Bloggers

Wednesday, January 30, 2013

Cuti-cuti Bali Part 1

Hai korang..tengah watpe? Okay hari ni saya nak citer pasal trip ke Bali, maaf ye kalo entry ni akan jadi panjang..kami bertolak dari LCCT epot pukul 9.30 pagi Jumaat dan sampai sana lebih kurang pukul 12.30 tghari kat epot Ngurah Rai, Denpasar..turun dari aepolane, (ni bahasa Adam) kami kena naik bas macam rapid KL gitu untuk ke balai ketibaan dan amik bagasi sume..

kanak-kanak riang dalam aepolane

pemandangan di awan biru

 SubhanAllah sungguh cantik ciptaan Nya

turun bas kat sini dan kena jalan sikit untuk cek paspot dan amik beg sume..

Dipakaikan bunga tanda selamat datang

Sampai sana pak supir kami iaitu Pak Arya dah sedia menunggu di balai ketibaan..kami ke Bali ni menggunakan khidmat Bayu Bali Tours . Berurusan untuk trip ni direct dengan Pak Arya, so harga pakej murah sikit la berbanding kalo amik dengan travel agen kat sini. Pakej yang ditawarkan termasuk makan dan minum, pengangkutan, hotel..macam tiket dan airport tax sume tu kena bayar sendiri la..

Lepas setel urusan kat epot Pak Arya bawa kami untuk makan tengahari kat Restoran Malioboro yang menyediakan masakan ayam tulang lunak. Nama ayam tulang lunak tu diberi sebab ayam dia boleh makan dengan tulang -tulang sekali sebab tulang dia sangat lembut..tak tau la diorang masak macam mana..mungkin rebus 7 hari 7 malam..saya pun tak pasti..tapi femes di Bali..

Selain ayam ada jugak lauk-lauk lain yang disediakan kat restoran ni..kami ada oder ikan, tulang ikan tu pun lembut dan boleh makan jugak dah macam sardin dah

saya haruslah minum teh botol.. memang feberet dan saya suka teh..rasa dia lebih kurang teh jasmin atau teh bunga, kalo sejuk lagi best

Yang ditabur dengan bijan tu ayam tulang lunak, sayur kangkung sambal, sebelah kanan dia macam kerabu mangga la, sebelah kerabu mangga telur tauhu..sedap sangat telur tauhu tu..harus cuba kalo korang ke Bali..

ni ikan yang saya maksudkan tadi tu..so so je rasa dia..tapi memang lembut sampai ke tulang 

lepas dah isi perut kami di bawa ke hotel untuk berehat dan buat ape yang patut..untuk day 1 ni takde apa apa aktiviti kalo ikut itenary..free and easy je..

Kami tinggal kat Palm Beach Resort..kalo tengok pada bangunan dan facilities dia nampak macam resort ni dah tua..persekitaran dan bilik bersih dan selesa cuma facilities kurang, contohnya untuk air panas takde kettle dalam bilik so terpaksa call house keeping mintak air panas..opppss silap bukan mintak kena beli hokay...Rp5000 untuk satu termos kecuali korang ada baby dan nak buat susu so boleh dapat free..

Bilik pun tak terlalu besar..ada katil, tv, almari, peti ais dan still ada ruang untuk solat.. tapi tu lah peti ais pun macam hidup segan mati tak mau.. sebab tak sejuk pun..sadis sungguh.. nasib baik la bilik air ada hot water ngan bath tub so boleh la anak-anak berendam.. adik ipar saya terpaksa tukar bilik sebab plug tv macam ada problem sebab ada bunyi karen camtu pastu tv pun tak berapa elok..bila dah tukar bilik dan dapat bilik baru heater air panas untuk mandi pulak rosak.. tapi channel tv dia best..banyak gile kot channel dah macam astro dah.. tapi semua tu tak mematahkan semangat kami untuk meneruskan trip ni sebab tujuan utama nak jenjalan bukan nak lepak kat bilik kan..janji boleh tidur dan rehat lepas penat berjalan tu sudah memadai..

view sekitar Palm Beach resort



Lepas dah berehat sebentar dan buat ape yang patut kami mandi kolam.. sebab dah janji dengan Adam nak mandi kolam masa sampai tu so nak tak nak terpaksa la layan kan..seronok la anak-anak semua, nak pulak kolam tu kami je yang konker..memang takde orang mandi..maybe kebanyakan tetamu yang duduk resort tu keluar ikut tours masing-masing kan..so sepi je la..tetiba pak guard hotel tu datang.." Permisi ya ibu ibu, bapak bapak.. di minta pakai pakaian renang ya untuk mandi di swimming pool "..  muahahahahaha..
Tu lah senah ko main terjah je padahal dah ada papan tanda melekat kat pondok tu tapi kami tak baca..buat macam kat negara sendiri ikut suka nak pakai apa kalo mandi kolam kan..sekali kena sound daaa...tapi kami buat bodoh je sebab dah mandi kan..alang-alang mandi biar sampai basah...15 minit kemudian kami cepat-cepat cau cin cau dari kolam tu..kekekekeke.. nasib baik budak-budak pun dah puas mandi masa tu..


Pas mandi balik bilik dan siap-siap nak keluar jenjalan berdekatan resort tu, memula ingat nak tengok pantai yang berdekatan so plan nak jalan kaki je la sebab menurut Pak Arya dekat je kalo jalan kaki..sampai kat gate depan guard tu kata jauh juga kalo nak ke restoran sebab kami ada cakap nak pegi makan dan jalan-jalan..so dia suggest sewa kereta..

Kereta-kereta sewa memang dah sedia ada tunggu kat depan resort untuk di sewa..kami sewa Kijang yang boleh muat 8 orang, Rp100 000 untuk satu jam..so cakap je la nak gi mana dia akan bawakan...sebenarnya sardin jugak la naik Kijang tu dengan budak-budak lagi kan, tapi sebab dekat so redah je..muahahahaha

Tak sampai 10 minit kami sampai kat Krishna tempat shopping ole ole yang femes, murah dan ada 2,3 cawangan kat Bali ni..so plan nak ke pantai pun hilang entah ke mana..tetiba je mood shopping datang..kikiki


Kat dalam ni macam-macam ada dari baju, beg, kasut, makanan, barang perhiasan, kraftangan semuanya made in Indonesia.. macam-macam la kami rembat kat sini..harga memang murah berbanding kat tempat lain yang kami pegi..

tengah pilih ole ole untuk family

pelbagai jenis kopi bali

tengah pilih mainan anak-anak sebab masing-masing udah mula tunjuk perangai..

Lebih kurang sejam la kami kat Krishna ni..tapi tak puas dan kami plan nak repeat besok..lepas dah  bayar dan keluar dari Krishna kami suruh pak supir bawa ke restoran halal yang berdekatan..dia bawa kami ke Dewi Seri seafood restoran, saya tengok harga lobster kat sini cuma Rp100 000++ je untuk 100g.. besar ko lobster tu..tapi kami cuma makan goreng-goreng je kat restoran ni..macam nasi goreng, kuey tiaw, bihun goreng semua simple-simple je ikut selera masing-masing..dah kenyang kami terus balik hotel untuk berehat dan zzzzzzz...

*****BERSAMBUNG****

Terima kasih kerana sudi singgah sini

3 comments:

  1. bestnye cuti2 kt bali...byk tak ole2 dibeli...hihi

    ReplyDelete
  2. Seronoknya yus..i x pernah sampai oversea lagi. Kesiann kan.. Muhahaaa

    ReplyDelete
  3. mmg best la bali ni bila nk sampai xtau la huu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...