Bloggers

Tuesday, April 29, 2014

Senamtari Xi Shua Shua di Karnival Sukan Tadika Abs 2014

Video kat bawah ni adalah rakaman senamtari Xi Shua Shua masa karnival sukan tu..korang layannnnsss lah ye..maap kalo kualiti dan mutu video kurang memuaskan..En youtube dah fix kan yang goyang-goyang..cuma korang abaikan mereka-mereka yang mengganggu penglihatan dalam video ni..muehehehehe




Video bawah ni lak yang saya close up dekat ngan anak-anak didik Genius Caliph Centre..tengok lah aksi dan gelagat diorang yang kiut miut tu..hihihihihihi


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Adam di Karnival Sukan Eco Rangkaian Tadika Abs 2014

Hari Sabtu lepas telah berlangsung Karnival Sukan Eco Rangkaian Tadika Abs di Selangor buat kali pertama. Sukan ni di adakan di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Adam dan kawan-kawan dia dari Tadika Abs Genius Caliph Centre.

Bukan main excited la kanak-kanak ribena ni nak bersukan..kitorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 6.50 dan sampai di Nur Laman Bestari pukul 7.45. Lepas dah register Adam saya serahkan kan dia kat cikgu-cikgu dia sebab diorang nak wat persiapan untuk perarakan. Kami duduk la kat khemah yang dah disediakan untuk mak bapak.


Lebih kurang pukul 9 kot majlis bermula dengan bacaan doa..perarakan setiap kontijen Tadika Abs..tak silap 11 tadika semua yang join. Lepas tu wakil dari setiap tadika ke depan utk mengetuai nyanyi lagu negaraku, bacaan doa, ikrar pelajar dll..dan acara last sekali sebelum sukan bermula ialah senamtari 'Xi shua shua'.. seronok pulak tgk keletah kanak-kanak ribena ni semua. Later saya upload video senamtari..kikiki

Lebih kurang pukul 10 lebih sukan pun bermula..diorang buat stail token la..habis satu-satu permainan dapat cop..bila cop dah cukup 16 boleh tukar hadiah..sape cepat dapat la medel gold..


Masa lepas main 1 sukan tu Adam dah buat perangai dah..dia dah penat sebenarnya..kebetulan hari tu cuaca memang panaslah..dah la dia bekpes milo ngan sekeping oreo je pagi tu..saya ngan En hubby pun pujuk la kan suh dia bertahan dan main sukan lg nak cukupkan cop..macam-macam tawar menawar dan ugut-ugutan la berlaku..kikiki ..tapi memang tak kata kat Adam la kan..gue pon penat tapi ku gagahkan jugak sebab nak dapatkan medel untuk Adam..sampaikan saya tak de snap gambar langsung masa main sukan tu sebab last-last saya yang main lagi banyak dari Adam..sukan pun jenis group bersama ibu bapa kan..so ibu bapa boleh tlg anak-anak lah..kekeke..Ate sukannya pun bukan lah sukan lumba lari ke ape..macam sukaneka je..isi air lam botol, pecah belon, puzzle..hehehehe

Last-last dapat la jugak dak Adam ni medel silver. Cer tengok bukan main gumbira lagi muka dia bila dapat medal tu..Jadilah anak oi..daripada takde pape kan..udah le datang jauh, takkan nak balik tangan kosong ye dok..baik tido kat umah lagi best..muehehehehe..kalo le ibu ngikut aje keletihan dan kepenatan Adam hari tu memang kita balik tanpa medal lah anak oi..
Nampak tak betapa happy nyer dak ni kan bila dah dapat medal..kikikiki..


Dah setel amik medal sume kitorang g rendam-rendam kat sungai jap..alang-alang dah datang kan takkan takmo berendam  sempat la main air setengah jam kot pastu hujan rintik-rintik..dan kami pun balik..tak puas lak mandi..kalo tak hujan boleh la lepak main air lama ckit kan..Ada rezeki nanti kita g lagi ye anak-anak..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, April 21, 2014

Makan-makan kat The Sumbs Cafe

Entry ni lama tersimpan kat draft..lupe nak masukkan gambar..kami g makan-makan sempena birthday anak-anak kat The Sumbs Cafe yang terletak kat Shah Alam..belakang Tesco extra Shah Alam..dekat ngan Bussiness worldwide Shah Alam. Sape yang duk area Shah Alam ni tau la kan kawasan tu..Eh berapa banyak Shah Alam la nak taip..

Bertemakan For Foodie by Foodie..restoran ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang menarik, sedap dan harga yang sangat berpatutan. Air pun diorang jual bermula Rm1.60..hari tu kami order spageti carbonara untuk anak-anak berharga RM9.90 , saya makan chicken milanese RM11 dan En hubby lak makan blackpepper chicken chop RM10.50..semua nya sedap..chicken milanese tu sangat la big portion bagi saya siap leh kongsi dengan En hubby..sebab tak larat nak habiskan..konsep restoran diorang ni makanan di hidangkan dalam kotak..so kalo korang tak habis makan boleh terus bawa balik ngan kotak-kotak tu sekali..


Selain dari makanan yang best dan sedap korang jugak boleh terai dessert Sukasucre by Dato Dr Fazley Yaakob..juara Masterchef Selebriti musim pertama..macam-macam ada dari macaron, kek moist coklat, tart, kekonut, creme brule...arrgghhhh semua nak la..hari tu sempat gak merasa kekonut dan kek moist coklat dan macaron..sebenarnya macaron dah habis tapi saya beli kek yang ada macaron atas dia so dapat gak merasa kan..serius sedap..thumbs up to Dato Dr Fazley..


Restoran The Sumbs ni jugak sebenarnya ada menu dessert diorang sendiri..macam tiramisu, panna cota, soothing mango, churros dan macam-macam lagi lah..hari tu sempat gak merasa panna cota with fruits..gmbr atas sebelah kanan..sedap dan sejuk je tekak bila makan..

Oh ya restoran ni kalo korang datang masa peak hours especially lunch selalunya orang ramai dan kena beratur untuk dapatkan meja..beratur tu bukan la macam kat kantin ke ape..just tinggalkan nama dan tunggu dalam 10-15 minit. Depends pada berapa ramai yang dah beratur depan korang la kan..macam saya pegi hari tu dalam pukul 3 lebih still ramai lagi orang lunch..tunggu jugak la 5 minit..

Kalo korang nak tengok menu dan gambar -gambar makanan lain yang restoran ni hidangkan boleh follow ig diorang @thesumbscafe.. menjejes air liur weh..next time nak try sandwich daging dendeng ngan spageti marinara lak..

Peringatan utk diri sendiri : Oiitt..DIET!!!!!!!!! Hampeh tul..kikikiki


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, April 19, 2014

Report card Adam untuk 3 bulan pertama

Hari Rabu lepas g amik report card Adam kat tadika..penilaian untuk 3 bulan pertama dia belajar kat situ..overall cikgu dia cakap dia menunjukkan peningkatan berbanding ngan mula-mula masuk dulu..Alhamdulillah

Kebanyakan penilaian mengikut subjek Adam dapat 2 bintang dan 1 bintang..ie buat ape-ape tugasan dengan bimbingan cikgu-cikgu. Tang hafazan dan iqra pulak still sederhana..kena hantar dia g kelas mengaji untuk mantapkan lagi bacaan dan belajar iqra..pergaulan dengan kawan-kawan adalah baik..nanti kita tengok perkembangan seterusnya bila cikgu wat penilaian kedua bulan Oktober..


Banyak perubahan dan perkembangan yang Adam tunjukkan sepanjang 3 bulan bertadika ni. Ibu dan baba sentiasa doakan Adam agar terus bersemangat untuk pergi sekolah dan belajar dan berjaya dunia akhirat..aminnn



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, April 17, 2014

Resepi : Homemade Aiskrim

Sebelum ni saya penah post pasal homemade aiskrim kan..kali ni saya share resepi yang senang ni ngan korang..mungkin ada yang penah terai resepi ni..senang dan simple sangat..

Bahan yang diperlukan ialah
> 1 tin susu cair
> 1/3 tin susu pekat manis
> ovalet ( cari yang halal ye )
> sebiji telur
> esen vanila
> untuk perisa dan warna korang boleh ikut selera korang nak perisa apa..sebagai contoh kalo nak eskrem coklat boleh guna coklat emulco.
> untuk hiasan boleh guna coklat urai, coklat cips..dan macam- macam la ikut kreativiti korang

Cara membuatnya :
Korang blend 1 tin susu cair tu bersama 1 sudu besar ovalet dan telur.. Blend sampai kembang dan gebu..blend la 4,5 kali..

Pastu korang masukkan susu pekat dan esen vanila..Blend lagi 5,6 kali..sampai gebu dan kembang..

Tuang dalam bekas..boleh guna recycle tuppaware aiskrim, atau ape-ape bekas yang bersesuaian.

Masa ni boleh la korang masukkan bahan perisa yang korang nak..Contoh coklat emulco tadi, korang masukkan dalam 2 sudu kecil dan kacau sebati..

Lepastu boleh masuk dalam freezer dan tunggu sampai beku baru boleh ngapppp..

Ni antara aiskrim yang saya penah buat..vanila coklat..makan kepit dengan roti mabelesnya..En hubby ngan anak - anak pn cakap sedap..kalo boleh nak suruh buat selalu..tapi serius saya bagi tau korang walaupun resepi ada guna telur tp tak bau telur dan tak hanyir langsung..ye la..sesetengah orang tak suka resepi yang ada telur..

Yang ni pulak eskrem perisa jagung dan saya tabur coklat urai atas dia..coklat urai tu korang boleh tabur last sekali sebelum korang masukkan dalam freezer..yang gambar bawah pulak aiskrim vanila coklat oreo..saya tabur oreo crush selang seli ngan aiskrim..sedap sangat..later nak buat aiskrim neapolitan ngan coklat kit kat pulak..hihihihi..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Resepi : Kerabu mangga simple dan sedap

Wokey..hari ni nak share ngan korang resepi kerabu mangga yang sangat simple dan senang nak buat dan pastinya sedap..saya amik resepi kat En google..

Mangga besar datang dari Jitra ni uollss..kebetulan minggu sblm cuti sekolah Mil saya balik kampung Jitra dan buah mangga kat rumah atuk En hubby sangat la lebat..diorang kait la bawa balik..berbelas biji jugak la tp semua still muda lg..so buat kerabu memang sedap la kan.


Bahan bahan yang diperlukan sangat senang uollss..antaranya
~ opkos la hero dia buah mangga kan..paling sesuai mangga yang belum masak..diparut
~bawang merah di mayang
~cili padi dipotong kecik
~ikan bilis di goreng
~sebiji tomato di dadu
~sos ikan secukup rasa
~air perahan 3 biji limau kasturi
~1 sudu kecil garam dan 1 sudu bsr gula 

Korang potong dan parut semua bahan, goreng ikan bilis semua siap-siap dan korang campurkan dalam satu bekas kecuali ikan bilis.

Kemudian korang tabur garam dan gula atas bahan tadi..gaul rata..

Kemudian korang tuang sos ikan tadi lebih kurang 3-4 sudu besar..bergantung kepada saiz mangga yg korang guna..kalo mangga kecik boleh kurangkan sukatan. Gaul lagi dan rasa ckit dah cukup rasa ke belum..

Kalo rasa dah cukup semua masam, manis, masin korang tabur ikan bilis dan gaul sebati dan boleh dihidangkan untuk makan dengan nasi..makan macam tu je pun sedap..
  
Nilah hasil yang saya dah buat..yang ni kali kedua buat..masa mula-mula buat sy tak amik gmbr sebab tak nyempat nak ngappp...licin korang..rasa tak puas makan..tapi yang ni versi mangga dah masak ckit sebab tu color dia dah kekuningan..kalo tak color dia cam pucat ckit..yang ni berair ckit la sb isi mangga dah lembut kan tp still sedap dan licin.. 



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, April 16, 2014

Wordless Wednesday : Menambah koleksi FM

Hasil rembatan kat Pulau Redang masa cuti sekolah baru ni..bertambah lagi koleksi FM ku..yang bentuk macam kubah masjid tu FM masjid kristal Ganu..

Mug ni pun hasil rembatan kat masjid kristal Ganu gak..dah lama nak beli mug tahan panas camni..kebetulan kat kiosk dia ada jual banyak korang..rambang mata nak pilih..saya kalo buat air suka minum yang suam-suam..tp kadang tu cepar je sejuk air kalo biar dalam mug..dah dapat mug ni lama la ckit air tu bertahan panas dan suam kan..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, April 14, 2014

10.4.2014 : Adam turns 5 already

Happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to Adam..happy birthday to u.. Waa waa waa..dah 5 tahun anak teruna saya yang sulung ni..cepatnya masa berlalu..rasa cam sekejap sangat dia dah 5 tahun..macam sekejap je dia membesar dari baby..belajar jalan..tup tup sekarang dah sekolah tadika..

Gambar masa baby dan umur setahun lebih


Birthday Adam sebenarnya hari Khamis last week tp hari ni baru sempat ibu mengarang entry kat sini..bz la kengkonon kan..takde buat majlis pape pun cuma potong kek je ngan adik..tempah kek minions untuk Adam dan Aqil sebab diorang peminat fanatik minions kan..so semalam dah potong kek sama-sama..tq kepada Ninie Cakes House kerana merealisasikan impian dak dua orang ni nak kek gambar minions..siap ada gambar diorang sekali kat kek tu..memang excited dan seronok la diorang semalam..

Kepada Adam..ibu dan baba bersyukur dikurniakan anak seperti Adam..walaupun kekadang tu Adam sedikit notti dan manja..terlebih manja kot dari adik..hihihi..ibu dan baba doakan semoga Adam membesar dengan sihat..jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat dan jadi along yang penyayang buat adik..kami semua sayang Adam ketat-ketat till Jannah..




Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, April 3, 2014

Daftar online kemasukan tahun 1 pada 2016 - SK Puncak Alam 2

Akhirnya setel gak permohonan kemasukan sekolah tahun 1 untuk Adam..tinggal nk g buat perakuan permohonan je..sebelum ni nak isi form talian asyik sibuk je..loading satu2 lembap gile..naik malas mak nokk..dan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 menjadi pilihan berdasarkan map yang disediakan oleh En Google, rasanya tu yang terdekat dengan rumah yang bakal kami pindah nanti..actual punya jarak saya tak berapa pasti la berapa kilometer kan sebab tak sempat nak g survey sekolah kat mana..Mr John pulak masuk bengkel dah dekat 2 minggu, tu yang patah kaki tak leh nak ke mana...kat Puncak Alam ni sebenarnya ada 3 sekolah kebangsaan..so boleh pilih mana yang terdekat lah..

Korang yang tinggal kat Selangor yang belum buat permohonan untuk kemasukan anak-anak darjah 1 pada tahun 2016 boleh cepat-cepat mohon sebab tarikh tutup dia 30 April 2014..kalo mohon selepas tu di kira permohonan lewat. Kalo korang nak mohon boleh klik link ni http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Keputusan permohonan boleh di semak selepas 16 Julai 2015 dan pengesahan bermula pada 1-30 Ogos 2015. Harap-harap ada rezeki Adam untuk bersekolah kat situ..

*credit to nuruldiana008.blogspot utk gambar di atas 




Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...