Sambung entry part I, masih lagi bersiaran dari lappy SIL sebab lappy saya dah lebur tak dapek nak repair lagi dah, Dia nak suh beli yang baru la ape lagi..ok sambung citer sal Perth kat bawah.
So kami sampai kat homestay yang terletak di Ranchview Street pada pukul 6.30am.. Kami disambut oleh tuan rumah Kak Ina @ Dak Long dan suaminya Zul serta anak-anak diorang. Besar gak rumah diorang ni, tengok dari luar nampak kecik. Diorang ni dah lama menetap di Perth kalau tak silap dekat 20 tahun dah, dah dapat PR pun. Kak Ina tu pun memang membesar di Perth, mak dan ayah dia pun tinggal area situ jugak..diorang ni asal dari Melaka..husband Kak Ina berasal dari Singapura.
Lepas dah penat pusing King's park dan botanic garden, Yasmin bawa kami ke Perth Jetty untuk tengok matahari terbenam..tapi saya tak banyak snap gambar sebab tak turun pun dari kereta, si kenit dah tido. Encik Hubby yang tolong amik gambar.
Dah habis minum kopi dan makan Churros kami pun nak berangkat balik untuk dinner plak sebab malam tu kami akan dinner kat rumah mak ayah Kak Ina tak jauh dari rumah Kak Ina pun sebenarnya.. Kami dihidangkan dengan masakan melayu..rendang daging, ayam goreng, telur dadar, sup fucuk dan soohoon. Alhamdulillah kenyang untuk malam tu.. Gambar takde sebab dah lapor sangat, tak sempat amik. Dah habis makan dan sembang serba sedikit kami pun berangkat balik ke rumah Kak Ina untuk berehat..Penat giler rasanya jalan dari pukul 1tengahari sampai la 9 mlm..
Ok, sekian dulu catatan untuk hari pertama.. Ape! Baru hari pertama? Huhuhu..terlalu banyak gambar yang nak diselitkan sebab tu entry ni jadi panjang berjela jela.. Bukan ape, untuk kenangan di kemudian hari. Sorry la kalo bosan baca entry saya.. Bersambung di part seterusnya (^___^)

Rumah ni masuk masuk je terus dapur dulu, open kitchen then ruang makan, ada hall yang besar untuk anak anak bermain, family hall, bilik tak sure ada berapa..yang disediakaan untuk kami je 3 bilik..kat belakang ada porch boleh lepak sambil makan makan..Gambar sekitar rumah tak amik..segan plak nak camwhoring rumah orang..hehe
Kena buka kasut okay,ingat style mat saleh ke masuk rumah pakai kasut..hehe
Anak tuan rumah yang bongsu..Humaira
Lepas dah sarapan nasi lemak yang dimasak oleh mak Kak Ina, kami pun bantai tido dulu sebab pukul 1 nanti Yasmin, guide yang ganti Dato' Burn untuk hari tu nak datang amik kitorang g ronda ronda Perth City. Pukul 1 lepas solat dan lunch ape bagai, kami bertolak ke Perth City, sepanjang perjalanan banyak jugak view yang menarik pandangan mata..kat Perth City banyak kedai kedai cenderamata..tapi tak la murah sangat barang barang kat situ..Yasmin bawa kami shopping kat Barrack Street.
Mak ngan abah sakan shopping souvenir untuk di bawa balik.. gambar dalam kedai lupa snap sebab masing masing sibuk menyopping :)
Kedai ni nama King Kong kat Murray Street, menarik jugak barang barang yang dia jual. Saya rembat T-shirt selai kat sini harga AUD8. Saya beli yang murah murah je..
Tengah sibuk memilih barangan..
Anak anak dah kepenatan dan kelaparan, nasib baik bawa bekalan untuk diorang
Kita minum dulu :)
Dannnnnnn smoking juga..huhu
Sekitar Perth City
Brader ni buat persembahan muzik jalanan guna batang paip yang disambung sambung..menarik dan best lagu yang dimainkan..
Melepak, menangis, camwhoring dan macam macam sambil tunggu Yasmin datang pick up, nak g tempat lain plak..
Dalam pukul 4 lebih kurang Yasmin datang pick up dan bawa kami ke Kings Park Botanic Garden, kena sampai situ sebelum pukul 5 sebab ada satu bridge kat situ tutup pukul 5. Boleh tengok pemandangan Perth City dari atas bridge, sangat cantik dan mendamaikan pemandangan kat situ..
Ada banyak pokok pokok, bunga bungaan dan tumbuhan lain yang menarik sekitar taman tu..
View Perth City yang mendamaikan
Kilang arak
Dari atas bridge..itu sungai okay bukan laut tapi sangat lah cantik.
Beberapa view yang menarik, juga dari atas bridge
Walkway menuju ke bridge
Ni la bridge yang saya maksudkan
Bergambar kenangan, credit to Yasmin..
Mak ngan abah bersama polis polis yang sporting
Ada 1 kolam kat taman ni dan 1 tugu sempena memperingati hari wanita
Adam seronok tengok air pancut kat kolam tu sampai takmo pegi tempat lain dah, jenuh jugak la memujuk..
Sekitar King's Park
Bunga yang menyerupai berus botol susu
Pokok yang berusia lebih kurang 600 tahun
Pokok ni pun menarik, tapi lupa nama dia
Yang ni adik beradik berus botol tadi
Lepas dah penat pusing King's park dan botanic garden, Yasmin bawa kami ke Perth Jetty untuk tengok matahari terbenam..tapi saya tak banyak snap gambar sebab tak turun pun dari kereta, si kenit dah tido. Encik Hubby yang tolong amik gambar.
Perth City
Matahari dah terbenam masa kami sampai sini
Menara..yang saya dah lupa nama dia. Maybe Perth Tower kot..Hamboih! Sesuka hati mak ko je Senah nak letak nama tower tu..hehe
Beberapa view yang menarik sekitar jetty..banyak sangat gambo terpaksa wat camni..kat jetty ni ada perkhidmatan river cruise. Sebenarnya diorang guna river cruise selain untuk tarikan pelancong adalah untuk elak jalan jem kalo nak g keje kat seberang sungai tu atau nak ke Fremantle.
Lepas dah pusing pusing jetty dan amik gambar, kami bergerak menuju ke Sorrento Quay. Yasmin nak bawa kami minum kopi kat sana. Kat situ ada banyak kedai kopi, bukan kedai kopi cik kiah tapi yang ala ala coffee bean tu lah. Macam-macam restoran dan kedai kopi ada kat sini, suasana dia pun meriah sebab berdekatan dengan salah satu jetty. So petang tu Yasmin bawa kami minum kat kedai Coklat San Churro. Menu dia banyak yang berasaskan coklat lah. Macam macam yang menarik ada kat kedai ni dari coklat, kek, dessert dan lain lain. Kami sempat merasa satu makanan yang dinamakan Churros. Churros ni macam cakoi la bagi saya, macam donut pun ya jugak tapi pencicah dia ada banyak pilihan dari aiskrim vanilla, white chocolate, dark chocolate, coklat perasa hazelnut yang dicairkan dan macam macam lagi. Ore kelate kato buleh tehe nok pilih.. Kalo rasa nak cuba Churros boleh amik resipi kat sini, nampak macam senang tapi saya belum pernah cuba lagi..kumpul resipi je dulu..lagi pun dia kena guna acuan yang mana saya takde acuan tu..alasan bagi orang yang pemalas
Gambar sekitar Sorrento Quay
Gambar kat Chocolateria San Churro..yang gambar bawah sekali sebelah kiri tu la Churros.. Ada satu kek menarik perhatian saya kat situ, gambar atas tu, rupa dia mengingatkan saya pada kek pebret kat Secret Recipi ;)
Dah habis minum kopi dan makan Churros kami pun nak berangkat balik untuk dinner plak sebab malam tu kami akan dinner kat rumah mak ayah Kak Ina tak jauh dari rumah Kak Ina pun sebenarnya.. Kami dihidangkan dengan masakan melayu..rendang daging, ayam goreng, telur dadar, sup fucuk dan soohoon. Alhamdulillah kenyang untuk malam tu.. Gambar takde sebab dah lapor sangat, tak sempat amik. Dah habis makan dan sembang serba sedikit kami pun berangkat balik ke rumah Kak Ina untuk berehat..Penat giler rasanya jalan dari pukul 1tengahari sampai la 9 mlm..
Dari kiri Makcik Zaiton ( Mak Kak Ina ), MIL saya, Kak Ina dan Yasmin
Alang bersama Pakcik Hassan, ayah Kak Ina. Misai pakcik nik ganas uols.. :)