Bloggers

Wednesday, July 31, 2013

Kuih muih sepanjang Ramadhan

Hari ni dah 23 Ramadhan..bermakna lagi 7hari kita akan berpuasa..kejap je rasanya..dah nak habis bulan puasa..sedih rasanya nak beraya, 1st time tanpa arwah ma dan arwah abg zamri.. moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka
Okeylah hari ni nak citer pasal kuih muih atau dessert yang sempat saya masak sendiri sepanjang Ramadhan tahun ni..takde la banyak pun..bukan tiap tiap hari buat kuih pun time terlebih rajin je mak jemah buat dik non..
Antaranya kuih badak berendam..first time uolss masak kuih ni..biasa beli je..tp sikit je dpt makan kalo beli..Alhamdulillah sukses untuk percubaan pertama.

Hari yang sama saya masak badak berendam ada lauk kari ayam..dan dan rasa nak makan roti jala..maka terhasillah roti jala ngan kari ayam..mabelesss..


Hari Selasa pulak saya sempat g berbuka kat rumah arwah abang saya kat Kem Kementah..so plan ngan kakak ipar nak buat kuih butir nako @ nangka..kuih ni femes kt pantai timur..jenuh gak cari kat bazar tapi takde orang jual kat sini..Alhamdulillah menjadi..sbnrnya ms lps hbs SPM sy penah meniaga kuih butir nako ni..tapi dah bertahun lah jugak tak buat..kalo nak makan beli je..tetiba teringin pulak nak buat sendiri.. boleh makan puas puas..


Dan semalam saya sempat buat talam marble..memang mabeles la..kali kedua buat kuih ni..sebelum ni buat tak bape nak jadi..semalam punya menjadi..cantik kuih dia..dan rasa pun sedap..macam puding pun ada..sejuk dan lembut..


Ini jelah antara yang sempat masak sendiri..yg lain semua hasil rembatan kt bazar je..dua tiga hr ni projek buat popia simpul ngan popia nestum pulak untuk raya..ok la jumpa lagi di lain siaran...bubye...



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 30, 2013

Adam allergic

Subuh ahad lepas sahur saya perasan muka Adam ada bintat mcm kena gigit nyamuk..igtkan memang kena gigit nyamuk..selak baju kat perut pn penuh bintat..saya biarkan je dulu kot2 ruam ke ape kn..bangun pagi tu bintat kat perut hilang..tapi kat muka still ada..saya sapu la minyak berubat kat muka dia..berkesan tapi sekejap je...
Menjelang petang tumbuh balik bintat tu dan menjelang malam semakin banyak..saya cuma sapu minyak je kat tempat keluar bintat tu..dalam hati dah syak mesti dia allergic ape2..tapi seigt saya dia takde makan benda pelik2..
Malam tu makin banyak bintat keluar dan makin besar dah macam bengkak bengkak dah especially tang muka..seluruh muka ada bintat.  Kat badan pun sama..kaki, tangan semua ada dan Adam pun start garu2..saya tak tau nak buat ape cuma sapu minyak berubat je..nak g klinik pun dh tengah malam..so decide pg esknya baru g klinik.
Bangun sahur esoknya ie hr isnin..muka dia jadi macam bengkak @ sembab..tembam la muka dia sampai mata pun jadi sepet..huhuhu..kesian betul tengok Adam..kat badan dah takde cuma muka je..doktor kata dia mungkin allergic dengan persekitaran..sama ada dia terkena ulat bulu, atau bulu binatang, atau dia main kat area yg berhabuk.. banyak juga doktor bagi punca selain makanan..so dktr bagi ubat alahan untuk siang dan jugak malam..harap2 tak berlarutan la allergic Adam ni..moga dia cepat sembuh..Adam rilek je tapi takde cakap sakit pun dan main macam biasa cuma muka dah jadi bam bam..hihihi
Adam versi tembam..lain pulak nampak muka dia

Yang gambar bawah ni versi tak tembam..hihihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, July 27, 2013

Menu berbuka 18 Ramadhan

Hai korang..dah siap masak ke..hr ni mak mertua sy yang masak..tak semua ada berbuka kat rumah hari ni so masak simple je..hari2 pun masak simple sebenarnya..

Saya sempat gak tadi pegi bazar kat stadium shah alam..kuar awal so takde la ramai org lagi masa tu..hasil rembatan air tebu, laksa, laksam, popia basah dan goreng serta tepung pelita..semua nafsu semata mata..hihihi

Alhamdulillah menu berbuka hari ni..kari ikan,kembung celup tepung, ayam msk sos campur- campur, ulam jantung ngan tempoyak..

Ok lah..jumpa di lain entry..bubye..selamat berbuka semua..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, July 26, 2013

Iftar 17 Ramadhan

Hi korang..dah siap masak ke semua...saya br siap..masak simple2 je sebab takde mood sangat rasanya..tapi tetap kena masak kan..setelah ape yg berlaku nak tak nak kehidupan harus diteruskan walaupun masih diselubungi rasa sedih dan rasa tak percaya..

Hari ni sy masak kuah lemak paru..ikan kerisi goreng ngan syr kacang goreng bersama pedal..dah ponin pikir nak masak ape last2 tu yg terhasil..jadilah dari takde pape..jemput tengok..

Kuah lemak paru..xtau la ape rasanya

Ikan kerisi goreng

sayur kacang goreng dengan peda

jambu ni pun untuk berbuka..petik kat pokok belakang rumah

selamat berbuka semua


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 23, 2013

11 Ramadhan ma kembali ke rahmatullah

Setelah dua hari ma tak sedarkan diri kat hospital akhirnya dia dijemput Ilahi pada pukul 3.40 pg, 20 Julai 2013..sayu sangat hati ni nak terima kenyataan yang ma dah takde lagi..baru je lepas 10 hari arwah abang kembali ke rahmatullah kemudian arwah ma pulak mengikut. Jenazah telah selamat dikebumikan lepas zohor pada hari yang sama. Dah ketentuan Allah kami akan kehilangan 2 ahli keluarga pada Ramadhan tahun ni.. Berat rasanya dugaan yang kami terima kali ni..

Saya tak sempat menjenguk arwah ma kat hospital..Saya sampai kampung tengah malam jumaat tu dalam pukul 12 lebih memandangkan dah lewat kami decide balik rumah dulu dan pagi esoknya baru ke hospital melawat arwah ma..tapi kita hanya merancang kan..baru je terlelap dlm sejam lebih akak ipar saya kejut katanya hospital call bagi tau arwah ma tenat. Kami terus bersiap ke hospital..tapi baru je masuk kereta abang saya call bagi tau yang arwah ma dah meninggal. Nurse yang bertugas malam tu kata jantung arwah ma tiba tiba je berhenti berdegup sebelum sempat kami sampai hospital. Last saya jumpa arwah ma 1 Ramadhan masa nak kebumikan arwah abang.

Menurut doktor arwah ma kena stroke berdarah sebab ada darah beku kat kepala. Mulanya diorg nak operate tapi sb condition ma yang tak stabil diorg tak leh wat pape sampai ma sedar. Tapi Allah lagi sayangkan arwah ma. Allah mempermudahkan segala urusan dan meringankan beban kesakitan yang arwah tanggung.

Walaupun dah 4 hari berlalu saya masih teringat ingat suara arwah dan rasa macam arwah masih ada lg..rasa macam tak percaya semua ni terjadi kat famili saya..setiap kali saya teringat pasti akan mengalir air mata..saya cuba untuk kuat tapi tak boleh..selalunya kalo bosan saya akan call arwah sembang sembang dengan dia..tapi sekarang dah takde sape saya nak call..terasa satu kehilangan yang sangat besar bagi saya yang tak mungkin akan berganti. Dah takde orang nak bebel bebel kat saya, cerita macam macam, ajar saya resepi yang saya tak tau..

Saat saya menaip entry ni pun air mata mengalir lagi tanpa dapat saya sekat..tak tau macam mana nak hadapi hari hari mendatang tanpa seorang ibu..ye walaupun saya dah ada suami tapi bagi saya kehadiran seorang ibu tetap penting dalam kehidupan..dia lah idola dan guru saya sejak dari hari pertama saya lahir ke dunia..dia lah penghibur di kala duka..peneman di kala sepi, pembimbing di kala saya tak tau..sekarang semua tu dah takde.

Ya Allah kuatkan lah hati dan imanku untuk menghadapi dugaan Mu dan hari hari mendatang tanpa ma lagi..berikan lah hamba Mu ini ketabahan..kasihanilah aku Ya Allah..hanya kepada Mu aku bermohon dan meminta pertolongan.

Al fatihah untuk arwah ma dan arwah abang zamri..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.  Amin


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, July 18, 2013

Rakan blogger tolong doakan ma saya cepat sembuh

Subuh tadi saya terima call dari anak buah di kampung, katanya ma saya tak sedarkan diri. Abang saya kejut ma saya lebih kurang pukul 4.30 pagi untuk bangun sahur tapi dia dah tak sedar masa tu.

So terus bawa ma ke Hospital Kota Bharu bahagian emergency. Doktor bagi oksigen untuk bantuan pernafasan. Hasil ujian x ray dan scan, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru paru ma dan darah beku kat kepala.

Mulanya doktor kata mungkin kena operate tapi bila diorang cek betul betul darah beku tu berada di luar tengkorak, so buat masa sekarang ni doktor kata tak perlu untuk operate. Doktor akan masukkan ubat je .

Pukul 1 tadi ma saya dah dipindahkan ke wad tapi masih lagi belum sedar. Kepada rakan rakan blogger yang membaca entry ni mohon mendoakan yang terbaik untuk ma saya dan doakan semoga dia cepat sembuh..

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosa ibuku..ringankan lah beban dan kesakitan yang di alaminya, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kesembuhan daripada sakit yang dihidapinya.. Aminnn


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 16, 2013

My new companion

Hi uolssss..sesaje try update belog ngan gadjet baru..hihi.. Sebenarnya berbelah bahagi gak nak beli mende alah ni tapi tu lah akhirnya terbeli gak..melayang duit kutu gue.. ok la atleast nampak gak la hasil duit kutu, kalo idok maunya saya duk beli benda merepek repek kan dan akhirnya tak tau ke mana duit tu habis.
Rezeki saya la kot dapat gak merasa pakai gadjet ni.. Alhamdulillah syukur nikmat..
Ni lah dia gadjet baru ku..huhuhu

Harap-harap lepas ni rajin la saya mengupdate belog sebab boleh guna hp kan..harap-harap lerrrr..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, July 12, 2013

1 Ramadhan dia pergi untuk selamanya

Setelah 3 hari abang saya kritikal di HKL, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir pada 10 Julai 2013 pukul 2.30 pagi. Saya pernah citer pasal abang saya yang sakit kanser di sini dan di sini. Sebenarnya sejak abang saya admit HUKM bulan Jun lepas dan menjalani radioterapi tahap kesihatan dia semakin buruk..tak boleh makan dan minum macam biasa. Kalo makan pun kena blend nasi bubur macam baby..minum pun seteguk dua je sebab tekak perit dan pedih effect daripada radioterapi. Badan dia makin susut dan kurus sangat.. Dia jugak jadi mudah sesak nafas.

Subuh Ahad lepas dia sesak nafas dan macam sedar tak sedar camtu, SIL terus panggil ambulans bawa ke HKL. Sejak hari tu keadaan dia semakin kritikal dan lemah dan tak sedar sampai ke akhir nafas dia..Saya sempat jaga arwah abang sampai ke akhir nafas dia. Saya temankan SIL jaga abang kat HKL.

Sayu sangat rasanya ramadhan tahun ni bila kehilangan seorang lagi ahli keluarga..kami semua redha dengan ketentuan Allah. Daripada 10 orang adik beradik sekarang tinggal 8 je.. dua-dua abang saya meninggal pada bulan Ramadhan, abang saya yang terdahulu meninggal pada 3 Ramadhan tahun 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.



Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...