Bloggers

Thursday, April 3, 2014

Daftar online kemasukan tahun 1 pada 2016 - SK Puncak Alam 2

Akhirnya setel gak permohonan kemasukan sekolah tahun 1 untuk Adam..tinggal nk g buat perakuan permohonan je..sebelum ni nak isi form talian asyik sibuk je..loading satu2 lembap gile..naik malas mak nokk..dan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 menjadi pilihan berdasarkan map yang disediakan oleh En Google, rasanya tu yang terdekat dengan rumah yang bakal kami pindah nanti..actual punya jarak saya tak berapa pasti la berapa kilometer kan sebab tak sempat nak g survey sekolah kat mana..Mr John pulak masuk bengkel dah dekat 2 minggu, tu yang patah kaki tak leh nak ke mana...kat Puncak Alam ni sebenarnya ada 3 sekolah kebangsaan..so boleh pilih mana yang terdekat lah..

Korang yang tinggal kat Selangor yang belum buat permohonan untuk kemasukan anak-anak darjah 1 pada tahun 2016 boleh cepat-cepat mohon sebab tarikh tutup dia 30 April 2014..kalo mohon selepas tu di kira permohonan lewat. Kalo korang nak mohon boleh klik link ni http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Keputusan permohonan boleh di semak selepas 16 Julai 2015 dan pengesahan bermula pada 1-30 Ogos 2015. Harap-harap ada rezeki Adam untuk bersekolah kat situ..

*credit to nuruldiana008.blogspot utk gambar di atas 




Terima kasih kerana sudi singgah sini

2 comments:

  1. oo kat shah alam je?hehe ni ada harapan tunggu luar klas ke..tepi tingkap takut adam nangis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya harapan tu besar jgk ibu dia kena tggu luar kelas..ms tadika ni meragam jugak..tp harap2 darjah 1 nanti adam lebih berani..hihihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...