Bloggers

Tuesday, April 29, 2014

Adam di Karnival Sukan Eco Rangkaian Tadika Abs 2014

Hari Sabtu lepas telah berlangsung Karnival Sukan Eco Rangkaian Tadika Abs di Selangor buat kali pertama. Sukan ni di adakan di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Adam dan kawan-kawan dia dari Tadika Abs Genius Caliph Centre.

Bukan main excited la kanak-kanak ribena ni nak bersukan..kitorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 6.50 dan sampai di Nur Laman Bestari pukul 7.45. Lepas dah register Adam saya serahkan kan dia kat cikgu-cikgu dia sebab diorang nak wat persiapan untuk perarakan. Kami duduk la kat khemah yang dah disediakan untuk mak bapak.


Lebih kurang pukul 9 kot majlis bermula dengan bacaan doa..perarakan setiap kontijen Tadika Abs..tak silap 11 tadika semua yang join. Lepas tu wakil dari setiap tadika ke depan utk mengetuai nyanyi lagu negaraku, bacaan doa, ikrar pelajar dll..dan acara last sekali sebelum sukan bermula ialah senamtari 'Xi shua shua'.. seronok pulak tgk keletah kanak-kanak ribena ni semua. Later saya upload video senamtari..kikiki

Lebih kurang pukul 10 lebih sukan pun bermula..diorang buat stail token la..habis satu-satu permainan dapat cop..bila cop dah cukup 16 boleh tukar hadiah..sape cepat dapat la medel gold..


Masa lepas main 1 sukan tu Adam dah buat perangai dah..dia dah penat sebenarnya..kebetulan hari tu cuaca memang panaslah..dah la dia bekpes milo ngan sekeping oreo je pagi tu..saya ngan En hubby pun pujuk la kan suh dia bertahan dan main sukan lg nak cukupkan cop..macam-macam tawar menawar dan ugut-ugutan la berlaku..kikiki ..tapi memang tak kata kat Adam la kan..gue pon penat tapi ku gagahkan jugak sebab nak dapatkan medel untuk Adam..sampaikan saya tak de snap gambar langsung masa main sukan tu sebab last-last saya yang main lagi banyak dari Adam..sukan pun jenis group bersama ibu bapa kan..so ibu bapa boleh tlg anak-anak lah..kekeke..Ate sukannya pun bukan lah sukan lumba lari ke ape..macam sukaneka je..isi air lam botol, pecah belon, puzzle..hehehehe

Last-last dapat la jugak dak Adam ni medel silver. Cer tengok bukan main gumbira lagi muka dia bila dapat medal tu..Jadilah anak oi..daripada takde pape kan..udah le datang jauh, takkan nak balik tangan kosong ye dok..baik tido kat umah lagi best..muehehehehe..kalo le ibu ngikut aje keletihan dan kepenatan Adam hari tu memang kita balik tanpa medal lah anak oi..
Nampak tak betapa happy nyer dak ni kan bila dah dapat medal..kikikiki..


Dah setel amik medal sume kitorang g rendam-rendam kat sungai jap..alang-alang dah datang kan takkan takmo berendam  sempat la main air setengah jam kot pastu hujan rintik-rintik..dan kami pun balik..tak puas lak mandi..kalo tak hujan boleh la lepak main air lama ckit kan..Ada rezeki nanti kita g lagi ye anak-anak..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

1 comment:

  1. mujur ada mak yg tegar nak teruskan main game he3...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...