Bloggers

Sunday, May 31, 2009

Keluhan Hati Seorang Papa....

Sms yang ibu terima daripada papa Adam selepas papa pulang dari berkursus selama 1 minggu di Singapura...

Mak tanya.." Long, ko tak rindu kat Adam ke?"
Lalu aku berlari ke atas dengan tangisan hiba. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya aku terhadap anakku..Adam.

Malam tadi sejak dari dalam flight lagi hatiku sebak dan hiba, ku lihat pasangan disebelahku..comel anak mereka kata hatiku..sepanjang perjalanan si ayah lah yang bermain-main dengan si kecil itu, hadir kerinduan yang amat sangat dalam diriku. Di saat itu alangkah bahagianya jika aku boleh mendukung dan mengacah Adam sebegitu..

Kerinduanku terhadap anakku semakin dalam..sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku senantiasa teringatkan Adam. Sebaik melangkah masuk ke rumah aku terus naik ke bilik..tujuanku hanya satu..inginku menatap gambar anakku di dalam laptop di bilikku..Ya Allah..Adam, papa sangat rindu kat Adam...

Sebaik selesai cpu memproses lalu muncul gambar anakku..jelas terpapar di skrin laptop..Adam..lalu tanpa ku sedari airmata kerinduan seorang bapa mengalir tanpa henti hingga aku terlelap pada entah jam berapa..Adam..saat ku coretkan rasa hatiku ini tangisan kembali membasahi pipi...

Setiap saat semasa aku di luar negara, kerinduanku terhadap anakku mendorongku agar tetap tabah..aku ingin pulang ke Malaysia, anakku menungguku...bentak semangat dihatiku..Ku tatap gambar anakku, ku cium skrin laptop itu seumpama aku mencium anakku..terubat sedikit rinduku pada Adam..

Ku hitung hari demi hari dengan tabah..kadang-kadang aku gembira kerana kelihatan di kalendar hari itu semakin kurang. Jauh di sudut hati ku aku kurung rasa hibaku..aku cuba berlagak seolah aku tidak kisah biar pun anak dan isteriku tiada di sisi..namun hanya Tuhan yang tahu penderitaanku setiap malam pabila kerinduan datang dan menegurku..

Walaupun hatiku sedih luluh berderai jatuh umpama jatuhnya titis air mata..namun terpalit rasa gembira kerana telah ku jalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami dan seorang bapa dengan baik..debik dadaku berkata barangkali aku lah bapa paling cekal di dunia..ku kesat air mataku saat Zul tiba menjemputku di airport..

Coretan hatiku ku hentikan seketika..sedih hatiku ku selingdungkan dengan fokusku pada kerja. Tapi jauh di sudut hatiku aku tahu malam nanti pasti air mataku bergenang semula...Semuanya kerana rindu yang teramat sangat kepada anakku Muhammad Adam Harith dan cintaku pada isteriku Yusnida Mohamed...

2 Jun 09..1.00am
Mataku terasa berat sekali, aku cuba untuk melelapkan mataku..tapi setiap kali itulah bayangan Adam menjelma..Adam, papa rindu sangat kat Adam..Bila Adam nak pulang sayang..sekali lagi air mata ku gugur..air mata seorang bapa yang amat merindui anaknya...

Ku tatap gambar anakku di skrin laptop..kata hatiku ingin sekali aku mendukung Adam, mencium pipinya, mendodinya sehingga dia tidur..2 minggu berjauhan terasa bagai setahun..masa-masa yang berlalu tanpa anakku disisi terasa begitu perlahan..

Malam ini terasa cukup panjang..terasa sangat sayu..Bergenang air mata di kelopak matku. Aku cuba bertahan namun terasa sukar..Terasa sukar untukku meneruskan hidup tanpa anakku..Setiap saat aku terbayangkan wajah anakku yang baru pandai tersenyum..Alangkah bahagia diriku saat itu..

Tapi kini hidupku kosong, aku memperhambakan diriku kepada kerja..kerana aku cuba meneruskan hidupku..Tanpa Adam di sisi..Biasanya setiap kali pulang dari kerja pasti aku ingin segera pulang untuk menatap wajah Adam..Kini aku berlengah pulang..malah ada kalanya aku tidak ingin pulang..

Aku tidak ingin pulang kerana terlalu banyak memori dirumah..Hatiku berderai pabila ibuku berkata.. "Telefonlah Yus tanya Adam macam mana, cuba amik berat sikit.." Menangis aku sendiri..mungkin ibu tidak tahu keperitan yang aku lalui..mungkin wajahku tenang dan kelihatan bersahaja namun hatiku..hanya Allah yang tahu..

Tidak ada sesiapa pun yang tahu aku merintih pilu berlinangan air mata setiap malam menunggu kepulangan anakku..Ku tatap gambar anakku..wajah comel Adam menghiasi setiap sudut mindaku..Gugur lagi air mataku..3 minggu lagi..19 hari lagi..476 jam lagi..Yang tinggal pada diriku hanya jasad..Semangatku telah hilang sejak Adam meninggalkan aku..

Jika Tuhan memberiku pilihan "Mahukah kau berjumpa anak mu dengan pengorbanan nyawamu ku pendekkan 10 tahun?"..Nescaya aku terima asalkan dapat ku bertemu anakku. Sengsaranya seorang yang baru mengenal erti menjadi bapa namun hanya seketika pabila dipisahkan dari anaknya..baru ku mengerti..

Muhammad Adam HArith..papa sayang kamu..Ya Allah, aku bermohon padaMu..lindungilah anak dan isteriku..jauhi mereka dari bencana dan azabMu Ya Allah..murahkan rezeki mereka Ya Allah..tempatkan mereka dan lindungi mereka seperti mana Engkau melindungi orang-orang yang beriman padamu..Aku bermohon padaMu Ya Allah..Amin..

P/S: Sian papa..maafkan ibu sebab bawa Adam balik kampung lama sangat. Ibu just nak amik peluang ni ( sebab dah tak kerja ) duk lama sikit kat kg..lepas ni entah bila plak boleh balik kampung lama-lama..ibu pun tak sanggup berjauhan ngan papa lama-lama..rasa tak lengkap famili kita bila ibu hanya berdua dengan Adam je..huhu..nasib baik papa bz ngan keje sepeninggalan ibu n Adam ni , kalo tak mau kurus papa sebab asyik merenung nasib je..hehehehe
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, May 25, 2009

Our 1st Anniversary...

Pejam celik..pejam celik dah 1 tahun usia perkahwinan ku & en.hubby...tapi aku rasa terkilan dan sedih sebab kami tak dapat nak celebrate our 1st anniversary..huhu..
Aku sekarang kat kampung halaman ku di Kota Bharu bersama Adam setelah 44 hari berpantang di rumah mertuaku manakala en.hubby terpaksa balik semula ke Shah Alam demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga...tak bestnyer 1st anni tak leh celebrate sama en.hubby...huhuuu

Untuk En.Hubby...
Tiada apa yang dapat ayang hadiahkan sempena our 1st anniversary...hanya Adam yang dapat ayang lahirkan untuk b sebagai tanda kasih dan cinta kita berdua...



Terima kasih ayang ucapkan kerana b menjaga ayang dengan baik, menyayangi dan mengasihi ayang sepanjang kita bersama...
Ayang sentiasa berdoa semoga rumahtangga yang kita bina akan berkekalan sampai ke akhir hayat dan bahagia di samping Adam dan buah-buah cinta kita yang akan datang...Amin

I love you soooo much forever ever and always...mmmuuuaaaahhhhhhh

Adam love papa too...

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, May 1, 2009

Introducing Our Little Prince - Muhammad Adam Harith

Dah lama gila rasanya tak update blog ni..dah bersawang bagai..insyallah dah sihat nant boleh la update selalu..

Tanggal 10 April 2009, jam 11.23 pagi..lahirlah buah hati ibu dan papa ( tak jadi panggil mama, ibu lagi besh )yang diberi nama Muhammad Adam Harith. Adam di lahirkan secara Caeserean juga akhirnya pada minggu ke 38 Adam dalam perut ibu..alhamdulillah ibu bersyukur Adam sempurna dan sihat..

Kat bawah ni gambar Adam untuk tatapan semua...

Yang ni 2 jam lepas Adam keluar dari perut ibu..



Yang ni hari kedua



ni gambar Adam 6 hari..tengah tido


Ni pun Adam 6 hari


Close up Adam hari ke 13

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...