran Amy Seafood di Sri Kembangan. En hubby dan geng memancing pun dah jadikan restoran tu restoran pebret diorang. Setiap kali balik trip memancing mesti akan bawa ikan untuk dimasak dan makan ramai ramai kat situ. Lagi satu menu dia yang sedap adalah ikan stim limau..memang terbaik woookkkkkk wikkkk wukkkk..

Sape sape yang suka jalan jalan cari makan boleh la cuba makan kat restoran tu nanti. Ok la saya bukan nak promote restoran tu tapi sebab memang sedap so saya share la kat sini..sharing is caring kan.. :)
Ikan 3 rasa yang saya masak tak la setanding restoran tu tapi boleh la En hubby bagi markah 7/10, sekali sekala kena la tukar menu. Orang kat rumah ni pun jemu juga kalu asyik goreng kunyit dan masak kari je.. Kat bawah ni saya share resepi..

Bahan :
1 ekor ikan  ( apa apa ikan pun boleh jangan guna ikan bilis sudeh )
2 ulas bawang putih di tumbuk
1 inci halia di mayang
1 serai di ketuk..tak nak letak pun takpe
7-8 tangkai cili kering di blender
2-3 sudu  besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit sos ikan
Garam dan gula
Sedikit air untuk tambah kuah bergantung la nak buat kuah banyak mana
5 tangkai cili padi di potong kecil
2 biji perahan limau
Kalau suka sayur potong dadu bawang besar, carrot dan timun, sengkuang pun boleh.
Daun sup untuk hiasan.

Cara :
  1. Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan
  2. Dalam kuali lain tumis bawang, halia, serai dan cili kering sampai naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan biar sampai mendidih
  4. Masukkan semua sos dan biar mendidih lagi
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan air perahan limau dan cili padi
  7. Kalau suka sayur boleh la masukkan sayur yang dipotong dadu tadi..
  8. Dah masak kuah, tuang atas ikan yang dah digoreng tadi.
  9. Makan dengan nasi panas panas..yummy
 
Ikan 3 rasa saya.. dah selamat masuk perut

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Homemade sizzling yee mee

Aktiviti memasak kelmarin..Yee mee sizzling, dah lama simpan resepi tapi tak pernah cuba. Memang pebret saya dan juga En hubby. Weekend lepas pegi jenjalan tengok wayang kat Space U8 dan makan sizzling kat food court dia Space Wok, sodap la pulak tu yang teringin nk try masak sendiri.


Overall ok la..tak susah pun campak campak semua bahan dah siap. Juri tetap masterchef kat rumah saya aka En hubby kata ok sedap, dia bagi markah 8/10..cuma komen dia kalau serve dengan cili potong lagi sodap..heeee

 Ni lah dia yee mee sizzling saya..saya tak letak sawi dan telur pun sebab ni 1st time buat so bagi saya kena pastikan kuah menjadi , next time buat boleh la letak macam macam. Kat bawah ni saya bagi resepi..

Bahan bahan : 

Sepeket yee mee kering
4-5 ketul ayam yang di potong kecil, kalau suka boleh bubuh banyak
cendawan kering ( rendam terlebih dahulu )
2-3 ulas bawang putih ditumbuk 
1 inci halia ditumbuk
3-4 tangkai cili kering di potong sepanjang 1 inci
Kicap pekat ( saya guna jenama Jalen )
Kicap manis ( saya guna jenama Jalen juga )
Sos tiram
Tepung jagung
Garam dan gula
2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

CARA :
  1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering
  2. Masukkan air, tunngu sampai mendidih
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram..saya agak agak je nak masuk banyak mana, bergantung kepada kehitaman kuah dia kalau terlalu cair kicap tu tak sedap.
  4. Masukkan cendawan
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam kuah tadi untuk memekatkan kuah..agak agak la sampai kuah jadi pekat.
  7. Bila kuah dah masak saya gunakan kuali leper sebab takde sizzling pan untuk sangai yee mee sekejap dan tuang kuah yang dah masak tadi ke atas yee mee. Biar kan sekejap lepas tu tutup api. Kalau suka telur boleh la pecahkan telur sebiji sebelum tutup api.
  8. Dah siap boleh la menjamu selera tapi jangan makan dalam kuali ya..hehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...