Bloggers

Friday, April 27, 2012

5 jenis minuman penawar racun dalam tubuh

1. Air Kosong
Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.

2. Air Kelapa Segar
Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.

3. Jus Labu
Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau
Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.

5. Jus Oren
Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, April 26, 2012

Alhamdulillah dah sihat

Dekat seminggu blog tak berupdate..saya, En Hubby dan anak-anak tak sihat..Demam, selsema dan batuk..Mulanya En hubby la start demam lepas dia balik dari trip memancing, 4 hari tak kebah-kebah..pegi klinik dokrtor suruh cek darah sebab ada simptom macam denggi tapi takde bintik kat badan..En hubby memang ada mengadu sakit sendi dan badan, saya bajet sebab dia penat memancing..hehe.. keputusan ujian darah platlet rendah ckit dari paras normal 116.. doktor suruh rehat kat rumah dan minum air ngan 100 plus banyak-banyak..sup ketam ngan jus tembikai pun En hubby telan nak bagi platlet naik balik, takut jugak kalau terus drop kan..cek darah kali kedua  drop 114 dan cek kali ketiga still drop 110..doktor suruh cek lagi sebab katanya dalam masa 48jam lepas demam kebah platlet akan drop, dan kalau drop sampai bawah 80 kena admit wad..tapi En hubby buat keras kepala dia takmo pergi cek dah sebab katanya dah okey, lagi pun sampai bila dia nak tunggu dan nak mc..keje kat opis dah melambak..so dia nekad je pegi keje semalam..risau saya ni takut apa-apa jadi kat dia masa kat opis.. tapi dia rilek je, balik keje pn senyum-senyum macam orang tak sakit dah..hari ni pun nampak dia dah semakin sihat..saya pun dah confuse betul ke En hubby kena denggi.. tapi tu lah orang lelaki ni kadang-kadang dia memang suka buat keras hati dia, setakat sakit sikit-sikit tu dia buat tak tau je..

Alhamdulillah..saya dan anak-anak pun tak melarat demamnya sebab bila rasa suhu badan panas je terus bagi anak-anak makan ubat..cepat la diorang kebah, cuma ada saki baki batuk-batuk dan selsema je lagi. harap-harap cepat lah sihat..Dah lah FIL saya siap dah booking dah chalet kat Pulau Pangkor untuk hujung minggu ni, rugi pulak sebab dia dah bayar..kalo belum bayar boleh jugak cancelkan..mudah-mudahan semuanya baik-baik aje masa kat sana nanti..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, April 18, 2012

Jom potong kek dengan Adam dan Aqil



Ni la dia kek birthday anak-anak.. dah selamat masuk perut dan bagi jiran sebelah. Kek red velvet dengan figurine angry bird dan pororo ni saya order dengan Kak Jasmeen, rumah dia kat Seksyen 18 Shah Alam..thanks Kak Jasmeen..

Macam-macam kek dan cupcakes akak ni boleh buat..semuanya menarik dan cantik..boleh tengok gambar kat blog Kak Jasmeen..kek handbag LV dengan Coach pon ada uolls.. haruslah buat hantaran kalo tak kawin lagi..kekeke

Sebenarnya dah tau anak-anak punya fevret kek coklat tapi sebab nak penuhi saya punya mengidam tu yang order red velvet, dah lama teringin nak makan..terukkan saya..huhuhu..anak-anak makan cuit-cuit je..ibunya yang makan lebih..hahaha..


Anak-anak punya portion, last-last diorang amik angry bird tu sekor sorang dan mak jugak yang kena habiskan kek.. 

Bagi selera saya kek red velvet ni sedap dengan topping yang tak manis sangat dan tak terlalu tebal..makan banyak pun tak rasa muak..lepas ni nak try kek pelangi pulak lah..Next ialah birthday saya dan anniversary saya dan En hubby..haruslah beli kek lagi.. :)

Aqil dah tak menyabar masa ni..lepas tiup lilin memang dia terkam kek tu..penyek jugak la bahagian tepi tu...huhuhu

Tengok la sape yang terlebih excited..mesti lah ibu kan :p


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, April 17, 2012

Lain-lain khasiat daun Parsley

Oleh sebab saya confuse daun parsley dengan daun sup saya google pasal daun-daun ni.. terjumpa info pasal khasiat-khasiat daun-daun ni kat blog INI . So sebenarnya daun parsley berbeza dengan daun sup. Khasiat juga berlainan. Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli. Daun parsley biasanya digunakan untuk masakan Itali.. Daun Parsley adalah tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting. Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

 *google* - Pokok parsley

Seperti dalam entry sebelum ni khasiat daun parsley adalah untuk mencuci buah pinggang..selain dari itu daun parsley yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil ini jugak boleh diguna untuk :

1. Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

2. Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

3. Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.


berbeza kan dengan daun parsley :)

Menurut blog yang saya jumpa tu daun sup adalah sama dengan daun saderi..dan banyak jugak khasiat-khasiat daun saderi atau daun sup ni..rasanya yang ma saya rebus akar daun sup dan minum air rebusan tu untuk ubat darah tinggi sebab ma saya memang ada penyakit darah tinggi..ok sekarang dah tak confuse dah, bukannya ape sebab daun parlsey memang jarang guna terutama fresh parsley. Kalo yang kering atau serbuk guna untuk masak spageti je..tapi rasanya kalau suruh bezakan daun-daun ni mungkin boleh terkeliru jugak kot sebab rupa lebih kurang sama :)

P/S : Baru dapat perkhabaran dari En hubby..dia dah sampai jetty Stulang laut, JB..Syukur Alhamdulillah, En hubby balik awal sehari, katanya rezeki melimpah ruah sampai tak muat tong gara-gara gempa bumi kat Acheh minggu lepas..ikan semua lari ke laut china selatan agaknya..
Barulah lega hati saya.. boleh la senyum sampai telinga :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Cuci buah pinggang dengan hanya RM1

Terbaca kat laman FB, so saya share kat sini..


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun parsley, cuci bersih-bersih, potong kecil2, masukkan ke dalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis , masukkan ke dalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! 




Selamat mencuba :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

 
 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE... :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, April 15, 2012

Aqil kena penyakit HFMD @ kaki tangan dan mulut

Alhamdulillah..Aqil dah sembuh dari penyakit HFMD @ kaki, tangan dan mulut ni..
Dia start kena Jumaat lepas, saya dah perasan ada biji-biji macam ruam timbul kat badan dia pagi Jumaat tu tapi saya tak fikir la apa-apa sebab ingatkan ruam biasa je..ye lah sekarang pun musim panas jugak, budak-budak memang senang tumbuh ruam ni..so hari Jumaat tu pun kebetulan ada kawan En hubby datang dari Singapore, kami pun keluar jenjalan jumpa kawan En Hubby tu..


Esoknya saya tengok ruam tu makin banyak dan jadi besar macam biji-biji timbul gitu, paling banyak kat bahagian lutut, lengan dan badan..saya syak chiken pox..terus ajak En Hubby bawa Aqil ke Klinik pakar kanak-kanak Meghana kat TTDI Jaya tu..berderau jugak bila doktor cakap Aqil kena virus kaki tangan dan mulut ni..sebab dulu kan pernah ada kes kematian sebab penyakit ni..Doktor tak bagi ubat untuk penyakit ni sebab katanya penyakit ni tak bahaya cuma kemungkinan besar boleh menjangkiti kanak-kanak lain kat rumah ni..risau pulak takut jangkit kat baby Dania..dia cuma bagi calamine losyen je untuk sapu kat biji-biji tu..cuma dia pesan kalau ada keluar ulser dalam mulut kena bagi makanan dan minuman yang sejuk-sejuk..kalau kanak-kanak yang kena ulser dalam mulut tu taknak makan dan minum langsung kena bawa pi hospital takut dehydrate..Alhamdulillah Aqil takde keluar ulser kat mulut atau dalam mulut, dia pun takde demam cuma selsema 2, 3 hari..selera makan pun macam biasa saja..kalau tak mesti meragam je si kenit ni..

gambar ni hari Ahad, hari ketiga dia kena penyakit tu..biji-biji makin banyak dan makin besar

Yang ni hari ke lima, macam kecut ckit biji-biji tu

hari ke lima jugak kat bahagian tangan

Hari Khamis biji-biji tu dah mulai kering dan berkuping..

Semalam kuping-kuping tu tertanggal sendiri dan Alhamdulillah tak tinggalkan kesan parut pada kulit yang mulus itu..lega sangat-sangat anak dah sembuh..setakat hari ni takde nampak menjangkiti sesiapa kat rumah ni, hopefully tak jangkit kat Adam..
 Kat bawah ni ada sedikit info pasal penyakit HFMD ni..kalau nak info lebih lanjut boleh google, yang kat bawah ni pun saya google je.. :)


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus.


Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.


HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71.

Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
 

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti.

Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.



Gejala Penyakit


HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.


Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut.


Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.


Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.


Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.



Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-.


Demam Tinggi.

Penat dan lemah.
Tidak mahu makan dan kurang kencing.
Bernafas kencang.
Muntah-muntah.
Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
Sawan


Perawatan HFMD.


HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.


Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya.


Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.


ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.


Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.



Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?


1. Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah.


2. Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.


3. Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari.


4. Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.


5. Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.


Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini. (artikal ini ditulis pada 2008).



Elakkan Jangkitan!


Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.


Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.


Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah.


Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik!


Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.


Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.


Wallahu A'lam.


Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com


P/S : Saya terbaca kat Berita Harian Online semalam ada 49 kes baru HFMD di Sarawak dan kes terkumpul sekrang ni 4728 kes..musim penyakit berjangkit sekarang ni.. :(


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, April 14, 2012

GA teka gambar by JemariSuri


1st time sebenarnya join GA ni, sesape teringin nak join boleh ke blog JemariSuri , tak salah mencuba nasib kan.. :)
Dan saya nak tag ex ofismate saya Nieda kalau-kalau dia minat nak join.. :)
Jawapan saya :
Saya rasa budak-budak tu tengah tengok orang potong rumput kot..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, April 13, 2012

Angel hair carbonara cendawan + agar-agar pandan santan tanpa telur

Menu untuk minum petang..Adam request nak makan spageti tapi sebab kat rumah ada angel hair je so jadi la..rupa macam spageti jugak cuma dia halussssss..tapi lepas makan angel hair saya jatuh cinta pulak sebab bagi selera saya angel hair lagi sedap kot dari spageti..rebus pun sekejap je sebab dia halusssssss...

 Nahhh! Angel hair dengan sos yang creamylicious.siap bertambah makan nie..haruslah tak dinner dah malam nih..;)

Agar-agar pandan santan tanpa telur tu saya dah lama teringin nak makan..kenapa tak bubuh telur..sebab MIL saya tak suka agar-agar yang letak telur..so takleh la nak ikut tekak saya sorang je kan..saya tak kisah, letak telur saya bedal tak letak telur pun saya sebat..hehehe..memang peberet kitorang kat rumah ni agar-agar ni..kalau balik kampung pun mesti buat jugak agar-agar ni sebab peberet famili saya kat kampung jugak..tapi saya buat tak berapa lemak sebab tak cukup santan, terpaksa la lebihkan air..takpelah kurang ckit kolestrol kan..kan..kan..:)


En hubby tak dapek la makan semua ni sebab dia sekarang kat Tanjung Pinang, Indonesia..
memenuhi hajat untuk memancing kat sana setelah beberapa bulan sibuk bekerja..
Hati saya tak tenang sebenarnya teringat kat En hubby.. kat Acheh kan gempa sana sini, dia pulak pergi memancing, walaupun lokasi agak jauh dari Kepulauan Sumatera tapi hati saya tetap risau..kejadian gempa tu mungkin boleh menyebabkan tsunami..walaupun amaran tsunami dah ditarik balik tapi saya tetap tak senang hati sebab dia berada kat tengah laut tu selama 5 hari 4 malam.. macam-macam kemungkinan boleh berlaku..saya cuba sibukkan diri buat macam-macam agar tak fikir sangat tapi tetap tak boleh, selagi tak dapat call dari En hubby yang menyatakan dia dah selamat sampai darat selagi tu lah saya macam ni..Semoga Allah SWT melindungi En hubby dan rakan-rakan walau di mana lokasi mereka saat ni.. :(

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Pak long kembali ke rahmatullah..

Niat nak bawa anak-anak jenjalan sempena cuti pertabalan agung hari Rabu kelmarin terpaksa dilupakan apabila pagi-pagi lagi MIL saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari ahli keluarga pak long yang menyatakan keadaan pak long masa tu kritikal..doktor kata cuma tinggal 6-12 jam je lagi..dan dia tak bagi jaminan kalau apa-apa berlaku

Pak long ni bapa saudara sebelah En hubby iaitu abang sulung MIL saya..lepas dapat berita tu MIL saya terus bergegas ke Hospital Klang..Saya masih lagi sibuk menguruskan hal kat rumah, buat sarapan dan masak apa yang patut, karang ada pulak yang kebulur..

Sebenarnya dari minggu lepas lagi pak long kat hospital sebab ada ketumbuhan kat testis dia..sebelum ni pun dia memang ada penyakit kencing manis,boleh dikatakan peringkat teruk jugak la sebab jari kaki dia pun dah tinggal 6 je..2 jari sebelah kaki kiri dan kanan dah kena potong sebab kencing manis..memang kerap la pak long keluar masuk hospital..lepas buat operation testis minggu lepas doktor tak bagi balik sebab keadaan dia tak stabil sampai la ke subuh hari Rabu tu, keadaan dia makin kritikal..

Dalam pukul 11 lebih saya siapkan anak-anak dan suruh adik-adik ipar bersiap untuk ke hospital..kami bertolak dari rumah  lebih kurang pukul 12.45..sebaik melepasi tol RM1 yang menuju ke Klang tu FIL saya telefon En Hubby menyatakan yang pak long dah meninggal..tak sempat nak jumpa pak long buat kali terakhir..kami cuma terlewat beberapa minit..tapi tu lah ajal maut tak menunggu kita..kita hanya merancang..Pak long pergi genap umur dia 53 tahun pada 10 April (kongsi birthday dgn Adam).

Menurut kata doktor yang rawat pak long, masa pak long datang buat rawatan kat hospital tu bulan Januari lepas dia dapat kesan 3 sel kanser kat hati pak long..dalam masa yang sama pak long mengidap penyakit hepatitis A dan C dan hati pak long dah takleh berfungsi secara normal kerana ada jangkitan kuman..jangkitan kuman tu jugak telah merebak ke paru-paru yang menyebabkan dia semakin kritikal..Doktor tak boleh buat rawatan kat ICU sebab katanya boleh menyebabkan keadaan pak long bertambah teruk..So, pagi Rabu tu doktor bagi 2 pilihan kat keluarga pak long samaada untuk guna mesin hayat atau lepaskan pak long pergi..

Sangat susah dan perit untuk buat keputusan tu bagi saya.. memang hati mereka meronta-ronta  tak nak melepaskan pak long pergi kerana pak long satu-satunya suami dan ayah..tapi untuk terus melihat pak long menderita walaupun menggunakan mesin hayat pun mereka tak sanggup kerana doktor juga tak bagi jaminan yang pak long boleh sembuh jika guna mesin hayat tu..akhirnya mereka redha dengan melepaskan pak long pergi..menurut kata MIL saya, pak long menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang sekali disamping anak-anak dan isteri disisi..

Pak long dikebumikan di tanah perkuburan Sementa pada pukul 6.30 petang..semua urusan mandi dan kafan jenazah diuruskan oleh pihak hospital dah jenazah disembahyangkan disurau Sementa..

Semua ahli keluarga merasa kehilangan pak long..MIL saya sampai hari ni nampak murung dan banyak termenung..dia rapat dengan arwah pak long..anak-anak arwah turut menyatakan perasaan ralat sebab mereka tak sempat tunaikan  hasrat pak long untuk tengok mereka kawin sebab sorang pon anak-anak pak long belum kawin..Anak pak long 7 orang..6 perempuan dan 1 lelaki..semasa hayat dia, memang nampak sangat pak long teringin nak tengok anak-anak kawin dan timang cucu..ye lah, MIL saya pun dah 4 orang cucu, lagi pun pak long ni memang suka budak-budak..

Apakan daya Allah lebih menyayangi pak long dari kita..Redhalah dengan ketentuan Allah..kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan..Semoga arwah pak long dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Al - fatihah....

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, April 12, 2012

Si Puki ????????

Sila jangan salah faham..Ini bukan entry mencarut.. kisahnya begini

Dialog anak beranak :
ADAM : Ibu Adang nak tengok ni si puki..sambil dia tunjuk arah laptop ( Adam memang sebut nama dia Adang )

IBU ( tengah BF Aqil ) : Eh, nape Adam cakap camtu, sape ajar ????? ( Bengang jugak, dalam hati sape pulak ajar  budak nih cakap camtu)

ADAM : Ni la yang si puki ni...sambil berlalu keluar dari bilik

IBU : ......... tak jawab pun ape dia cakap sebab bengang pikir sape ajar dia ckp camtu

Ibu pun turun bawah..kedengaran opah, mak ngah tengah gelak-gelak dengar si Adam duk sebut si puki - si puki tu.. semua orang ingat dia mencarut.. Ibu masih lagi bengang..

Petang tu bila En hubby balik kerja terus citer kat dia then baru la tahu rupanya yang Adam cakap si puki = spooky. Dia tengok video angry bird kat youtube version halloween, dia belajar kat situ la perkataan spooky tuh. Tapi yang peliknya takde pulak angry bird tu cakap perkataan spooky, angry bird kan tak bercakap.. sampai sekarang kitorg masih pelik mana dia dapat perkataan spooky tu..hmmmm...

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, April 10, 2012

Happy 3rd birthday Adam

Hari ni 10 April 2012 genap usia Adam 3 tahun..sekejap masa berlalu, dah 3 tahun Adam lahir kat dunia ni..semoga Adam membesar sebagai anak yang soleh kepada ibu dan papa di dunia dan akhirat..amin
Ibu dah tempah kek untuk Adam tapi esok baru ibu pick up, nanti kita potong kek sama-sama ngan adik dan Qaseh key.. Maklum lah birthday depa ni dekat-dekat, so beli 1 kek potong ramai-ramai..save budget.. :p

Mucuk masham ibu yang dah 3 tahun hari ni..

Adam 3 tahun yang lalu..


P/S : Ibu dan papa love u always baby mucuk-mucuk..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, April 6, 2012

Cerita huruf " P "

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat

P/s : Pokemon punya pakngah..pulun pasembor pedas sampai lupa beli pulut panggang yang pak long pesan..kekeke

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunnah-sunnah dan adab-adab Hari Jumaat



P/s : Selamat hari Jumaat dan selamat beramal..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, April 5, 2012

BMW X6 untuk Adam

Opahnya belikan kete kontrol, hadiah harijadi yang ke 3 tahun..walaupun besday 10 April nanti tapi hadiah dah dapat dulu..suka la member.. ke hulu ke hilir diusung nya kete tu..malam 1st dapat kete tu tido peluk kete, punya la sayang.. Si Aqil nak tumpang main pun tak boleh..sabo je lah..along memang kedekut sikit barang dia..along kan abang.. :D

sekali tengok nampak macam model BMW X6 betul

Orang tido ngan bantal busuk, Adam tido ngan kete..

Robot ni atuk bagi, memekak ckit robot ni dan suka fire-fire..Superman ape tah nama dia..

Ipad kid ni ibu ngan papa bagi..sejak dapat BMW tak main dah ipad ni, sudahnya ibu simpan dalam gobok..

Haaa..singa ni bukan along punya, ni adik punya. Tapi tu lah kalo ibu cakap adik punya pun along tetap buat macam along punya jugak. Biasa la barang adik barang along, barang along barang along..huhu

Bukan boleh duduk lama sangat kat singa ni, tak sampai seminit dia turun sendiri, dia macam takut-takut..kalo suh tolak lagi la dia takmo..

Aqil cukup pantang nampak BMW along, mesti dia nak main..time along tido je adik boleh main, kalo tak jangan haraplah. Nasib la kete tu besar jugak, kalo sebesar tapak tangan maunya dibawa ke mana je dia pegi..sebelum ni kalau toys kesayangan dia yang bersaiz kecik memang dibawa ke mana saja, balik kampung pun dia bawa, kadang-kadang kita yang naik rimas..kira ganti bantal bucuk la..boleh gitu?? :D

Terima kasih kerana sudi singgah sini

AYAT KURSI












1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 



Sama-samalah kita mengamalkannya, semoga kita beroleh berkat..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, April 4, 2012

BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam


P/S : Saya memang tak suka tidur dengan lampu menyala..rasa tak selesa dan silau.. Anak-anak pun dah biasa tido bergelap..selagi tak tutup lampu diorang takkan tido..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Ponteh Daging - Menu tengahari tadi

Panas-panas dari dalam kuali

Resepi asal Ponteh Lidah Lembu oleh Amita Masterchef Malaysia..tapi sebab ala-ala geli nak makan lidah saya tukar ngan daging..Sedap jugak, bagi penggemar daging boleh cuba resepi ni..Resepi dia simple je dan tak susah pon nak masak..lebih kurang macam daging masak kicap, cuma ponteh ni ada letak taucu ckit..Kalau nak cuba boleh amik resepi kat sini

Sedap dimakan dengan nasi panas

Sayur kacang panjang goreng sebagai pelengkap menu..heheh

Next nak try resepi kari udang Wahidan MCM pulak, nampak macam menarik jugak.. Kebanyakan resepi peserta MCM ni boleh tahan sedap jugak la..bahan pun simple je :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Jangan Tidur Meniarap


Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, April 1, 2012

Resepi : Roti Pita Ayam - 1st time

Baru je lepas makan roti pita ayam dua keping. Alhamdulillah kenyang, kira dinner sekali la tu.. Kenapa 1st time tajuk entry ni??? Sebab 1st time masak sendiri inti dia.. Sebelum ni kalau teringin beli je yang jual kat pasar malam tu.. Tapi tak puas makan, inti pon sikit je.. Overall untuk pertama kali saya masak ni rasa dia boleh tahan la, still boleh diperbaiki mutu masakan. Kat bawah ni saya share resepi, setelah gugel kat internet saya reka je resepi sendiri mengikut bahan yang ada kat dapur..

Bahan :
1 bungkus roti pita
3 keping daging beger ayam - ayam kat dapur takde part dada terpaksa pakai daging beger
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar - dadu
sedikit timun - dadu dan buang biji
1 biji tomato - dadu
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
sos tomato
sos cili
serbuk ayam - untuk penambah rasa
garam dan gula secukup rasa
mayonis

Cara membuat :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai kekuningan
  2. Masukkan daging beger tadi, masak sampai empuk daging beger tu
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, lada sulah, lada hitam, garam, gula dan serbuk ayam. Agak-agak la secukup rasa semuanya
  4. Masukkan timun dan tomato. Jangan terlalu lama nanti timun lembik sangat . Saya suka timun yang rangup gitu.
  5. Sementara tu boleh panaskan sekejap roti pita dalam oven. Nak pakai kuali atas dapur pon boleh..
  6. Bila inti dah masak boleh la masuk dalam roti pita..
  7. Letak la mayonis le, sos ke ikut selera korang..dan boleh ngap.. ;)
 Saya guna roti pita yang ni

 Inti yang dah masak..kalo guna dada ayam lagi sedap.. daging beger ni ala-ala lembik dan hancur ckit tekstur dia..

 Panaskan dalam oven lebih kurang 3 minit je

Dah siap boleh la ngapppp..puas makan bila masak sendiri ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...