Bloggers

Wednesday, March 26, 2014

Wordless wednesday - Homemade Aiskrim

Nyaman nya makan eksrem ketika cuaca panas cam neh..hihihhi



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, March 25, 2014

Lunch hari ini

Hai korang semua..dah lunch ke belum..saya belum tapi dah setel suap bebudak ni makan..rasa kenyang pulak sebab pagi tadi dah makan roti canai skeping..lewat ckit la lunch hari ni kot..
Ni menu yang saya masak hari ni..ikan jenahak sweet sour dengan masak pataya..ikan jenahak yang En hubby dapat masa g mancing weekend hari tu..masak pataya tu pulak adalah resepi dari Mil saya..tak silap dia amik resepi Chef Wan..senang je uoolls..campuran udang, ayam ngan sotong dan rempah kari ngan sos tiram..yang penting simple dan sedap

Yang ni pulak opkos la pelengkap kan..rasa tak lengkap kalo takde mereka ni kan..ulam dan sambal belacan..yang 2 ketul tu ikan pekasam..sape suka makan ikan pekasam sila angkat tangan??
Ikan pekasam ni sebelum goreng punya la tak boleh blah bau dia..tp bila dah goreng makan dengan nasi panas..perrgghhh mak mertua lalu pun I tak perasan uollsss..muaahahahaha

Ok la uolls..ioolsss nak solat jap..selamat menjamu selera kepada yg tengah lunch tu..

P/s : Al fatihah dan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga mangsa pesawat MH370..drp Nya kita datang kepada Nya kita kembali..hanya Allah swt yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, March 24, 2014

Aqil 3 tahun sudah

Tik tok tik tok dah genap 3 tahun anak ibu..cepat sangat rasanya Aqil membesar..macam tak puas tengok masa dia baby..sebenarnya birthday Aqil 22hb, Sabtu hari tu tp hari ni baru sempat nak up entry..bz la kenkonon kan..tak celebrate pun cuma plan nak beli kek nanti skali dengan birthday Adam sebab birthday dekat..so jimat beli sebiji kek je kan..hari Ahad dah pegi makan makan sempena birthday Aqil..later saya story mory..
Ni lah birthday boy yang buchuk tu..petah bercakap, bijak dan panjang akal..macam macam benda dah dia blaja sepanjang 3 tahun ni..dia jugak dalam proses free diaper..

Sebenarnya dah tak pakai pun pampers kecuali time tido sebab dia memang takleh control kalo nak terkucil..dia minum susu banyak korang dan lagi satu time nak beyak..dia still takmo beyak kat tandas duduk tu..siap nangis bagai walaupun saya pegang dia..

Aqil kira cepat jugak la free diaper sb Adam pun dah masuk 3 tahun lebih jugak baru saya ajar..takpe lah..take ur time ye adik..

Gambar Aqil dari baby till umur setahun lebih..notti je muka dia kan..hihihihi

Ibu dan baba sentiasa doakan yang terbaik untuk kejayaan dan kebahagiaan adik..semoga adik membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..aminn

Ibu, baba dan along sayang adik ketat ketat..muaachhhh 

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 19, 2014

Practice makes perfect

Anak bujang saya yang sulung ni sekarang kemain rajin lagi sejak dah sekolah ni kan.. rajin tu dalam bab menulis dan melukis..lukis pun stail budak umur 5 tahun la kan. Banyak perubahan yang boleh nampak sejak dia start tadika ni..semakin bijak, berdikari, petah tapi manja tetap dia no 1..hihihihi

Moh tengok apa yang Adam suka lukis di waktu terluang dia..hihihihi
Satu malam kat kedai mamak..baru je beli drawing pad tu kat kedai buku sebelah restoran mamak ni..dan dan tu jugak la dia nak menulis..siap bawa marker pen tu dari rumah sb dia dh tau nak beli kertas lukisan..terus prektis tulis Abc..tulisan pun dah makin kemas..


Selain dari menulis Adam suka gak prektis melukis dan mewarna..yang dia paling suka lukis tu gambar yang atas tu..kononnya karekter kartun minions yang dia minat tu..saya pun tak tau tang mana yang dia lukis sama dengan minions tu..hihihi..lagi satu dia suka tulis nama dia kat setiap kertas lukisan yang dia lukis  dah terbiasa kot kat sekolah cikgu suruh tulis nama..kalo dulu bila saya suruh dia tulis..asyik cakap tak nak, tak pandai..sekarang ni tak payah suruh..kadang tu saya yang tak larat melayan..hehehehe


Haaa..yang ni pulak dia lukis gambar muka..katanya gambar atas sekali tu muka ibu, yang bawah muka baba..sabo jelah..hahahaha
Panjang bebeno mulut ibu di lukis nya..dia dh pandai guna imaginasi dia untuk lukis apa yg dia nak..Alhamdulillah Adam membesar dengan sihat..bila tanya dia Adam tau tak nape kena pegi sekolah..dia jawab sebab nak belajar nak jadi pandai..nanti dah keje nak beli kete, rumah dan lain lain..hihihi..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, March 16, 2014

Bacaan IPU jerebu pada tahap sederhana

Alhamdulillah bacaan IPU jerebu kat kawasan Shah Alam dan beberapa tempat lain dah turun ke tahap sederhana berbanding semalam..berkat hujan rahmat yang turun semalam dan hari ni keadaan jerebu semakin baik..dan semoga bertambah baik untuk hari hari mendatang..
hujan lebat di Alam Budiman petang semalam



Sumber bacaan IPU : Jabatan Alam Sekitar


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 14, 2014

Dinner di Mr Steak House

Last weekend kami terjah satu restoran kat Seksyen 13 Shah Alam..dah lama duk aim restoran ni sebenarnya..kebetulan kepingin nak makan lamb..jadinya saya ngajak la En Hubby makan kat Mr Steak House..ada sape pernah makan kat sini tak?

Masa kitorang sampai tu lebih kurang pukul 8 lebih malam..orang takde la ramai sangat..ada la 5 meja kot..kami amik meja kat belakang sikit sebab restoran ni tepi jalan takut jugak anak anak saya yang sopan santun ni main tepi jalan..huhuhu..
Bila tengok menu..boleh tahan banyak gak la pilihan makanan yang ada..dari western, sizzling, burger, nasi goreng pun ada..
Oleh kerana tekak ni nak mencekik kambing makanya kami oder mix lamb chop, mix steak dan morocco chicken rice untuk anak anak..yang bagusnya servis diorang memang cepat..tak sampai 10 minit order makanan dan minuman pun sampai..overall rasa makanan boleh tahan dan mengenyangkan..nasi ayam tu ingatkan macam nasi ayam ala morocco ke ape..tapi macam nasi goreng butter dan ada 1/4 grilled chicken..rasa pun boleh tahan sedap lah..


Sementara kami makan tu pelanggan yang datang pun makin ramai sampai ada yang sanggup berdiri sekitar tu untuk tunggu ada meja kosong..kami pun plan nak repeat makan kat sini..nak terai menu lain pulak..ok la jumpa lagi di entry yang akan datang..selamat berhujung minggu semua..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Doa untuk MH370

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..Dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang di udara..



Doa saya semoga MH370 akan dapat ditemui dan semua penumpang, pilot dan cabin crew selamat kembali kepangkuan keluarga mereka..Aminn



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 7, 2014

Resepi : Kuih koci labu

Salam Jumaat yang mulia..penghulu segala hari..ku ke udara belog lagi hari ni..cewah mood rajin ngapdet la konon ni..hari ni nak share kat sini resepi kuih koci labu..mungkin ada antara korang yang memang dh tau resepi dan selalu buat kuih ni kan..tapi takpe lah saya nak share jugak..kot2 di masa akan datang terlupa resepi boleh refer sini ye dak..hehehee

Antara bahan yang kita perlukan ialah seperti berikut ya puan puan..
1. Tepung beras pulut
2. Sebiji labu..kupas kulit, potong kecil dan direbus/kukus sampai empuk..kemudian toskan air dan lenyek2 labu tersebut
3. 1 cawan Santan ( saya guna 1 santan kotak)
4. 2 cawan Kelapa parut
5. 1 cawan Gula merah
6. Sedikit garam
7. 2 helai Daun pandan
8. Daun pisang ( dipotong dan di sapu minyak)
9. 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Step 1 - Proses penyediaan inti
1. Kelapa parut dimasukkan ke dalam periuk bersama gula merah dan daun pandan..ikut citarasa korang nak manis atau kurang manis..masak atas api sederhana sampai gula merah dan kelapa sebati. Kalo taknak manis sgt guna 3/4 cawan je gula merah tu.

2. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk. Lepastu bulat bulatkan inti tu lebih kurang sebesar duit 10 sen..macam gambar kat bawah ni

Step 2 - Proses penyediaan santan
1. Masak santan kat atas dapur..terpulang pada korang nak santan asli atau kotak..saya just guna santan kotak je..

2. Masukkan garam dan daun pandan

3.Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dan masak sampai santan tu kelihatan meletup letup dan tutup api..jangan sampai pecah minyak..

Step 3 - Proses membancuh tepung dan membungkus
1. Bancuh tepung bersama labu yang telah direbus dan dilenyek tadi..pastikan tidak terlalu lembik dan tidak melekat kat tangan..kalo still melekat tambah sedikit tepung lagi..saya punya adunan tu melekat gak la sikit kat tangan..

2. Ambil sedikit tepung dan letakkan di atas daun pisang..ingat ye daun pisang tu kena sapu minyak, kalo tak tepung ni melekat kat daun dan susah nak bentuk dia jadi bulat..amik satu inti yang dibulatkan tadi dan balut inti tu ngan tepung..tolakkan tepung tu ngan daun pisang sampai jadi bulat dan cover semua inti..pastu curahkan santan yang dah di masak tadi kat atas tepung yang dah jadi bulat tu..ikut step dalam gambar kat bawah ni..

3. Balut kuih koci korang cantik cantik dan susun dalam pengukus..saya tak reti sangat bab membalut ni sampai ada gak la santan yang meleleh keluar..asal kuih koci tak terkeluar sudah..macam balut nasi lemak pun boleh..kikiki.. susun sampai habis kuih koci tu dan kukus sampai keluar wap..sebelum tu jangan lupa panaskan air dalam pengukus..


6. Dan inilah hasilnya kuih koci labu kegemaran saya..sedap tau korang...kenyal kenyal gitu..selamat mencuba...

Jumpa lagi di lain entry uollsss..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...