Bloggers

Sunday, February 1, 2009

Selamat Pengantin Baru...Fadhlina & Husairi

Masa balik kampung baru-baru ni aku sempat la menghadirkan diri ke majlis bersejarah salah seorang dari sahabatku yang sama-sama belajar di Politeknik Kota Bharu dulu.
Fadhlina atau lebih mesra dengan panggilan Chem telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya Husairi@Ery yang juga bekas pelajar Politeknik Kota Bharu..diorang ni bercinta sejak belajar kat PKB la sampi la ke jinjang pelamin...

Kami ucapkan selamat berbahagia dan semoga cekal dah tabah dalam menghadapi cabaran sebagai suami isteri dan liku-liku berumahtangga. Yang paling penting saling percaya, give and take dan hormat-menghormati..May Allah Bless you all..






Terima kasih kerana sudi singgah sini

The Beginning..Part III

Entry yang ni aku nak story and nak tepek gambar scan masa kandungan berusia 16minggu and 20 minggu.

Alhamdulillah,setakat ni semua berjalan lancar dan takde masalah-masalah kesihatan yang aku hadapi..hopefully selamat la sampai aku melahirkan nanti..

Gambar scan ni tak brape clear..yang masa 16 minggu tu aku scan kat Klinik Alam Medic di Subang Perdana. Masa 20 minggu plak aku scan kat Klinik Kesihatan Meru. Doc kat Klinik Kesihatan Meru kata jantina nampak macam.....boy or girl?..hehehehe...tunggguuuu....

Ni gambar scan masa 16 weeks..nampak macam kepala..


Yang ni scan masa 20 weeks...nampak tulang belakang baby..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

The Beginning...part II

1 week after dapat tau yang aku pregnant, kitorang pegi checkup kat Klinik Mediviron yang berdekatan untuk pengesahan dan kitorg nak tau usia kandunganku masa tu.
Kebetulan doc yang bertugas hari tu Dr. Sharifah. Dr. Sharifah ni memang kenal dan rapat dengan my mother in law sbb klinik ni memang klinik panel tempat kerja abah.

So Dr Sharifah just tanya last date period aku n dia cek calendar pregnancy.Dr Sharifah kata dah 6 minggu usia kandunganku & dia bagi EDD 24 April 2009...kitorg tak scan sebab masih terlalu awal..Dr. Sharifah ada tekan-tekan perut aku, mayb dia nak cek kedudukan rahim kot..then dia kata rasa macam dah 2 bulan..tapi kalau dah scan boleh tau EDD yang lagi tepat lah.

Dr Sharifah just bagi Asid Folik and aku kena makan 1x sehari untuk pertumbuhan saraf baby...

Peknen dalam bulan Ramadhan ni banyak juga cabaran..and aku pun ada ponteng puasa 3 hri..memang tak larat sangat-sangat..tak lalu makan, rasa loya, pening, muntah..macam-macam rasa ada..tapi aku gagahkan jua demi buah hati dalam rahimku ini dan suami terchenta...

Aku bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku peknen dalam bulan ramadhan ni aku takde la mengidam yang pelik-pelik sampai menyusahkan En Saiful dan family mertuaku..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...