Bloggers

Friday, September 28, 2012

Ajari aku

Lately ni suka dengar lagu Ajari Aku yang dinyanyikan semula oleh Anuar Zain ni..saya memang big fan Anuar Zain..hehehe.. Gara -gara tengok citer SAM la jadi suka plak lagu ni..penyanyi asal dia dari Indonesia, Adrian Martadinata. tapi saya lagi suka Anuar Zain nyanyi sebab sangat penuh perasaan, lirik dia pun best..heheh



Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, September 27, 2012

Petola dan gula batu untuk rawat batuk berkahak

Saya ada satu petua nak share ngan korang..sape tak kenal petola, kat bawah saya ada letak gambar yang saya amik dari En google..alkisahnya anak buah saya Elesya batuk berkahak sejak dari bulan raya ritu, dah bagi ubat batuk dan ubat kahak pun still sama gak sampai mengganggu waktu tidur dia, dan dia asyik muntah je sebab kahak terlalu banyak, bila bawa ke klinik doktor bagi nebulizer untuk cairkan kahak..Alhamdulillah sekarang ni berkat makan ubat, jeli gamat dan jugak petola ngan gula batu ni dia dah beransur sihat, dah tak teruk macam ritu lah..



Kebetulan masa g open house rumah mak chu En hubby, MIL saya cerita kat adik beradik dia..then diorang bagi petua petola ni..Bahan utama cuma sebiji petola dan gula batu..

Cara :

  1. Belah dua buah petola dan buang biji
  2. Bakar atas tudung periuk kat atas dapur gas dan letak seketul gula batu kat atas isi petola tu
  3. Isi petola akan mencair bersama gula batu tersebut.
  4. Bila dah cair dan dah sejuk boleh di suap kepada anak ( Satu sudu besar )
InsyaAllah jika rajin mencuba pasti akan mendapat hasilnya.. ^___^



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Pancing dan piknik

Sebelum berakhir bulan Syawal yang lalu, kami sempat ke kolam exotic lagi yang terletak di Rawang..sebelum ni pernah bawa anak-anak mancing sini cuma masa tu just kami berempat je..kali ni dekat 20 orang jugak member-member En hubby yang join ..so siap berpiknik dan bbq la kami..sampai kat kolam lebih kurang pukul 7.45 pagi, masa tu dah ada beberapa orang pemancing yang sedang memancing..

Lepas dah bincang dengan tokey kolam, kami pun setting la tempat untuk bbq, yang lain sibuk setting pancing masing-masing..rugi la kalo lambat sebab kolam berbayar kan..lagi pun ikan-ikan kat situ feeding frenzy cuma naik tak naik bergantung kepada terror atau tak berlawan dengan ikan..kikiki

Jom layan gambar je lah, malas nak taip banyak-banyak..korang pon mesti bosan baca saya membebel kan..

Sekitar kolam yang mendamaikan

Dah hbs bakar

Kena dah..

cer teka ikan ape yang kena ??

Encik keli.. tak ingat brape kilo.. ( Gambar ni saya amik dari FB kwn hubby sebab tu ada watermark, saya punya terdelete..huhu )

kena lagi..

keli lagi..dah macam retis abang kita sorang ni..hehe

santai-santai sambil memancing

ni aktiviti Adam dengan Aqil...sudahya mati anak ikan yang nak di buat umpan tu..sabor je lah

ikan jelawat

En hubby dengan hasil tangkapan seterusnya..pacu

Sebelum balik, Aqil bergambar dengan kakak comel ni..anak kawan En hubby, lupa nama kakak ni..

Banyak jugak sebenarnya hasil tangkapan hari tu macam red tail cat fish, labi-labi pun ada yang diorang dapat tangkap tapi saya tak sempat ambil gambar sebab saya sibuk mengenyangkan perut saya dan bertukar-tukar cerita dengan isteri-isteri kengkawan En hubby, gambar makanan pun saya lupa nak snap..next time ada rezeki kita datang lagi..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, September 26, 2012

Bahasa cinta lelaki


Betul ke cam tuh?? hahahaha

Seingat saya, En hubby selalu cakap yang atas sekali tu..
Kalo yang no dua pon pernah tapi bunyi dia camni " Yang, buatkan teh ais"
Yang no 3 pon dia pernah cakap jugak kalo saya terlupa, tak dengar or lambat buatkan air..hihihi
So cinta ke tak cinta mana boleh di ukur melalui bahasa je betul tak..kadang-kadang bahasa dan cara percakapan tu pun bergantung pada situasi jugak..

Korang rasa camne?

P/S : Bahasa cinta yang betul " Sayanggg, ni abang buatkan teh ais special untuk sayang..."  -__-

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Berpagar sudah


Akhirnya safety gate ni terpasang jugak kat tangga atas..

kalo tak inilah yang terjadi..seronok si kenit ni bersantai kat situ..sabar je lah


Terima kasih kerana sudi singgah sini

10 kalimat suci yang perlu kita ucap setiap hari


Daripada melatah entah hape-hape..lebih baik ucap kalimat-kalimat di atas..semoga sama-sama kita beroleh keberkatan.

Sumber : FB

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, September 25, 2012

Berapa banyak gula yang anda makan?


Dari gambar kat atas tu cuba kira berapa jumah gula yang korang ambil dalam sehari..tu pun bukan semua benda yang kita makan tersenarai dalam gambar tu kan..
Ish..ish..ish..kalo saya dah confirm-confirm 100-200 tsp gula setiap hari..har har har

Setiap pagi mesti amik susu pekat manis kalau minum kopi atau milo..kalau teh kurang sikit lah, kalo green tea lagi kurang.., nampak gaya kena minum green tea je setiap hari...belum campur dengan gula dalam mee goreng, roti canai, nasi lemak atau benda lain untuk breakfast kan..saya memang heavy breakfast boleh kata setiap hari..pastu jumlah gula untuk lunch ngan dinner dan makanan sampingan yang lain???? camne tuh kalo berterusan untuk 10 tahun lagi?????? Gua pikir lah sendiri...hik hik hik

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, September 14, 2012

Sejuk perut ibu mengandung..

Bila tengok gelagat anak-anak.. rasa sejuk perut ni.. mudah-mudahan membesar jadi anak-anak yang soleh..aminnn

dua beradik ni rajin berjemaah..hihi

tapi tak sure sape jadi imam..hehehe

kopiah pun dah nak tutup mata..huhuhu


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, September 5, 2012

Shiseido Peel Off mask

Sape pernah pakai masker muka shiseido ni? Saya sekarang pakai mask ni la dan sangat berpuas hati dengan kesannya..Ada 2 jenis mask yang saya dah cuba, black mask dan naturgo.. kedua-dua mask ni memberi kesan yang best dan saya suka sangat lepas peel off mask tu, blackhead dan whitehead semua keluar, kulit rasa lebih lembut dan halus serta lebih cerah dan tidak berminyak lagi..cewahhh dah macam iklan pulak..hihihi


Saya beli mask ni dengan sepupu saya masa balik kampung hari tu, dengan harga cuma RM2.50 sepeket..
1 peket mask tu untuk penggunaan sekali je kalau pakai untuk seluruh muka, tapi kalau pakai kat hidung je boleh pakai 3,4 kali..sangat jimat..biasa saya pakai scrub untuk muka, lepas pakai mask ni dah tak payah scrub lagi dah sebab rasa licin je kat kawasan hidung..sukeeee sangat tau..

Kat bawah ni gambar masker yang saya dah pakai..kalo korang teliti betul-betul boleh nampak ada bintik-bintik putih kat masker tu..lepas ni tak payah nak buat facial selalu dah, biasanya saya ikut MIL saya pergi buat facial 1 bulan sekali..hehe

Ni adalah masker yang pertama sekali saya pakai lepas beli dengan sepupu..memang keluar whitehead tu..sekarang ni saya pakai 2 minggu sekali..dan whitehead dah berkurang, tak banyak macam dalam gambar ni dah..best je rasa..


P/S : Kalo ada sesapa nak try boleh je order kat saya..atau nak order direct ngan sepupu saya pun boleh..dekat facebook pun ada orang jual masker ni..
Untuk kesan yang lebih optimum..wapkan dulu muka kita lebih kurang 10-15 minit dengan semangkuk air panas untuk membuka liang-liang roma, lepas tu baru pakai mask ni..hasil dia memang memuaskan.


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...