Bloggers

Wednesday, May 30, 2012

Balik kampung..ooo..balik kampung

Beberapa jam je lagi saya, En hubby dan anak-anak akan bertolak balik ke Kota Bharu..
Uollss semua dah balik kampung ke cuti sekolah ni..ke bawa anak-anak jenjalan kat mana-mana?
Harap-harap jalan tak jem la sebab weekdays kan..
Saya dan En hubby sepakat nak balik malam sebab anak-anak akan tido so aman la sikit perjalanan nanti..
Semoga kami semua selamat sampai ke destinasi.. :)

barang semua dah siap packing dari malam tadi, punya la semangat :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, May 27, 2012

Makan steamboat di Restoran Tupai-tupai

Sempena birthday saya dan juga anniversary perkahwinan saya dan En hubby yang jatuh pada bulan ni, saya belanja En hubby dan anak-anak makan kat sini minggu lepas..Rupanya restoran ni bukan menghidangkan menu steamboat ea.. ala carte, western dan chinese food pun ada..tergoda jugak bila tengok waiter tu hantar lamb chop dengan grilled fish kat meja sebelah, harus cuba satu hari nanti.. :)


Restoran Tupai-tupai yang terletak kat Seksyen 13, Shah Alam ni dah lama jugak buka, cuma ni baru berkesempatan terjah..padahal selalu je lalu depan restoran ni.. Kalau nak ke cawangan dia yang kat KL nun macam jauh la pulak kan..

Bekas habuk rokok yang comel

Ni la yang kami makan..kami tak amik banyak sangat seafood sebab anak-anak dan En hubby lagi suka makan yang jenis fishball atau fishcake tu :)

Sup yang putih tu sup ayam untuk anak-anak sebab tak pedas kan, yang merah tu sup tomyam kelapa..tapi kelapa dia tak rasa sangat pun..rasa dia pun boleh la, takde la sampai menjilat jari



 Nyam-nyam..makan sampai muncung mulut

Ni rasanya pinggan terakhir yang kami ambil

Selain tu ada juga hidangan sampingan yang disediakan seperti nasi goreng, kuey tiaw goreng, laksa goreng, sandwich, kek, buah-buahan, bubur nasi, sup cendawan, dan aiskrim..air pun ada 3, 4 jenis jugak..saya suka air sirap bandung dia, 3 gelas jugak saya minum..hehe

Nasi, kuey tiaw dan laksa goreng agak sedap jugak, tapi tak berani nak ambil banyak takut tak habis, so ambil serba sikit (laksa dah licin dimakan Aqil)

Tersengih kekenyangan

Sesapa teringin nak makan steamboat boleh la cuba kat restoran ni..harga untuk buffet steamboat RM29 per person untuk dewasa..kanak-kanak umur 0-4 tahun tak payah bayar..boleh makan sampai pengsan.. :)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, May 26, 2012

Happy 4th Anniversary

Semoga hubungan suami isteri dan rumahtangga yang telah dibina selama 4 tahun ni akan terus kekal ke akhir hayat..
Terima kasih atas segala-segalanya... sayang kamu sangat -sangat..mmmuuuaaahh

Dedicated this song to my dear En Hubby :)



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, May 23, 2012

Warna warni kehidupan


Tajuk takde kena mengena ngan gambar mahupun entry :p

Air pancut di Setia City Mall, Setia Alam.. Snap ngan camera hp je, Adam sampai takmo balik gara-gara air pancut yang berwarna warni ni..

Pakat- pakat g terjah mall ni, banyak sangat promosi sempena pembukaan, kedai dan restoran pun banyak yang dah buka.. Agak besar jugak mall ni dan yang bestnya ada GSC ;-)

P/S : Untuk info lebih lanjut layari www.setiacitymall.com

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, May 20, 2012

Birthday present dari En hubby



Thanks so much darling.. next year bagi lagi besar ye..hiks
Love you always..Mmmuuaahhh!!!

P/S : Masa nampak kotak color merah tu ingatkan barang kemas :p  .. kekeke

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, May 18, 2012

Lunch kat Resto Surabaya

Sape pernah makan masakan Indonesia kat Resto Surabaya ?? Restoran ni terletak di Subang Jaya.. Sabtu minggu lepas FIL saya bawa kami semua makan kat situ..gara-gara kawan FIL saya belanja dia lunch kat restoran ni dan FIL saya kata makanan dia boleh tahan so dia nak bagi kami semua rasa la makan kat situ..

Sebenarnya ni kali kedua saya makan masakan Indonesia..1st time makan kat Restoran Anggerik Kuring, masa tu company lama En hubby buat annual dinner..Tapi bagi saya masakan kat Resto Anggerik Kuring lagi sedap kalo nak compare ngan Resto Surabaya ni..menu pun lagi banyak kat Resto Anggerik Kuring..


 Baru je nak duduk abang waiter datang bawa mainan..seronok la dak kenit ni..

Ni antara menu dia..saya makan set ayam bakar dengan nasi putih..En hubby pulak makan sotong bakar madu ngan sup buntut@ekor bakar dan nasi putih..

Ni antara air yang kami minum..cendol dia so so je la + ada isi nangka yang mana saya tak berapa gemar.. ice lemon tea dia saya suka..

Ni la set ayam bakar dengan nasi putih yang saya makan..ayam dia potong 1/4, boleh tahan juga sebab ayam bakar dia masih lagi juicy, tak terlampau kering.. yang En hubby makan tak sempat nak snap dah tinggal tulang, tapi sempat rasa kelazatan sotong bakar madu..saya lupa snap gambar masa makanan sampai sebab ada budak tak menyabar nak makan..

Ni la dia budak yang saya maksudkan tu..dapat tulang ayam senyap terus..

Sape-sape yang suka atau nak try masakan Indonesia, boleh la terjah restoran ni nanti..
Selamat berhujung minggu  -_-


P/S : Korang tau tak kat mana restoran yang jual nasi padang mabeles? Teringin nak makan nasi padang.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu


Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia.. 
Jadilah ibu yang terbaik untuk anak-anak yang dikurniakan kepada kita

Kepada bonda tercinta Zaharah Bt Taib 
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasamu mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan tak mengenal penat membimbingku sehingga kini..
Semoga dirimu sentiasa dalam lindungan Allah swt, dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik..
Insyaallah kita jumpa awal Jun nanti..Rindu ma sangat-sangat (-____-)

 Kami with ma - Syawal 2011


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, May 9, 2012

Perbezaan mendidik anak lelaki dan perempuan


Terbaca ni kat facebook..boleh sama-sama kita praktikkan untuk mendidik anak-anak..
 

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, May 8, 2012

It's My Big Day

7 Mei datang lagi..untuk tahun 2012 ni umur saya dah menginjak ke angka 28..
waaaa waaaaaaaa waaaaaaa... sudah menghampiri ke angka 3.. uollss..

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai saya ke dunia ini..Terima kasih yang tak terhingga kepada bonda Zaharah tercinta kerana telah melahirkan, membesarkan dan tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada saya tentang erti kehidupan..

Saya bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya sehingga ke hari ini, seorang suami yang penyayang dan sabar dengan setiap karenah saya..dua orang putera yang comel dan segala-galanya yang saya ada.. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu.. Semoga kami sentiasa dalam lindungan dan redha mu Ya Rahman Ya Rahim..

En Hubby tapau kek 'Resepi Rahsia' untuk saya.. Blueberry cheese kek, strawberry marshmallow chesee kek dan absolute chocolate kek.. buruk no tulisan pekerja resepi rahsia tu tulis hepi besday



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, May 6, 2012

3 hari 2 malam di Anjungan, Pulau Pangkor

Cuti hari buruh yang lalu saya dan family En hubby ke Pulau Pangkor..bawa budak-budak mandi kolam..padahal pergi pulau kan tapi most of the aktiviti kami cuma makan dan mandi kolam je..anak-anak takmo mandi laut..saya pulak elok-elok sampai Pangkor je dah rasa lain macam..rupanya 'best friend' datang..potong betul la..baru je plan ngan En hubby nak snorkeling..terpaksa la lupakan hasrat dihati.. :(

 Budak ni tak reti diam dalam feri sambil terjerit-jerit..tak tau la dia over excited ke atau dia takut..

Ni la resort yang kami sewa..Anjungan ni resort baru beroperasi..maybe tahun lepas kot sebab last kami berkunjung ke Pangkor belum wujud lagi resort ni..

View dari balkoni bilik kami

Semuanya baru, bersih dan selesa..harga untuk 1 malam family room ialah RM200..

Biasanya FIL saya sewa kat Bay View Resort tu, tapi sebab dah fully booked terpaksa cari resort lain..kebetulan Anjungan ni pun ada kolam renang, sesuai sangat la..kitorang memang akan sewa bilik yang resortnya ada kolam sebab dah tau anak-anak suka mandi kolam..jom tengok apa ada dalam bilik..


Ape la 2 beranak tu tengah buat..saya biasa la camwhoring..hiks

Sebenarnya ni adalah kali ke 3 saya berkunjung ke Pangkor..kalo En hubby dan family saya tak tau la kali ke berapa..FIL saya suka datang Pangkor sebab katanya dekat, naik feri pun sekejap je..kalau pulau-pulau lain tu cam jauh ckit la..bagi saya takde ape yang bestnya Pangkor ni..untuk rehatkan minda dan bercuti ngan family ok la, tapi kalo untuk shopping takde ape yang menarik pun, makanan hasil laut tu je lah yang diorang jual..tempat makan dan restoran pun takde yang best, biasa-biasa je la.. En hubby kata diorang ni masak sekadar melepaskan batuk di tangga..boleh gitu..kekeke.. rasanya restoran vicchuda yang dekat ngan rumah kitorang ni masak lagi sedap kot.. Paling En hubby frust bila dia order sotong masak kicap tapi takde menu tu...kata restoran seafood..sabar je lah...
emmmm..korang tengok gambar je la eh..

 
Sampai-sampai je terus ajak mandi kolam..tak menyempat nak rehat..nasib baik tak mengamuk sebab bawa dia pegi makan dulu..

Berendam sampai kecut..Aqil pun tak senang duduk tengok Adam main air..

Bersiap sedia untuk pegi makan malam pulak..MIL saya kat belakang tu sempoi je pakai baju kelawar.. :)

Sapa nak jakuzi malam-malam ni..siang-siang takmo buka jakuzi ni..tapi kat Anjungan ni boleh mandi kolam sampai pukul berapa je yang korang suka...pandai-pandai la jaga diri jangan kelemasan pulak..

Boring tunggu yang diorder tak sampai-sampai

Sampai Aqil pun buat muka alien dah..sabor je lah

Tengok gambar Aqil je lah..tak payah la mengkome nengok ape kami makan..idok ler manarik pon, ikan kembung goreng dan ikan kembung masak sambal je..yang frustnye kerang rebus yang kami order pun takde air asam, dia bagi kicap sotong + cili potong..memang potong betul la.. kenapa makan ikan kembung??? Sebab menu dia cuma ada ikan masam manis dan stim je..kami nak makan ikan bakar sebenarnya..tapi takde pulak..hampeh tul..

Hari kedua, lepas breakfast je terus terjun kolam..Aqil dah ada pelampung, so boleh la join mandi kolam

Dah besar sangat la tu..takde sape jaga pun

Dah bosan kita gigit getah pelampung ni pulak

Acu dan pak lang menjadi mangsa untuk jaga budak-budak ni

Fil saya pun tak lepaskan peluang mandi ngan cucu-cucunya

Dah puas mandi, pegi makan pulak..tengah tunggu nasi ayam

 Bunga ni menarik perhatian saya, pokok dia macam pokok ulam raja

Yang ni pun menarik

Sebelah petang sambung mandi lagi..siap berjakuzi si Aqil..orang lain sibuk mandi pantai, kami je yang conquer kolam ni..

Suasana di pantai..frust betul takleh snorkeling sebab cik 'P' datang masa kat Pangkor..saya bajet lepas balik dari Pangkor baru dia datang..terawal ckit.. :(

Hari ketiga..nak balik dah..lepas breakfast sempat la bagi anak-anak mandi kolam kejap, lepas tu bersiap-siap untuk checkout

Tunggu feri datang..dah besar pun nak bergendong saja

Ada rejeki kami datang lagi..Insyaallah


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...