Bloggers

Tuesday, June 26, 2012

Rakan-rakan blogger - Minta tolong untuk mendoakan abang saya

2 bulan sebelum ni abang saya disahkan oleh doktor kena penyakit sinus.. sebelum tu dia selalu mengalami sakit kepala, sakit gigi ( semua keseluruhan dalam mulut), hidung dan sakit sebelah muka menyebabkan dia tak boleh berada dalam suhu yang terlalu sejuk, tak boleh makan macam biasa dan tak selesa.. kalau sakit gigi sikit pun rasa tak selesa kan, bayangkan lah kalau sakit macam tu datang dalam satu masa... sinus ni ada hubungkait dengan penyakit resdung tapi peringkat yang lebih teruk. 2, 3 kali jugak dia amik suntikan untuk redakan sakit tu tapi kurang sekejap je, lepas tu sakit balik..

Dalam seminggu dua lebih kurang tumbuh bonjolan kecil kat lelangit dia..ada doktor lain pulak kata maybe tumor..semakin lama semakin membesar bonjolan tu dan semakin sakit menyebabkan dia tak boleh makan seperti orang biasa..cuma makan nasi bubur yang di blender, nestum atau sup je..

Dalam masa yang sama jugak dia disahkan oleh doktor yang merawat penyakit kanser hati yang dihidapi 3 tahun yang lalu bahawa sel kanser telah merebak ke paru-paru..saya agak terkejut jugak sebab setahu saya tiap-tiap bulan dia menjalani rawatan city scan untuk penyakit tu..

Sekarang ni abang saya buat rawatan kat Kota Kemuning..perawat kat situ suruh minum air dari buah lemuju..dipercayai buah ni boleh merawat kanser.. dalam masa yang sama dia buat rawatan juga kat hospital..

Minggu lepas dia ke hospital sebab doktor nak ambil sampel bonjolan kat lelangit untuk buat test dan buat city scan skali kat kepala.. hari ni sepatunya result sample tu keluar tapi bila pergi hospital doktor kata sample hari tu rosak dan tak boleh nak buat test, so terpaksa ambil sample lain dan tunggu keputusan minggu depan..dan yang mengejutkan hasil daripada ujian city scan doktor bagi tau kat kepala abang saya ada kanser, dah agak besar cuma belum dapat pastikan sama ada sel tu sama atau tak dengan bonjolan kat lelangit tu..

Saya hanya mampu berdoa agar Allah melindungi dan memberikan kesihatan yang baik kepada abang saya agar dia sembuh dari penyakitnya itu..saya agak rapat dengan abang dan kakak ipar saya, semoga mereka berdua terus kuat dan tabah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah kurniakan kepada mereka sekarang ini.. untuk pengetahuan korang abang saya ada 3 orang anak yang masih kecil..yang sulung darjah satu, yang kedua 6 tahun dan yang kecik 1 tahun 3 bulan..sebaya dengan Aqil anak saya..

Harap sudilah kiranya rakan-rakan semua mendoakan kesihatan abang saya..hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian di kemudian hari..

Abang saya bersama isteri dan anak-anak

Nama dia Humaira..beza 1 minggu je dengan Aqil

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Dapat FM dari Holland

Bulan lepas saya kirim FM kat akak ipar saya yang kena berkursus kat Holland..ingatkan dia tak beli sebab senyap je lepas dia balik dari Holland..hujung minggu lepas saje la pergi rumah dia ziarah adik beradik kan..sebeum balik tu dia hulur saya satu plastik yang ada FM kat dalam tu..suke sangat..thanks Kak Idah..ku ingat Kak Idah tak sempat beli ke ape kan..hihihi

Bertambah la koleksi FM ni..seingat saya, saya mula suka kumpul FM ni sejak saya pergi Perth dulu..masa tu Nieda kirim FM..bila tengok kat sana macam-macam rupa dan bentuk ada FM ni, terus tertarik hati untuk mengumpul..menarik sangat rasanya..lagi-lagi kalau dapat yang jauh-jauh punya kan..kadang-kadang tu time En hubby pergi mancing luar Malaysia saya kirim jugak kat dia..hihi..




Comelkan FM tu..Adam suka la sebab ada kipas katanya..dah mintak satu untuk jadikan dia punya koleksi..ibu cakap " Jangan harap..ini ibu punya..kang kipas ke mana, magnet ke mana kalau dapat kat Adam.." .. Adam sengih je..





Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, June 24, 2012

Jom join bloglist Cik Rose Cute

Sape-sape nak join klik banner di atas.. cepat tau sebab tarikh tutup dia petang ni.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, June 23, 2012

Makan western kat Restoran tupai-tupai

Sebelum ni saya pernah citer nak try western food kat tupai-tupai seksyen 13 Shah alam kan..so last week kami terjah..pergi malam dalam pukul 9.30, kebetulan balik dari menyoping kat Giant perut rasa lapar..so decide nak makan situ ler..ramai orang sebelah malam..boleh dikatakan 3/4 penuh la restoran tu..

Kami order lamb chop dan spageti je..mulanya saya rasa nak try salmon grill tapi takut tak boleh diterima tekak..so tak jadi..so far spageti dia ok la, anak-anak suka. Lamb chop dia pun sedap dan daging kambing tu lembut, dia hidang dengan sayur mayur dan mashed potato..

Spageti ni berharga RM10.90

Lamb chop ni pulak harga dia RM17.90

Selain dua jenis ni ada jugak sirloin stik, chicken chop, hot plate, fish n chips dan masakan panas..ikut selera masing-masing nak order ape..harga pun berpatutan..lain kali boleh cuba menu yang lain pulak kat sini.. :)

 
bosan duduk kat baby chair lama-lama

susah nak amik gambar anak teruna saya ni..bajet retis ke ape..hihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, June 22, 2012

Doa Pemanis wajah

Lewat menjenguk blog hari ni..pagi tadi ada sedikit urusan yang harus di settlekan..blog korang pun belum sempat terjah lagi..Insyaallah sekejap lagi, sementara si kecik nyenyak tidur ni..hihihi..

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni saya nak kongsi satu doa dengan korang semer..semoga sama-sama beroleh manfaat dari sepotong doa ni..:)



Maksud:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
{Yusuf: 4}

khasiat ayat ini:

* selalu disayangi oleh sesiapa sahaja

* wajah menjadi berseri-seri

* manis dipandang orang


P/S : Jom pakat-pakat amalkan ayat ni.. Insyaallah lepas ni semua berwajah manis belaka tapi jangan berhati masam pula ya ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, June 21, 2012

MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai/berpecah-pecah. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan. 

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:


1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

 
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

 
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN


1. Memperbanyakkan Puasa Sunat
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 
Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

 
2. Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

 
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

 
3. Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).

 
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

 
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.
 
MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN


Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

 
Beliau berkata lagi: Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang pada (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

 
Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

 
Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

 
Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP
Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.


sumber: buluh.iluvislam.com
Wallahaulam.


P/S : U ollsss semua dah habis ganti puasa lom ? tinggal sebulan je lagi..saya punya ada 2,3 hari lagi..huhuhu

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, June 20, 2012

Lokching @ sate ikan

Korang suke makan lokching @ sate ikan ni tak? Haaa..lokching ni sebenarnya makanan nostalgia dan feberet masa zaman saya sekolah-sekolah dulu.. dah lama gile saya mengidam nak makan, tapi dekat Shah alam ni nan hado orang jual lokching ni.. amboi mengidam mengalahkan mak buyung ko..hehe

Balik kampung hari tu sempat la pergi ke pasar TEMAN ( Terminal Agribisnes Negara ) tak jauh dengan rumah ma saya kat kampung..tengah meninjau-ninjau pasar tu dan sambil beli apa yang patut saya ternampak ada sorang brader jual lokching ni..ape lagi terus terjah la..

setelah sekian lama mengidam akhirnya dapat jugak makan..rasanya dah dekat 10 tahun kot tak makan..

Hamik ko sekali saya beli sampai RM10, kebetulan En hubby pun suka jugak makan lokching..jenuh jugak la brader tu nak membakar sate ikan tu sampai berderet adik-adik dan customer lain beratur nak beli..hihi.. dulu masa zaman saya sekolah lokching ni dijual dengan harga 10sen satu dan sate dia pun agak besar jugak la, boleh la dapat saiz ibu jari tangan, sekarang ni cenonet je dan dijual dengan harga 7 cucuk RM1..boleh la kan harga ikan pun dah naik..

 lokching dengan sos pedas

Lokching ni dicelup dengan 2 jenis sos pedas dan manis..saya suka sos manis... sampai menjilat lidi la saya hirup sos dia..hihi.. ada tak sesapa tau kat Selangor ni kat mana ada orang jual mende alah ni? harus saya terjah nanti..

lokching dengan sos manis..ada sesape tergoda tak..hihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, June 15, 2012

Cik nab terkena


P/S : Salam ceria di hari Jumaat yang mulia.. selamat berhujung minggu semua.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, June 13, 2012

Resepi : Donut comel dan gebu untuk minum petang

Petang semalam mood buat kuih datang, kebetulan Adam mintak nak makan donut..so buatkan la untuk dia..Adam memang suka makan donut lagi-lagi yang ada coklat atas dia..resepi saya amik kat my resipi tapi tak ingat link yang mana sebab saya copy paste dalam senarai resepi saya dan simpan dalam lappy..tapi sangat senang dan tak perlu uli lama..donut pun gebus je..

 rupa tak berapa cantik sebab saya tak pakai acuan..bak kata MIL saya bukan nak meniaga pun nak cantik-cantik..hihi

Bahan: 

2  cawan gandum
2 sudu marjerin atau butter
setengah peket yis mauripan dibancuh dengan 2 sudu besar air suam
3 sudu susu tepung ( saya guna susu anak je..hihi )
secubit garam
1  sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air ( agak-agak kalo terlalu lembik tambah tepung ckit )

Cara :
  1. campur semua bahan dalam mangkuk dan uli sampai sebati
  2. rehatkan doh selama 40 minit
  3. bila doh dah kembang tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan uli sekali lagi ( uli sekejap je)
  4. canai dan terap atau bentukkan je bulat-bulat
  5. biar 20 minit kemudian boleh la digoreng dan hias dengan gula ising atau coklat

yang ni special untuk Adam dan Aqil

yang ni saya goreng separuh masak dan simpan dalam freezer, petang ni atau esok boleh la goreng..hihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Kaklong 1st Giveaway

 
 
Jom join Kaklong 1st GA..klik-klik banner kat atas tu..
Tarikh tutup : 7 July 2012
Moga-moga murah rezeki saya nanti..aminnn :)

P/S : Sejak akhir-akhir ni rajin pulak saya join GA..hehe..sambil-sambil BW dan tambah rakan blogger mana tau ada rezeki nak menang hadiah kan :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, June 12, 2012

Gara-gara air kotak adik jadi mangsa

 mulut bengkak sebelah, hari ni dah surut dah

Ni kejadian petang semalam. Adam yang marah bila dia nampak si adik tengah menyedut air kotak kegemaran dia lalu terus datang merampas air kotak tersebut dan menolak adik menyebabkan adik jatuh tersembam muka dan pecah bibir..barangkali terkacip dengan gigi..menangis la si adik kesakitan dek perbuatan abang..

Adam ni pun memang dah lama saya perati perangai dia.. sangat kemut @ kedekut tang barang-barang dia terutama mainan..bukan setakat dengan orang lain dia tak boleh share dengan adik sendiri pun dia berkira.. Tapi kalau  barang adik selamba je dia buat macam barang sendiri..ye la aku kan abang.. Bila ditanya tak sayang adik ke? Jawabnya sayang tapi tak boleh bagi adik main.. Alahai la anak, bila la kamu boleh beralah sikit dengan adik sendiri..

 Tertidur lepas dapat pengajaran dengan rotan keramat

Sejak adik berumur setahun lebih ni dan dah pandai nak main serta bergurau senda, si abang makin agresif sikit dengan adik, tak macam masa adik masih bayi, dia buat tak tau je..cara bermain pun kadang-kadang sedikit kasar..mungkin dia fikir adik dah boleh main macam dia yang berumur 3 tahun..

Kerap kali jugak saya dan En hubby terangkan kat dia jangan berkasar dengan adik, tapi macam tukul dengan pahat sekali ketuk sekali jalan..bila dia lupa dan leka dia buat balik.. saya pun tak boleh terlalu leka kalau biarkan diorang bermain sama-sama takut insiden-insiden macam ni berlaku.. sejak tu la saya mula menggunakan khidmat rotan keramat ni..bukan rotan betul pun sebenarnya ranting pokok yang saya kutip kat taman depan rumah.. 
 ni la dia rotan keramat tu..hihi

Tujuan menggunakan rotan keramat tu bukanlah untuk mendera anak tapi sekadar bagi pengajaran kalau dia buat perangai yang keterlaluan..sebab kadang tu kalau saya marah atau cakap je dah tak makan saman sangat dah... dia pun dah lali agaknya..tapi sejak guna rotan ni dia beringat sikit..kadang tu saya eksen je macam nak rotan..saya tunjuk je rotan terus dia cakap tak nak atau tak jadi buat benda-benda yang tak sepatutnya dia buat..kadang-kadang nak tergelak jugak tengok karenah anak-anak ni, macam-macam pe'el dan ragam.. makin hari makin mencabar bagi saya dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak..macam mana la agaknya ma dan arwah ayah saya dulu membesarkan dan menjaga 10 orang adik beradik saya yang masing-masing mempunyai karenah sendiri.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, June 11, 2012

Jom join GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger


  Klik banner kat atas kalau nak join ;)

Ada 21 hadiah untuk pemenang bertuah..jom pakat-pakat memeriahkan GA ni.. Tarikh tutup 1 Julai 2012.. Sempat lagi uollss ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Resepi : Nugget tanpa goreng untuk bayi

Ada member saya di facebook share resepi ni kat wall dia..menarik saya rasa sebab nuget ni tak perlu goreng..so saya nak share ngan korang semua kot-kot ada yang nak mencuba untuk anak masing-masing kan..saya sendiri belum cuba lagi sebab takde sweet potato kat rumah..agak-agak kalau tukar dengan kentang sedap ke tak eh..???

RESEPI :
1 medium sweet potato (kupas)
1 medium carrot (kupas)
1 ulas garlic (ketuk)
sedikit tepung gandum
serbuk roti
serbuk parsley (optional)
1 kuning telur + air 2 sudu makan

CARA :
1. rebus sweet potato dan carrot bsama bawang putih.
2. tos kan dan lenyek ketika masih panas.
3. tambah serbuk parsley, dan tepung gandum, sikit2 hingga tidak melekat dan boleh dibentuk.
4. bentuk ikut suka. bole buat ada inti dan bulat2.
5. goreng serbuk roti, tanpa minyak hingga keemasan.
6. celupkan nugget dalam bancuhan kuning telur dan air dan golek2 dalam serbuk roti.
7. bakar dalam oven 190deg C, 25min. (sebab ada tepung)

**parsley utk bau, garlic utk perisa. boleh ditukar/tambah.
**sweet potato + carrot adalah contoh. boleh ditukar dengan isi ikan/ayam cincang etc bergantung pada usia anak dan kebolehan untuk makan.
**if still allergy dengan telur, boleh diganti dengan liquid lain. (tujuan hanya untuk bagi serbuk roti melekat pada nugget).



Selamat mencuba ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, June 9, 2012

Doa pengikat kasih sayang

Saya dapat doa ni dari kiriman email seorang kawan masa kat politeknik dulu.. kami selalu jugak forward email-email yang menarik untuk dikongsi bersama..sharing is caring kan..caring is loving..heheh
Doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan :

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

P/S : Sama-samalah kita mengamalkannya untuk mengikat suami masing-masing..boleh gitu :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Susu Ibu vs Susu Formula

 * Di copy dari laman facebook

Sejarah Susu Formula
------------------
Tahukah anda bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusu, atau tak mahu menyusu, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu? Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka. Tapi pada tahun 1867, seorang pakcik yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula. Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).

Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap baby semua tu terpaksa diberi jus oren (campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim susu formula adalah yang paling bagus untuk baby. Kemungkinan revolusi penyusuan pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu.

Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA. Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Encik Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein.

Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula.

Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka. Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula pastinya mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri. Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing ;)


P/S : Adam sempat breastfeed sampai umur 1 tahun 5 bulan, stop breastfeed sebab masa tu saya dah mengandung Aqil 6 bulan.. Aqil pulak masih lagi breastfeed sampai sekarang.. Insyallah murah rezeki Aqil untuk 10 bulan lagi.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, June 8, 2012

Doa pembuka 12 pintu kebaikan

Salam Jumaat yang mulia..semoga kita semua mendapat keberkatan dari Nya..


Sama-samalah kita mengamalkannya :)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...