Bloggers

Tuesday, December 31, 2013

Hari pertama bersekolah

Diam tak diam dah nak masuk 5 tahun umur anak bujang sulung saya..rasa macam baru lagi mengandungkan dia..rasa cam dia baby lg..hihihihi..naluri seorang ibu memang camtu kot..sentiasa rs anak anak dia macam baby lg walaupun dh besar panjang.

Saya daftar Adam kat Tadika ABS Genius Caliph Centre..cawangan Alam Budiman ni. Dekat je ngan rumah..tak sampai 5 minit dah sampai tadika..jalan kaki pun boleh..so semalam dah start la alam persekolahan Adam. Untuk minggu ni pihak tadika buat macam orientasi la untuk suaikenal..mgu dpn baru start ikut jadual sbnr.

Persiapan untuk Adam bertadika ni takde la banyak mana pun..cuma beli beg dan alat tulis ckit. Yang penting beg nak gambar Minions peberet dia tu..ala makhluk kuning dalam citer katun Despicable Me yang makan pisang tu..uuuiii..kemain minat uolls dia ngan makhluk ni..semua nak gambar mende alah tu..dari beg..pensel box sampai la ke pensel pemadam sume..nasib baik pensel warna xde gmbr minions..baju yang pakai hari hari tak yah citer la dah tak tau brape lai dah baju gambar minions ni..gasak la yang penting Adam bahagia..
beg sekolah minions

Hari 1st bertadika Adam nampak excited la..Alhamdulillah senang je nak kejut bangun pagi..pukul 7.45 bangun mandi, bersiap dan bekpes..yang penting bekpes botol susu ko..hahahaa.. tak tau la bila baru boleh berpisah ngan botol kesayangan dia tu.

Untuk hari 1st saya ngan En hubby anta dia sekali ke tadika..Aqil pn mengekor je jadi tukang sibuk kat tadika tu..kebetulan pulak dia bangun awal..terpaksa la hangkut je utk mengelak drp berlaku drama swasta kat rumah..Saya tunggu jugak la kat situ setengah jam sambil snap gmbar..hihihi..bila diorang dah start beratur nak baca doa semua sy balik..jom tengok gambar yang saya sempat snap..

Orientasi kat tingkat 2. Aqil yang sedang menyibuk..macam dia pun sekolah je..hihihi

Antara rakan sebaya Adam. Kat atas ni ada satu slot untuk anak anak bermain..selain kelas tadika, Genius Caliph Centre ni ada jugak perkhidmatan nurseri@daycare.

En hubby tengah bagi nasihat kat Adam dan sepupu dia Qaseh..konon konon kalo diorang rajin belajar..rajin g sekolah nanti dapat hadiah..kekekeke

Orientasi bermula..jangan tak percaya kat tadika ni ada 2 orang cikgu lelaki..saya pun 1st time kot tengok tadika ada cikgu lelaki..cikgu lelaki ke pompuan tak penting..yang penting diorang terlatih untuk handle dan ajar anak anak ni semua..dan yang paling penting jugak Adam terus bersemangat dan seronok nak g tadika dan belajar..ok lah..dah panjang lebar citer ni..next time saya story mory lagi pengalaman Adam bertadika ni..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, December 27, 2013

Lunch di Nemo's Fish and chip Cafe

Hai korang..lamanya blog ni terbiar..lappy ku rosak..anto kat HP tower repair kipas nga speaker. Nasib ada warranty lg sb masa beli amik extra warranty skali..so selamat le duit eden kan..hihihihi..tapi tak tau le bila siap..dah 3 miggu kot anta repair..huhhuu..sabo je lah..

Haa..ni nak citer sal makan fish and chips lagi kat korang..2 mgu lepas kot dah lupe dh..kitorg bawa anak anak lepak kat opis En hubby..sebenarnya bukan lepak kat opis pn..tak naik pun opis tapi singgah untuk tengok ikan dan makan je kat Plaza Mont Kiara tu.


Anak anak saya ni kalo datang opis En hubby akan jadi satu kemestian.. mesti diorang nak tengok ikan koi kat kolam bawah opis En hubby..kat bawah opis tu ada banyak gak la restoran yang menarik..salah satunya Cafe Nemo' s fish and chips ni.

Sambil anak anak tengok ikan kami melantak la kat situ. Hari tu saya try ikan dory..agak menarik dan mengenyangkan dan yang penting sedap..puas ati kot dgn harga dia RM18.++

Untuk fish and chips tu, ikan yang diorg guna adalah berbeza ikut hari..ada 3,4 jenis gak la cam dory, jenahak, dorado, kerapu..harga pun berbeza jugak ikut jenis ikan yang kita nak..


Nampak tak dalam gambar tu..besar ko portion ikan dia.. jenuh gak nak habiskan dengan fries lagi.. last sekali fries tu anak anak saya bagi ikan ikan tu makan..

En hubby plak makan spageti seafood marinara..sedap jugak.. ada sotong, udang dan isi ikan..semuanya fresh..Selain tu ada gak menu western lain yang agak menarik..InsyaAllah saya nak cuba kalo ke sana lagi..




Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...