Semalam genaplah 2 bulan usia anak ibu ni..tapi belum lagi pegi cucuk untuk 2bulan..appointment sepatutnya 23hb ni sebab ibu n Adam still lagi kat kampung but ibu ingat nak bawa Adam tumpang cucuk kat klinik kesihatan kat sini next Tuesday..my SIL pernah bawa anak dia tumpang cucuk kat situ..masa cucuk 1 bulan nurse dah pesan jangan lewat sangat sebab nanti 3 bulan nak cucuk lagi..So perkembangan Adam setakat ni..
- Dah boleh nampak dengan jelas..kalo lalu depan dia mesti dia akan ikut dengan anak mata dia..
- Dah pandai senyum kalo di agah..especially pagi time dia baru bangun tido..kalo dia puas tido mesti senyum meleret n mulut mesti nganga - nganga n muncung-muncung nak borak ngan kita tapi dalam bahasa dia la..kuar la suara jantan dia tu..cute sangat..hehe
- Suka sangat tendang tendang especially time nak tukar diaper..kuat dah kaki Adam ni..
- Dah takde berjaga malam..actually sejak balik kampung ni Adam langsung tak pernah berjaga malam..tak macam masa dalam pantang dulu,kalo bangun nenen pukul 12 mesti pukul 3 or 4 pagi baru dia akan tido balik..sekarang just bangun untuk nenen je 2,3 kali pastu dia akan tido balik..good boy, ibu pun boleh tido dengan aman..hehe
- Bila nak tido suka gosok mata n telinga ngan dua-dua tangan dia tu..kadang-kadang mata dah pejam tapi tangan tak duk diam..last-last ibu kena pegang tangan Adam n dodoi-dodoi kejap sampai Adam lena..
- Kalau Adam tak tido dia tak suka baring je lama-lama mesti nak suh orang angkat..mula la merengek..bila angkat n duduk kan dia terus senyap..kalo dulu elok je baring lama-lama n merengek time nak nenen je..
- Kepala dah boleh lift up sikit tapi belum kuat sepenuhnya..
- Time mandi baik je..sangat senang nak mandikan Adam sebab dia tak banyak
bergerak bila dalam air n tak pernah nangis kecuali kalo mandi air sejuk..huhu..
- Yang penting sekali Adam tak banyak songeh..just merengek time lapar n ngantuk je..Jom tengok pictures Adam yang dah 2 bulan ni..
Anak ibu tengah syok tido..

Lepas nenen baru buka mata besar-besar..

Kat bawah ni plak pictures Adam yang baru bangun tido tapi riang gumbira bila di agah..




Love u soo much sayang..be a good boy ye sayang..papa mesti rindu giler kat Adam sebab dah dekat 1 bulan tak jumpa Adam..papa tak dapat balik kampung hujung minggu sebab lately ni terlalu banyak kerja yang papa kena settlekan..even sekarang ni papa kat Penang with his bos to settle a few jobs..harap papa boleh bersabar untuk sedikit hari lagi..
Terima kasih kerana sudi singgah sini