Bloggers

Wednesday, March 27, 2013

Hadiah sudah dapat

Dah dekat seminggu lebih dah saya terima dua hadiah ni, tapi duk peram je sebab tak sempat nak buat entry..inform by email pun tak sempat jugak..sebab apa..si anak teruna saya yang selalu guna lappy..main game la, tgk katun, tgk video ABC kat you tube..dia sorang je konker..ibunya terpaksa redha je lah..bila malam dah malas nak menaip..

Hadiah pertama yang saya terima ialah keychain dari JS, sebab jadi top pengomen kat blog JS..sesapa yang nak berkenalan dengan JS boleh terjah blog Jemari Suri..

Ingatkan JS kirim satu je keychain, rupenya ada 2 keychain dan satu sepit Tuesday..comei ngatt
Thanks ye JS, moga murah rezeki JS sekeluarga


Yang ni pulak tudung syria sport hadiah menang GA yang dianjurkan oleh Ina pemilik blog Intan Berlian..sesapa nak berkenalan dengan Ina boleh terjah blog Intan Berlian..saya sendiri tak sangka saya menang hadiah dari GA tu sebab yang join ramai giler kot..Alhamdulillah rezeki saya..belum sempat melaram lagi tudung syria sport ni..Terima kasih jugak kepada penaja tudung ni Celesta Hijab

 Thanks kepada Ina dan jugak Alisha yang comel sebab cabut undi dan terkena link blog auntie..
moga murah rezeki Ina sekeluarga..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 22, 2013

Petai Gergasi

Meh sini adik kakok, ambo nok tunjuk petai gergasi yang pertama di jumpai di Malaysia.. ^____^



Gile lah..ni betul-betul petai ke atau bantal peluk..gedabak betul saiz dia..
Kalo lah betul-betul ada petai cam gini, makan setahun pun tak habis nih..
satu mata petai je boleh sekali masak potong kecik-kecik masuk dalam sambal bilis..
sodapppppp...


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Aqil Turns 2 today

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun anak ibu mucuk mucuk ni..kejap je masa berlalu..
Selamat menyambut hari kelahiran sayang ibu..
Semoga Aqil membesar dengan sihat dan cergas..
Jadi anak yang soleh dan penyejuk mata ibu dan baba..
Takmo gaduh gaduh dengan along walaupun kadang kadang along saje cari pasal..biasa la along kan abang, jadi adik kena la bersabar sikit dengan perangai along..kekekeke
Ibu dan baba sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Aqil, semoga Aqil sentiasa beroleh Rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Kuasa..




potong kek ngan sepupu dia last week, Maira.. birthday beza seminggu je..(^_^) 
later later citer pasal celebrate birthday..

mucuk masham ibu n baba


Day 1

Terjumpa gambar ni kat henpon baba, very small and tiny
Aqil lahir memang kecik, ibu tak penah tgk baby yang lahir kecik..berat Aqil cuma 2.11kg je masa lahir..sebab dia lahir ngam ngam masuk 30 weeks..Alhamdulillah takde pape masalah dan sihat walafiat sampai hari ni..In Shaa Allah hingga ke hujung nyawa..Aminnnn 


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 20, 2013

Karpet pakai losyen



Ni kerja anak bujang saya..
agaknya dia rasa karpet tu dah tak lembut sangat di tuangnya losyen atas karpet..
mula-mula macam nak buat eksperimen la kan sebab tuang kat menan dia tu..
bila nampak saya terus dia lap-lap kat karpet..sabo je lah...
Losyen pun dah tak banyak mana dalam botol tu, kalo banyak lagi mau sebotol di tuangnya..hohohoho


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, March 19, 2013

Rock Oo - Full Movie

Moh kita tonton movie ni cepat sebelum di delete.. tadi pun saya ada publish satu video citer ni gak, tak sampai 5 minit dah kena delete..sabo je lah..jgn marah ye abang Mamat Khalid..kekekeke


Selamat menonton..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, March 18, 2013

Mati itu pasti

Maghrib semalam saya dikejutkan dengan satu sms dari adik ipar saya di kampung tentang bapanya yang telah kembali mengadap Yang Maha Esa. Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 ptg semalam di Hospital Kota Bharu..

Gambar sehari sebelum arwah meninggal bersama adik ipar adik saya..( sy copy gambar dr fb dia )

Arwah Pakcik Mat Nor dah 3,4 hari masuk hospital sebab dia dah tak tahan menahan sakit kat rumah, dan perut juga semakin membuncit..menurut adik ipar saya, arwah abahnya ada penyakit barah hati, dan doktor sahkan hati dia dah tak function dah..doc cuma tebuk sikit kat perut dia untuk buang air dalam perut..

Kepada Ira, adik ipar ku dan juga adik beradik Ira yang lain..tabah dan redhalah dengan pemergian abah..setiap yang hidup pasti akan mati..sudah sampai masanya abah mengadap Ilahi..doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

Al Fatihah..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, March 17, 2013

Homemade Nasi Dagang Terengganu


Menu breakfast pagi tadi sebenarnya.. 1st time buat, Alhamdulillah menjadi..lain kali boleh buat lagi..ada masa saya share resepi.. (^_^)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, March 14, 2013

Tapah + Kenduri + Yik Mun

Ni sebenarnya citer weekend yang lepas, walaupun esk lusa dah nak weekend balik tapi sy tetap nak story mory gak..hari sabtu kami ke Tapah ada kenduri kawan En hubby, sebenarnya bukan kawan En hubby yang kawin tapi adik kawan dia..kami konvoi 4 biji kete, lebih kurang kul 10 bertolak dan sampai kat tempat kenduri kul 12 tghari..sesampai je dah nampak ada kehmah color hijau putih..


Masa sampai tu kawan En hubby takde, sebab diorang buat kenduri kat dewan kan, kami pun sampai agak awal jugak la..mungkin tengah bersiap lagi kat rumah..kami pun layan diri je lah, mak ayah kawan En hubby dah suruh masuk dalam dan makan dulu..kami pun menurut perintah..

the red carpet..

hadirin tengah menjamu selera, menu dia ala ala kampung..

cantik kan..gambar pelamin je lah, pengantin tak sampai lagi

Dah habis makan kami lepak kat luar pulak sementara tunggu pengantin dan bagi can En hubby nyembang ngan kengkawan dia..kat luar pun ada disediakan khemah dan menu ringan ie laksa, cendol, rojak, sagu ngan santan dan gula melaka..

cendol..siap ada pulut lagi..saya makan jugak semangkuk..

Rojak buah, tapi kurang kick sebab tak rasa pedas..gambo laksa tak de snap pulak..sebenarnya kawan En hubby ni adalah adik kepada kak ngah yang meniaga laksa fishball/fishcake tu..saya penah citer kat SINI. Laksa dia memang mantap la, walaupun dah kenyang harus jugak makan semangkuk..muahahaha

Makan eskrem sampai terpejam-pejam mata..menikmati katanya..hihihih

Dah puas En hubby and the geng berborak kami pun beransur untuk pulang..dalam perjalanan balik sempat singgah Restoran Yik Mun..sesape orang Perak mesti tau kan restoran ni..agak pemes jugak restoran ni..sebelum ni selalu beli pau kat RNR Tapah je, hari tu sempat singgah restoran dia..

plan asalnya saya nak try mee kicap dia, tapi sebab kekenyangan yang teramat saya cuma minum kopi dan makan sebiji pau je..tak terlintas langsung untuk menapau..rasa nyesal plk bila dh sampai rumah.

Hainan white coffee, pau daging, ayam ngan kacang

saya cuma terlintas untuk menapau pau jek..hehehehe..
mungkin takde rezeki saya nak makan mee kicap dia..lain kali lah ke sana lagi


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, March 9, 2013

Tips bercakap dengan anak

Hai korang..sihat ke semua..lamanya belog ni tak berupdate..saya tak berapa sihat 2,3 hr lepas terus jadi malas nak ngadap laptop..tido je kejenya..ni pun batuk masih berkokok2..batuk memang lambat nak baik kan..saya amalkan minum air suam + madu dan limau kasturi..petua ni untuk batuk..

Back to the topik lah..saya terbaca tips kat bawah ni kat FB, saya rasa nak share ngan korang..sharing is caring kan..mungkin ada yang dah terbaca kat FB mungkin ada yang belum..memang saya sendiri pun akui selalu guna perkataan JANGAN bila bercakap dengan anak..sehari entah berapa puluh kali perkataan jangan keluar dari mulut..kadang-kadang tu boleh menjadikan keadaan bertambah tegang antara kita dengan anak, ye lah nak pulak yang suka melawan kan, sampai ada kalanya terpaksa mengugut tak bagi tengok katun atau main toys dan macam-macam lagi lah depends pada keaadan lah kan..

Tips kat bawah ni adalah salah satu pendekatan baru untuk bercakap dengan anak-anak, kena guna psikologi sikit la dan jugak kena lebih banyak bersabar nak handle anak-anak..semoga bermanfaat untuk semua..


# harap-harap saya boleh kurangkan berkata JANGAN kepada anak-anak atau menggunakan cara mengugut.. 


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...