Bloggers

Friday, January 20, 2012

Cucu baru MIL saya

Nama dia Ginger..kesayangan Acu. Dia seekor sugar glider. Baru je menjadi ahli baru dalam keluarga ni 2 minggu lepas. Dah macam zoo dah kat rumah ni, rabbit ada, iguana dan yang terbaru Ginger ni la.
Tapi seronok jugak bela binatang ni, bosan bosan boleh main main ngan diorang. Bagi saya cukup la dengan dua orang hero kesayangan saya, tu pun kadang kadang tak terlayan.

Sugar glider ni tak la susah sangat nak jaga. Dia seekor binatang yang mudah mesra. Senang nak jinakkan dia. Makanan pun simple cuma makan buah-buahan, palet dan sayur. Ada juga orang bagi makan nestum..dah macam baby pulak.

Adam suka main dengan Ginger ni. Kalo bawa Ginger keluar dari sangkar, Adam la yang paling kecoh. Ginger ni sangat aktif pada waktu malam dan lebih banyak tidur pada waktu siang. Memang habit dia macam tu kot.

 Cenonet je Ginger ni tapi kiut

 Tengah makan palet

Pandai pegang makanan dia sendiri

Saya pernah kena gigit sekali masa nak bagi dia makan, mungkin dia nak protect diri dia. Tapi tak sakit sebab gigi dia tak tajam sangat.

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Memancing bersama Adam dan Aqil

Aktiviti memancing ni pada 2 minggu lepas..sesaje bawa anak anak mancing. Sebenarnya En hubby yang terlebih excited nak mancing bukan anak anak mahupun saya..tapi sebab Adam suka tengok ikan so layan je la bawa dua hero ni skali. Ni first time bawa diorang mancing..

Kolam yang kami pergi tu terletak di Rawang, Natural Exotic Fish Fishing Pond nama kolam tu. Ikan ikan kat situ memang exotic dan kebanyakannya susah nak jumpa kat Malaysia. Bayaran dia RM100 per 1 batang joran untuk 4 jam. Umpan boleh beli sendiri atau beli kat kaunter masuk. Ada 3 kolam kat situ di mana ikan ikan dalam setiap kolam berlainan spesis.

Kami gerak dari rumah lepas subuh lebih kurang pukul 6.30, angkut je si kenit yang masih dibuai mimpi..singgah beli sarapan ape bagai so kami sampai kat kolam lebih kurang 7.30 pagi. Dah ada orang mancing masa tu..

 Sinar pagi yang mendamaikan

Adam sibuk meninjau sekitar kolam

Adik kat dalam stroller je le, kalo dah boleh jalan sure tak duduk diam dak kecik ni

Sekitar kolam, kat tengah tu bukan rumah tapi restoran

Bersih je sekitar kolam ni

Acara memancing bermula, kita pasang umpan dulu. En hubby guna umpan cacing dan cengkerik. Nat test umpan baru. Biasa dia guna umpan anak ikan hidup kalau datang kolam ni.

Jom kita tengok sapa yang kena

Red tail cat fish..Adam duk perati je dari belakang

Adam ralit bermain anak ikan yang akan dijadikan umpan

Mati la ikan tu anak oi sebelum dia jadi umpan duk bawa ke hulu ke hilir

Mangsa seterusnya ikan jelawat, goreng pon sodap ikan ni

Seterusnya keli gergasi, berat lebih kurang 16kg. Tengok pun dah takut, kalo disuruh makan belum tentu saya makan sebab besar sangat

Ni Adang punya pish ( dia memang sebut nama dia Adang).. ada sesetengah huruf dia tak boleh sebut dengan betul yang paling ketara huruf L, R, M terutama kalo huruf huruf tu kat belakang sekali perkataan tu. Contohnya botol akan jadi boton, ball akan jadi bon, Adam akan jadi Adang..

Adik dah ketiduran bertemankan air kotak

Ikan terbesar yang En hubby dapat hari tu dan merupakan rekod terberat sepanjang 3 kali memancing kat kolam ni. Ikan patin gergasi atau plabuk 25 kg, kalau buat patin masak tempoyak agak agak selera ke nak makan???
Tokey kolam tanya '' U ada masuk jackpot x? Kalo u ada masuk boleh menang ikan terberat RM1000.'' Terkejut saya dengar hadiah lumayan juga, tapi En hubby tak masuk jackpot, memancing sekadar suka suka je kat kolam ni.

Setelah 4 jam memancing kami pun berkemas untuk pulang, anak anak pun dah tunjuk perangai masing masing sebab dah bosan dan mengantuk. Dalam kete dua dua hero pengsan sebab penat memancing..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, January 17, 2012

Menu hari ini

Sudah makan tengahari? Saya baru lepas makan, si kenit baru je tido jadi boleh jenguk belog kejap. Menu hari ni Kuah lemak pucuk ubi, sambal ikan bilis petai, ikan masak kicap dan kerabu perut. Semuanya mak mertua saya yang masak, saya tolong ape yang patut je dan tolong makan..heheh





Sebenarnya saya teringin nak makan kerabu perut yang ma saya masak. Dah lama giler nak makan, sejak mengandung Adam lagi teringin nak makan tapi sampai sekarang tak kesampaian..kesian kan saya. Setiap kali balik kampung tak berkesempatan nak buat bersama ma sebab banyak agenda dan misi misi lain. Biasa la sekali sekala balik kampung ada je la yang nak dibuat. Hopefully balik cuti CNY nanti dapat la buat bersama ma, dah tak boleh tahan dah tahap kempunan dia sampai termimpi mimpi.. :)



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru, gadjet baru




Sony Ericsson Live with Walkman hadiah dari En hubby sebab henpon lama saya rosak. Bukan la rosak ape, kalo orang sms atau call still ada bunyi tapi screen tak nampak ape, hitam je. Kalo ada rezeki akan di repair henpon tu sebab lain semua elok lagi, screen je problem, sayang jugak sebab saya beli dulu pun masa dapat duit kutu..hehe

Henpon Sony ni memang dah lama saya aim dan nak kumpul duit sikit sikit untuk beli. Dah En hubby offer nak bagi henpon saya terus rembat la..Saya suka henpon ni sebab speaker dia best, paparan HD dan henpon ni jenis android smartphone.. Macam macam aplikasi boleh download kat android market, yang penting ada internet access..boleh guna macam komputer.

Henpon lama Nokia X3

Kepada En hubby, thanks a lot dan semoga bertambah tambah murah rezeki..love u soooooo muchhh..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Happy Birthday Acu..sweet 15

Sebenarnya dah belated dah pun. Birthday Acu 2 Jan, hari ni baru nak story morry. Acu ni adik En hubby yang bongsu, so tahun ni dia dah 15 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan study smart for your coming PMR exam.

Ahad malam yang lepas kitorang buat bbq sempena birthday acu. Biasanya FIL saya akan bawa 1 famili makan kat luar kalo ada birthday sape sape tapi sebab selalu je makan kat luar kali ni nak buat lain sikit la.

Hidupkan api dulu

 Para penonton.. yang pakai baju putih tu la Acu

Acara bakar membakar bermula

Jemput makan semua..dak kecik tu terpaksa duduk dalam stroller

Macam macam ada chicken wing, kambing, udang, sotong, hot dog, otak otak, sotong kangkung MIL saya buat dan lain lain sampingan

Dak kecik dalam stroller dah nangis sebab dia tak dapat makan

Blueberry cheese cake Secret Recepi..yummyyyy

Mamat botak tu sibuk nak enterframe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, January 1, 2012

2012


Selamat tahun baru semua..

Semoga segala impian dan harapan pada tahun baru ini akan terlaksana dan diberkati dengan limpah kurnia dari Nya..
Semoga ditetapkan iman, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan lebih kebahagiaan buat kami sekeluarga..

Harapan saya pada tahun baru ini untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik untuk anak anak, takmo garang garang dah tapi takleh jugak nanti naik lemak, kurang garang la, boleh gitu ?
dan menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami tercinta...

Kepada En Hubby,
Semoga lebih sukses dalam kerjaya dan semoga target yang ingin dicapai pada tahun ini terlaksana
Daku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan dirimu dan menyokong dalam semua aspek dan bidang yang dilakukan..
Insyaallah dengan izin dari Nya..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...