Bloggers

Thursday, January 31, 2013

Cuti-cuti bali Part 3

Setelah penat tawar menawar barangan perak tu kami dibawa ke Tegenungan Waterfall..air terjun yang sangat cantik..tapi kalo nak turun ke bawah kena turun 300 anak tangga..larat ke noksss, mak tak kuasa okey dengan budak-budak lagi..so kami bergambar dari atas je..


sungguh indah ciptaan Allah.. mendamaikan 

Kemudian kami ke tempat ukiran kayu pulak..kat sini boleh tengok macam-macam jenis barang yang di ukir dari kayu, kerusi meja, set catur, binatang, orang pun ada..ada kayu kulit buaya, kayu cengal, macam-macam la saya pun dah lupa nama-nama kayu tu..

penerangan tentang jenis-jenis kayu..yang warna dia putih ckit tu kayu kulit buaya..ada bonjol-bonjol macam belakang badan buaya tu..

masa ni tukang ukir kayu takde so tak leh tengok camne dia ukir kayu tu...sangat halus dan berseni..korang nampak tak kat atas tembok belakang 2 orang wanita ni ada iguana kan..nampak macam betul kot ..kat dalam ada biawak komodo, gajah, anjing, patung ikan arowana, semua nampak real..

Set kerusi meja pun cantik..tapi harga memang juta-juta lah.. kat dalam kedai tak boleh amik gambar so takde gambar dalam kedai..malas nak amik gambar curi-curi masa tu takde mood sebab perut lapar..kah kah kah

Yang tengah-tengah tu orang ye..muehehehe.. dua-dua patung tu di ukir dari sebatang pokok takde cantum-cantum..dah ada orang book patung-patung tu..

Dari tempat ukiran kayu kami di bawa ke Kintamani untuk lunch..Kat situ boleh tengok pemandangan gunung berapi tapi sayang masa kami sampai cuaca dah tak berapa elok dan dekat nak siap makan tu hujan turun so gambar pun tak banyak snap kat situ..

lunch buffet..biasa-biasa je lauk dia

banyak kan saya melantak..kelaparan dong

amboi makan tak pandang orang sebelah..masing masing kelaparan

tepek sekeping gambar tuan tanah

kat belakang tu gunung berapi tapi berkabus sudah..sebenarnya kalo pegi seberang sana tu lagi dekat dan cantik nak amik gambar tapi sebab cuaca tak mengizinkan ape boleh buat..

ini sajork yang mak mampu snap dah habis zoom dah ni..

Dah isi perut dan buat ape yang patut kami teruskan lagi perjalanan ke tempat memproses Kopi Luwak..Kopi Luwak ni kopi taik musang tau korang..musang makan buah kopi pastu dia berak kemudian taik dia tu di cuci dan dapat biji kopi..pastu biji kopi dikupas kulit beberapa lapis tu kemudian barulah di sangai dan ditumbuk untuk menghasilkan kopi..banyak proses dia dan sudah dapat sijil halal Indonesia.

yang hitam-hitam tu biji kopi yang masih ada sisa taik musang..

yang ni bila dah dibersihkan dan dibuang kulit luar dia..

ini biji kopi yang dah dibuang kulit yang kuning tadi tu..beberapa lapis jugak la baru dapat biji kopi aslinya..yang ni la diorang akan masak dan tumbuk untuk dijadikan kopi..

Selain Kopi Luwak ada macam-macam jenis minuman lain yang diorang jual kat sini macam koko, kopi kelapa, kopi ginseng, teh serai, teh halia..semuanya boleh dikatakan sedap la..kami boleh cuba kopi dan teh tu semua secara percuma..kecuali kopi luwak kena bayar Rp 50 000 untuk secawan cinonet..

Bekas nak bancuh Kopi luwak..bukan bancuh cam biasa uollss..kat bawah bekas kaca tu sebenarnya ada api untuk dia panaskan air..so dalam bekas kaca yang bawah ada air pada mulanya, then belah atas ada serbuk kopi..bila air tu dipanaskan perlahan-lahan menjadi wap dan naik ke atas tu..pastu kopi tu bancuh sendiri kat atas tu bila dah sebati air kopi akan turun balik ke bekas yang bawah dan tinggal serbuk kopi kat bekas atas..lepas tu baru tuang dalam cawan untuk di campur gula..menarik sungguh cara nak bancuh kopi dia..pak mertua saya try kopi luwak ni..

macam-macam ada untuk di cuba..yang paling sedap dan saya rekemen kalo korang nak beli teh serai dia..buat ais pun sedap, En huuby kemain suka teh serai tu, takde rasa serai pun..saya beli paket paling besar yang boleh minum untuk 100 cawan..

hasil rembatan kat situ..adik ipar saya siap beli coklat cili..coklat tapi pedas..mahal jugak la coklat dia, nak bagi awek katanya..kesian awek makan coklat pedas..hehehehe

Lepas minum kopi macam-macam jenis kami menuju ke Kuta..untuk dinner dan tengok sunset di Jimbaran Bay..Sepatutnya dalam itenary kami melawat temple sebelum tengok sunset dan dinner tapi kami skip yang tu sebab kalo g temple kami tak kan sempat tengok sunset..

Ramai pelancong yang dinner kat sini


kat bali ni appetizer diorang adalah sup jagung..not bad la rasa dia

gambar sampai sini je sebab kamera gedabak tu dah habis betri so amik ngan hp cabuk je..maaf kalo tak berapa jelas..hehehehe

Lepas makan kami tak terus balik hotel, kami minta Pak Arya hantar kami ke Krishna untuk sambung shopping semalam yang tak puas tu..sakan la menyoping lagi..tapi saya beli baju untuk anak-anak je sebab budak-budak dah kepenatan..so saya tunggu kat luar je yang lain-lain shopping.. Setel shopping terus balik hotel ...

------------------------  Bersambung lagi daaa ------------------------

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Cuti Cuti Bali Part 2

Bersambung di hari ke 2..lepas dah bersarapan kat cafe resort tu kami bertolak ke Batu Bulan untuk tengok Tarian Barong..ianya merupakan tarian khas bali yang berasal dari khazanah Pra-Hindu. Tarian tu menggambarkan pertarungan antara kebajikan dan kebatilan.

Barong..binatang berkaki 4

tarian barong ni diiringi dengan muzik gamelan

Sejam lebih jugak la tarian ni..Aqil nangis sebab takut bila keluar watak yang pakai topeng ada taring tu..

yang ni watak jahat la dalam tarian ni..

Dah habis Tarian Barong, Pak Arya bawa kami ke tempat membuat dan menjual batik..tapi harga kat sini harga agak mahal..mungkin kualiti dia elok sikit kot..




Kat dalam tempat menjual batik tu takleh amik gambar sebenarnya tapi saya curi-curi snap sambil kaber line..kekekek..ampun ya tokey batik

macam-macam ada, semua cantik cantik..baju, seluar, dress, kemeja, selendang dan lain-lain.. cuma pilih dan bayar

beg pun macam-macam jenis dan cantik cantik..rasa nak beli semua kot..

selipar batik pun ada uollsss...cantik kan..berkenan jugak tapi tak beli pun..muehehehe

Sadis sebab gambar saya tak banyak dalam trip ni sebab saya jadi camerawoman.. camerawoman lah sangat

Seterusnya Pak Arya bawa kami ke tempat membuat barang-barang silver..memang rambang mata kat sini semua cantik dan harga boleh tawar..


Harga boleh tawar sehingga 45%

tengah tawar menawar..takde untung tokey kedai hari tu sebab kitorang tawar kaw-kaw..muahahaha

ikan tu cantik kan


nih yang saya rembat kat kedai tu.. ^_^

*** Bersambung lagi ***

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, January 29, 2013

Selamat petang

Assalamualaikum dan apa khabar nona-nona, ibu-ibu dan bapak bapak semua???  harap semuanya sihat ye..kembali bersiaran lepas 3,4 hari bercuti di Bali..Alhamdulillah kami semua selamat sampai Mesia pukul 10.45 malam tadi cuma saya saya sekeluarga, adik ipar, dan anak-anak buah demam dan selsema..walaupun seronok tapi sangat la tiredddd gilo dan sakit badan..rasa nak baring je sepanjang hari..tapi apa boleh buat urusan rumahtangga mesti tetap juga dilaksanakan hari ni terutama kain baju yang bergunung-gunung menunggu giliran untuk dicuci..lauk untuk makan tengahari pun beli kat kedai je..muehehehehe...ok la korang nak sambung baring dengan anak-anak jap..hohohoho..


Sneak peak Trip Bali


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, January 25, 2013

Salam Jumaat

Salam pagi Jumaat yang mulia buat semua rakan blogger yang disayangi.. Entry ni auto published sebabnya saya dan famili sekarang ni sedang dalam flight menuju ke Bali..flight pukul 9.30 pagi tadi dan In Shaa Allah kami akan sampai ke airport Ngurah Rai, Denpasar pukul 12.30 tengahari. Kami bercuti kat Bali ni selama 4 hari 3 malam dan balik Isnin nanti..doakan kami selamat pegi dan balik ye kawan-kawan..

So belog ni akan sepi la untuk beberapa hari ye uollsss sebab saya malas nak hangkut semua lappy bagai..ceh macam la sebelum ni tak pernah sepi.. Lagi pun buka pegi berminggu minggu..
In Shaa Allah kita bejumpa lagi di lain entry lepas saya dah balik nanti..harap-harap mood berbelog tak tertinggal kat Bali nanti..muahahahaha

Aku jutawan...hohohohoh..jutawan la sangat kan.. seronoknya kalo 50 ribu tu Ringgit Malaysia kan..makcik kayoooo..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, January 24, 2013

Petua Mendapat Anak Soleh Dan Solehah

Semua ibu bapa mesti lah nak anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah kan..sama jugak macam saya.. Kat bawah ni ada petua yang saya baca kat FB..petua dia senang je nak amal dan ada antaranya yang saya memang buat kat anak-anak saya..semoga dengan usaha kita dan dengan izin dari Allah anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..


  • Setiap malam bila anak dah tidur atau masa tengah tidur kan anak wiridkan Ya Latif ke ubun ubun anak kita sebanyak yang boleh atau sekurang-kurangnya 7 kali..saya biasanya baca Ya Latif 7 kali dan hembus ke ubun-ubun anak-anak saya.. tapi ada jugak time terlupa.. dulu ma saya selalu baca Ya latif kalo dia nak kejut saya ngan adik-adik g sekolah..saya masih ingat lagi..masa tu tak tau pape, ingatkan ma saya berzikir lepas solat subuh..muehehehe
  • Baca surah Al Fatihah 1 kali dan surah Alam Nasyrah 1 kali. Baca kat telinga anak dengan perlahan masa dia tengah tidur.. yang ni pun saya pernah buat sebab  pernah terbaca kalo kita amalkan surah Alam nasyrah tu kat anak-anak boleh lembutkan hati diorang..
  • Bisikkan atau bercakap secara perlahan dengan anak ketika dia tengah tidur tu dengan kata kata nasihat, pujian dan kata kata yang baik serta luahan kasih sayang terhadap anak-anak.. cara ni sangat berkesan untuk jiwa dan roh dia... sambil tu sebut nama dia sekali
  • Selalulah sapu air lebihan wuduk yang masih basah kat tangan kita tu ke muka dan ubun ubun anak
  • Amalkan doa untuk anak soleh dan solehah setiap kali lepas solat 

                          Ø±َبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّـتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً


Tak susah kan uoollsss petua ni..yang penting kita sebagai mak ayah kena rajin la ckit, lagi pun bukan untuk orang lain untuk anak kita jugak kan..semoga bermanfaat untuk semua..Salam Maulidur Rasul

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sehangat Asmara Episod 3

 Saya jadi tertanya-tanya apesal Kay dengan Zainal tu terpisah 8 tahun yang lalu..sape dah baca novel Sehangat Asmara mesti dah tau kan...
Emm...kalo nak tau apa yang jadi saya kena la tengok sampai habis citer ni..
Jom layan Episod 3 citer Sehangat Asmara ni..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Bila Aqil mengemas

Sape kate anak lelaki tak pandai kemas rumah..haaa..anak lelaki pun boleh kemas jugak uollss..yang penting niat tu ada untuk mengemas...macam anak teruna saya si kenit Aqil..dia paling rajin kalo bab mengemas...tak payah suruh dia mesti kemas punya..lagi-lagi kalo tempat tu memang dah kemas..muehehehe

Bila dia tengok alas meja tu elok je terletak atas meja..mood mengemas pun datang la uollsss.... anak yang baik mestilah tolong ibu dia kemas rumah kan Aqil..

Mula mula wat camni dulu..tarik-tarik sikit ke bawah

pastu wat camni pulak..lipat ke atas..tarik tarik lagi bagi nampak kemas

haaa..tarik tarik sampai jatuh camni ye..

betul betulkan sikit, seret-seret kat atas kapet tu..jangan bagi senget pulak..

dah siap..kemas kan uollsss..bila dah kemas tinggalkan camtu je sebab Aqil nak kemas yang lain pulak..muehehehehe...anak bertuah..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, January 23, 2013

Rezeki dapat brooch

Alhamdulillah, tak sangka rezeki saya terpilih untuk dapat brooch dari Kak Fieda sempena anniversary blog dia baru-baru ni..cantik brooch tu..semoga murah rezeki Kak Fieda dan famili..



6 org penerima brooch love

7http://shazilaeyla83.blogspot.com/
8farizafairuz.blogspot.com.
9http://sweetmamaintan.blogspot.com/
10iedaimmi.blogspot.com
11http://www.jaakechik.com/
12- saifulnida.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi singgah sini

OST Sehangat Asmara - Ratuku 2013 Awie ft Adira

Lagu Ratuku nyanyian Awie menjadi lagu tema untuk drama bersiri terbaru Sehangat Asmara.. lagu ni diberi nafas baru dimana susunan lirik dia di ubah sikit dan dinyayikan oleh Awie berduet dengan Adira.. yang saya perasan starting lagu ni lain sikit dari lagu asal, still best jugak la..walau apa pun suara Awie masih mantap uolsss...Enjoy..






Terima kasih kerana sudi singgah sini

Panduan Selawat untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Esok 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1434H adalah hari kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.. Sambutan Maulidur Rasul bukanlah semata-mata untuk memperingati hari kelahiran baginda..tetapi ianya juga untuk membangkitkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW dan juga untuk mengingatkan umat Islam sedunia tentang perjuangan Rasulullah SAW..

Sempena Maulidur Rasul ni kita digalakkan untuk banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW, bersedekah,  berhimpun dengan bertilawah Al Quran, berzikir, berselawat, membaca kisah nabi dan mengadakan jamuan.

Klik SINI untuk mendapatkan panduan selawat sempena sambutan Maulidur Rasul..mana la tau sesapa ada berhajat untuk buat majlis sambutan Maulidur Rasul nanti boleh print je panduan selawat tu..disertakan sekali dengan maksud dalam tulisan jawi..

Salam Malidur Rasul buat semua..

P/S : Tak sabar nak balik kampung CNY nanti..mak saya kat kampung dah plan nak buat majlis sempena Maulidur Rasul ni..tapi tunggu anak-anak nya semua balik..(^_^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sehangat Asmara Episod 2

Sambungan Episod 2 Drama Sehangat Asmara..best jugak bila layan..apakah yang menyebabkan Kamilia Najwa terlalu marah dengan Zainal Arif ? Dan kenapa Zainal Arief meninggalkan keluarganya suatu ketika dulu??? Sama-sama kita tengok kesudahan citer ni nanti...



Nak layan Episod 2 korang klik kat sini

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...