Bloggers

Friday, March 30, 2012

Ini angry bird yang sebenar

Comelkan.. 
Teringin nak tengok gambar pig yang color hijau tu..
ada ke yang real macam burung-burung ni..kekekeke

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 28, 2012

Main pondok - pondok

Sejak opahnya beli pondok kecil letak kat porch depan, budak-budak ni selalu la main kat luar.. Seronok tengok diorang seronok.. Sebelum ni diorang banyak main kat dalam rumah..sesekali je la main kat luar time ibu sidai baju ke, siram bunga ke..sekarang pantang nampak pintu terbuka laju je si Adam ajak main pondok..ibu layankan je la, janji korang hepi..


Sebenarnya bukan la malas nak bagi diorang ni main kat luar tapi sebab Aqil takleh jalan lagi..pastu takde tempat nak letak dia, terpaksa gendong..Kalo letak dalam stroller 2,3 minit boleh la..lama-lama menjerit la kebosanan..lain la kalau stroller tu berjalan baru dia diam..

Tengok dari jauh je la along main basikal..adik takut sangat nak jalan..kalo dah ada kaki boleh main kejar-kejar ngan along.. :)


Along eksyen je tu..kalo suruh kayuh sekejap je dah cakap penat la, slow la..tolak ngan kaki lagi laju katanya..camne nak naik basikal pegi sekolah camni..takkan nak tolak ngan kaki jugak ;p

Dah penat main basikal boleh la baring-baring..kadang-kadang tu kitorang makan nasi kat pondok ni..seronok jugak sambil hirup udara segar..budak-budak ni pun takde la terperuk je dalam rumah.. :)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, March 27, 2012

Mawi di ikat, Ekin diacu pisau

Lepas rumah Wardina, rumah Nabil..semalam rumah Mawi pula kena rompak..


MAWI menunjukkan tangga aluminium yang digunakan empat perompak untuk memanjat tembok rumahnya di Bangi Golf Resort, Bangi, Kajang semalam.


BANGI – Penyanyi terkenal Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kerugian RM10,000 apabila banglonya dipecah masuk empat perompak Indonesia bersenjatakan parang serta pisau dalam kejadian yang mengambil masa selama 20 minit di Bangi Golf Resort di sini semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika Mawi, isterinya, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55; neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut.
Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.Banglo tersebut mempunyai lima bilik.

Difahamkan, dua jam sebelum kejadian, Mawi baru tiba dari Johor Bahru untuk mempromosikan majlis Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Mengimbau semula kejadian itu, Mawi memberitahu, dia terjaga selepas pintu biliknya diketuk kuat oleh perompak tersebut sebelum Ekin bangun untuk membuka pintu kerana menyangka Salmah yang berbuat demikian.

Katanya, apabila pintu dibuka, tiga daripada empat perompak yang memakai serba hitam dan bertopeng itu terus mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas.

“Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.
“Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.

P/S : Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, March 26, 2012

Perth Trip - Part IV

Hari ke 3 kat Perth.. Dato Burn bawa kami ke Caversham Wildlife Park. Bayaran masuk AUD23 untuk dewasa dan AUD10 untuk kanak-kanak umur 3-14 tahun.. Malas nak taip banyak-banyak, korang tengok gambar je lah..




Bennet wallaby nampak macam kangaroo..sebelah tu burung ape tah lupa dah nama dia

Ostrich, parrot, kangaroo putih dan flying fox

Burung merak yang cantik dan burung kakak tua yang boleh bercakap..nama Molly dan Wolly..
Adam ngan Qaseh tak lepaskan peluang main ngan rabbit, guinea pig pun ada..
Lembu tu masa diorang wat animal show, sesi perah susu lembu..kalo berani boleh jadi volunteer untuk perah susu lembu

Kami sempat tengok farm show kat situ..pekerja dia tunjuk cara-cara potong bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian

Lepas tu sesi feeding kangaroo pula..sangat seronok. Si Adam suka sangat dapat main-main dan bagi makan kangaroo

Bergambar ngan koala bear

Wombat dan burung hantu

Dah puas tengok binatang kami ke kilang coklat pula yang terletak kat Swan Valley. Sebelum tu Dato Burn singgah sekejap kat ladang anggur sepanjang jalan tu..luas sangat ladang anggur kat situ tapi sayang sebab bukan musim..rugi rasanya tak leh petik buah anggur dari pokok..memang masa kami ke sana takde musin buah ape pun, anggur pun baru nak start berputik..keciwa

Margaret River Chocolate Factory ada menjual macam-macam jenic coklat, minuman, kek, handmade truffles, bermacam jenis roche, chocolate coated, sugar free chocolate, aiskrim, sos coklat, serbuk koko dan macam-macam lagi. Untuk penjagaan badan pun ada  macam massage oil, sabun badan..chocolate lip balm pun ada dan semuanya berasaskan coklat.

Harga coklat-coklat tu boleh tahan jugak la bila convert ke RM, contohnya seketul almond roche yang sebesar penumbuk saya ni berharga AUD3..tapi sangat puas makan sebab yang sebesar penumbuk tu hanyalah almond semata-mata yang digaul dengan coklat cair kemudian dibentuk bulat-bulat..saya beli 3 ketul roche..almond, cashewnut dan macadamia..semuanya sedap.

Kemudian kami ke Makan-makan cafe untuk mengisi perut. Makanan dia semua ala-ala kat Mesia. Ada nasi kandar, nasi beriani kambing, nasi goreng kampung, nasi goreng ayam dan banyak lagi..Harga satu pinggan nasi kandar yang saya makan bersama kari kambing lebih kurang RM30..tak boleh membazir makan nasi kat sana..Lepas makan kami solat kat Perth Mosque yang tak jauh dari cafe tu..

Lepas tu Dato Burn bawa kami ke Perth jetty untuk naik bas double decker tuh, dia panggil City Sightseeing Tour. Kami amik pakej " hop on hop off " dan bus tu akan bawa kami sekitar Perth dan King's Park. Cantik sangat pemandangan dari atas bas ni..

Dah naik bas kami jenjalan dan lepak-lepak kat King's Park tu sambil amik gambar dan tengok pemandangan kat situ


Dah puas melepak dan camwhoring kami berangkat balik ke homestay..makan, rehat dan tido.. Esoknya tiada aktiviti berjadual dengan Dato Burn sebab kami request free n easy semasa booking trip ni dulu..so ikut suka la nak g mana..Dato Burn just bekalkan GPS kepada kami sebagai penunjuk arah..takde la sesat nanti kan.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sambung cerita Perth..part III

Cerita yang dah basi dan berkulat, bukan la ape banyak gambar nak share sebenarnya tapi jadi malas bila nak kena edit..kalo nak letak satu-satu kang berjela pulak entry ni letih jugak nak scroll ke bawah kan.. tapi takpe la saya gagahkan jugak untuk kenangan di masa depan..

Kita sambung hari kedua kat Perth..Dato Burn pagi pagi lagi dah datang jemput kami lebih kurang pukul 9 bertolak dari homestay. Dia bawa kami ke pasar karat kat Perth tu..saya lupa nama tempat tu tapi pasar dia lebih kurang macam pasar karat atau garage sale la dan semua barang yang dijual pun barangan antik dan terpakai. Contohnya pakaian, perhiasan, mainan, buku, tools, perkakas dapur, tumbuhan herba pun ada macam parsley, oregano, daun bay dan lain lain. Tapi barang-barang basah dan makanan takde jual..


Saya cuma beli mainan untuk Adam dan Aqil je, banyak benda yang berkenan terutama perkakas dapur tapi macam susah nak bawa balik takut terlebih muatan pulak masa timbang barang..harga barangan yang dijual pun berbaloi walaupun 2nd hand sebab barang dia masih dalam keadaan baik.

 Cars pillow story book untuk Adam. Saya beli dengan harga AUD3, lebih kurang RM15 (bergantung pada rate AUD semasa), saya pernah tengok orang jual kat facebook dengan harga RM50, hampir hampir nak beli dah jugak. Jumpa kat sana rembat terus, kebetulan ada satu tu je. Lamaze butterfly untuk Aqil tu pun saya beli dengan harga yang sama AUD3..kalau tekan kat kepak butterfly tu akan keluar bunyi.. :) Mainan pulak dari sekecil mainan macam yang dapat kalau beli happy meal tu sampai la ke besar macam basikal tu pun ada jual. Stroller, baby chair, car seat pun ada katil baby je takde jual.

Lebih kurang sejam gitu pusing pusing kat pasar ni, kami bertolak pula ke Harbour Town Factory outlet. Kat sini banyak factory outlet yang jual pakaian berjenama tapi boleh dapat dengan harga sedikit murah berbanding pasaran biasa. Hubby sempat rembat seluar jeans levis dengan harga RM150 lepas dah diskaun 50%. Saya pun nak beli juga tapi tengah pilih pilih dah tak sempat sebab nak pegi tempat lain pulak, so terpaksa kansel..sekejap sangat kat situ rasa tak puas sebab banyak kedai yang menarik dan tak sempat nak pegi semua. Sehari sebelum balik kitorang nak repeat kat sini..hehe


Dari Harbour Town, Dato Burn bawa kami ke Burswood Park untuk ber BBQ 1 Malaysia bersama Najib dan Rosmah..Kelas kau jah! Kat Mesia tak pernah pun jumpa atau terjumpa, nengok kat tv ngan sokaba je, sekali boleh ber BBQ lak kat Perth..Najib datang sebab nak meeting kat CHOGM tu.. alang- alang datang buat BBQ ngan Malaysian kat sana..ramai gak rakyat Malaysia kat Perth..

Dapat la amik gambar najib dari kejauhan..Gambar Kak Mah tak dapat amik sebab dah malas nak bersesak-sesak ngan orang ramai.. Lepas dah ber BBQ dan makan ape yang patut kami berangkat ke Fremantle pula..sesi shoppim souvenir.. i loike :)

Dari Perth ke Fremantle tak la jauh sangat..tapi sempat jugak melelapkan mata.. Sebelum sampai ke destinasi kami singgah solat dulu di masjid yang terletak dalam sebuah universiti, lupa dah nama uni tu..


Dato Burn bawa kami ke E-Shed market kat Fremantle. Kat sini memang banyak giler orang jual souvenir dengan harga yang murah berbanding dengan yang dijual kat Perth..orang Indon pon ada meniaga kat sini kau..haha.. semua ada t-shirt, keychain, FM, beg dan segala macam souvenir tinggal pilih dan bayar je..rambang mata jugak la kat situ..

Saya amik gambar kat luar je..masa kat dalam sangat terhad untuk camwhoring sebab bz menyoping dan mood Aqil tak berapa baik..so lepas siap shopping terpaksa keluar cepat-cepat dan stay dalam kete je tunggu yang lain-lain sopim..huhuhu

Dah puas menyopping, Dato Burn bawa kami jenjalan sekitar Fremantle, tengok pantai, bangunan dan kapal sementara menunggu untuk tengok sunset..

Ini pirate ship betul-betul bukan tipu punya..tapi sudah kena rampas..


Indahnya ciptaan Allah swt

Bila matahari dah terbenam, kami pun berangkat pulang ke homestay..kaki pun hampir nak cramp sebab seharian berjalan..kena simpan tenaga untuk hari ketiga pulak.. ;)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 23, 2012

MAS lancar pertandingan 'Big Flight'

BERITA HARIAN ONLINE - Kepada sesiapa yang berminat dan suka buat video kat you tube..

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan pertandingan "Big Flight" menerusi YouTube yang akan menyaksikan pemenang diraikan dalam penerbangan pesawat A380 syarikat penerbangan itu.

Peserta perlu mengemukakan video pendek menjelang 22 April dengan menyatakan kenapa mereka unik dan boleh dipertimbangkan untuk terbang dalam pesawat A380 MAS itu.

Peserta mestilah rakyat Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai pasport yang sah.
Sebanyak 20 video yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan kreativiti, keaslian dan keseluruhan.

Video yang disenarai pendek kemudiannya akan dimuat naik ke dalam YouTube bagi diundi oleh orang ramai dan lapan yang terbaik akan memenangi tiket penerbangan itu.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosinya, Al-Ishsal Ishak, berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada kempen "A380 Kebanggaan Negara" syarikat penerbangan itu yang dilancarkan awal bulan ini.

Butiran pertandingan dan video yang dikemukakan boleh didapati di http://www.youtube.com/MalaysiaAirlines.
Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat pertama daripada enam pesawat A380 pada pertengahan Jun depan.

Pesawat itu akan mempunyai 494 tempat duduk di dalam tiga kelas yang terdiri daripada lapan di Kelas Pertama, 66 di Kelas Perniagaan dan 420 di Kelas Ekonomi.

Pesawat A380 itu akan beroperasi di laluan Kuala Lumpur-London mulai Julai. - BERNAMA

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Jom tengok iklan dolu-dolu

Tengah belek-belek video kat you tube sekali terjumpa video iklan lama-lama. Iklan-iklan ni kita pernah tonton dulu, masa tu saya sekolah lagi..bila tengok sekarang rasa lucu dan lawak pulak iklan-iklan tu..yang sedih dan meyentuh hati pon ada jugak..antara iklan-iklan yang menarik saya tengok iklan sabun trojan yang tetiba bas bertukar jadi tong sampah :)

 


Yang bawah ni pulak iklan ubat gigi DARKIE.. sekarang dah jadi DARLIE :)


Darkie vs Darlie mana lagi hensem????? wakakaka


dolu-dolu guna gak sabun ni..mandi sambil nyanyi lagu iklan dia tu..hehehe


yang ni pulak old skool punya iklan ubat batuk cap ibu dan anak


Iklan kesihatan pun ada..dulu saya paling tak suka iklan ni..

Banyak lagi iklan lama-lama yang lucu dan mencuit hati..saya teringin nak tengok iklan bedak follow me yang makwe dia datang rumah tu.."aku merindui mu..ting tong ( bunyi loceng pintu )"..tapi search kat you tube takde pulak..frust tul :(

 Ada satu lagi video tapi saya takleh upload kat entry ni,xtau nape tak jumpa video tu bila search..so saya bagi link je.korang tengok la ek.. Iklan yang sangat menyentuh jiwa. Saya tengok video ni sampai menitis gak la air mata dan terus teringat kat ma saya kat kampung.. Alangkah bertuahnya sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa sudah semestinya doa ibu dan bapa sentiasa mengiringi kita selagi ibu bapa kita masih ada..seperti mana kita setiap hari mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kita..Jadi hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada..saya cuma ada ibu je sekarang, ayah saya meninggal tahun 2008 masa saya tengah peknen Adam 6 bulan..terasa sangat kehilangan dan rindu kat arwah ayah sangat-sangat.. :(


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, March 22, 2012

Today is Aqil's 1st Birthday

nak tunjuk dia ada gigi 2 batang

Dah genap setahun cheeky boy saya yang kedua ni. Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru je lahirkan Aqil. Bulan 4 nanti baru kita buat birthday party kecil-kecilan ye, celebrate sekali ngan birthday along ngan kakak Qaseh..3 sekali harung, senang kerja dan jimat belanja..

 new born setahun yang lalu

Sepanjang setahun ni dah macam-macam Aqil belajar..cuma masih lagi takut bertatih..langsung takde tanda-tanda nak lepas tangan untuk berjalan. Even kalo ibu pegang tangan dia dua-dua belah pun dia cam takut dan tak berapa yakin lagi..aiyyooo..penat la ibu nak dukung dik oi!

Gigi baru tumbuh dua batang kat bawah. Sangat lambat tumbuh gigi, yang first masa umur 9 bulan..sebulan lepas tu gigi kedua keluar tapi sampai sekarang tak tumbuh dah yang lain-lain.

Still kuat memerap dan tak boleh tinggal sorang-sorang. Ibu nak buat keje kat dapur kena bawa dia sekali. Dudukkan dia kat kerusi bagi men cawan ke sudu ke dia diam la..janji nampak ibu buat ape..

Petang tadi for the first time dia merangkak, tapi just 3,4 step je. Dia memang tak pernah merangkak sebelum ni. Just combat je macam askar ke sana ke mari. Padahal duduk sendiri dah pandai, panjat dan turun tangga pun dia expert..tak tau la kenapa dia tak nak merangkak..lain budak lain perkembangan dia betul tak, yang penting sihat.

 aktiviti wajib tiap hari

Yang ibu risau sekarang ni dia takmo makan..sejak dia baik demam 2 minggu lepas langsung takmo telan makanan. Bila ibu suap nasi, Aqil nganga tapi tak sempat kunyah dia keluarkan balik nasi tu..bukan nasi je semua jenis makanan la..aduhai..risaunya la..harap breastfeed je, last-last ibu yang kena makan banyak untuk Aqil. :(

Ibu plan nak tempah kek untuk Aqil ngan along, rasa cam nak tempah kek angry bird sebab along memang suka angry bird. Tiap-tiap hari mesti nak men game tu..huhuhu..

Happy 1st birthday sayang..semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh untuk ibu dan papa dan jadilah seorang yang berguna pada bangsa dan negara..Love u sooooo mucchhhh...

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 21, 2012

Wajah- wajah gadis hilang

Terbaca ni kat Kosmo hari ini..Wajah-wajah gadis hilang, sindiket pelacuran dikatakan antara yang aktif melakukan penculikan gadis dan kanak-kanak.. jaga keluarga anda, elakkan keluar bersendirian..saya yang dah kawin ni pon rasa takut dah nak kuar sorang-sorang walaupun just pegi kedai runcit depan ni je yang jauhnya cuma sekangkang kera..






Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, March 20, 2012

Petua Merampingkan Badan

1. Jangan Berlapar - Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
2. Amalkan Yang Pahit – Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 Gelas Air Sehari - Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum anda makan makanan yang berat-berat, cuba minum air. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan Minuman Bergas - Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan Pengambilan Garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

6. Ambil Sarapan Pagi -Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan Perlahan-Lahan - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil - Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin atau butter dalam makanan anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil Makanan Yang Berempah - Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
 P/S : Saya pernah cuba yang no 2, minum kopi sebelum makan. Memang rasa kenyang tapi bukan sebab pahit tapi sebab dah kenyang minum kopi segelas..kikiki

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, March 18, 2012

Sape nak jadi cikgu, sila isi borang

Untuk lepasan SPM tahun 2010 dan 2011, yang berminat nak jadi cikgu untuk kemasukan bulan JUN 2012 boleh stat isi borang mulai 22 Mac ni. Boleh beli no pin kat Bank Simpanan Nasional. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.moe.gov.my . Tarikh tutup permohonan pada 5 April 2012..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 16, 2012

Assalamualaikum dunia

Day 1

Nama kite Qaseh Dania Eleesya..umur kita baru 19 hari..kite lahir 27 Feb yang lalu kat Hospital Sungai Buloh..Selamat berkenalan semua.. :)

15 hari

Keje dia tido je, tak banyak ragam budak kecik ni, senang nak berpantang

Haa..ni lah dia anak buah saya yang baru lahir, baby Dania..anak buah kedua sebelah suami, total anak buah jadi 20 orang semuanya..kopak jugak time raya nih Insyaallah sorang lagi bakal menyusul bulan Ogos nanti, yang tu sebelah famili saya kat Kota Bharu..semoga selamat semuanya nanti..

Cerita pasal anak buah ni, sebenarnya anak-anak buah saya kebanyakannya dah besar..dah kawen pon dah sorang, Januari tahun lepas..cucu saudara je belum ada lagi..tak sabar jugak nak timang cucu saudara..tapi belum ada rezeki sebab si suami dan isteri terpaksa berjauhan. Wife anak buah saya tu cikgu, dan sebulan lepas kawin dia dapat tawaran mengajar kat Sarawak, nak mintak tukar paham-paham sendiri lah..dugaan la kan buat mereka..Apa-apa pun kami sekeluarga sentiasa mendoakan mereka cepat-cepat dapat baby..

 Umar, anak buah saya yang paling tua..umur dia 25 tahun dah sekarang ni..hampir sebaya dengan saya..hihihi

Kenangan masa si Umar kawen..saya yang kat depan pakai baju purple tu, muka tercover ngan tangan pulak.. sedang peknen Aqil 6 bulan..yang berderet lelaki-lelaki kat depan tu anak-anak buah saya, dah besar panjang masing-masing..saya sempat mengasuh 2 orang yang pakai baju oren dan merah masa diorang umur 3-4 tahun, masa tu saya baru habis spm..:)

P/S : Selamat berhujung minggu semua..saya nak ke Port Dickson esok bawa anak-anak jenjalan. Kebetulan nak anta baju adik saya kat Senawang, so sambil menyelam minum air la kan..;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday

Tak puas rasanya tengok cite Vanila Coklat (TV3) yang sweet dan best sangat tu..saya tak pernah sampai addict tengok drama melayu cam tengok cite nih..:)





Kan best kalo panjang lagi cite dia..Gandingan pelakon yang sangat sesuai dan sweet..OST dia pun sume best..layannnn


P/S : Haisshhh...lepas ni malam-malam Selasa ku akan sunyi tanpa cite Vanilla Coklat..Wakakakaka

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, March 8, 2012

Apam gandum

3 kali buat baru la menjadi padahal kuih apam ni la kuih paling senang dan simple, punya la takde seni buat kuih kan tangan saya ni. First buat kurang tepung, kali kedua terlebih air..sebabnya tak sukat betul-betul..hari ni buat puas hati. Adam suka makan kuih ni, 3 ketul sekali makan je..Kalo beli dua hinggit 6 ketul tak puas makan, berebut ngan anak-anak..saya pun suka kuih apam ni..

Bancuhan 2 cawan tepung dan 1 1/2 cawan air bersama 4 sudu besar gula dan 2 sudu besar yis mauripan..biar bancuhan naik selama 1 jam boleh la kukus..

Suka sangat bila percubaan ketiga menjadi..:)

Makan bersama kelapa parut

 Peminat kuih apam

Makan sambil baca paper la konon


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...