Bloggers

Monday, September 26, 2011

^_^ Wordless ^_^








Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, September 24, 2011

Kembali ke blog

Assalamualaikum..kum..kum..

Setelah sekian lama menyepi akhirnya saya kembali ke blog ini..hampir lupa jugak la password..hihi..

Sekarang ni senang ckit sbb FIL saya dah pasang UNIFI kat rmh ni..so semangat la ckit nk update blog ni blk..ye lah rasanya blog ni terbiar sejak dari Adam umur 1 tahun sampai la skrg ni Adam dah ada adik aka Aqil ( dah 6 bulan dah Aqil ).. borsawang2 blog ni dah..

Ni lah Muhuhammad Aqil Harith baby saya yang ke dua
Lahir pada 22 Mac 2011 secara Ceaser jgk di Hospital Putrajaya..takde rezeki mak nak bersalin normal dah..redha je lah..


















Aqil yang dah berumur 6 bulan













Ini Adam aka abang long mucuk2 ibu..













Dah besar dah..2 thn stgh dah pada 10 Okt nant..makin panjang akal dan notti..
Sayang kat adik dan akan menjerit TAK BOLEH!! kalau ada sape-sape cakap nak amik adik dia..tp tak lah main sgt dgn adik dia pun..dia lg sibuk dgn dunia dia especially cite katun kat tv..sabar je lah..

Harap-harap saya rajin la mengupdate blog ni selalu sebagai kenangan-kenangan terindah di masa hadapan...Hiks!
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, March 31, 2010

Adam & Qaseh 1st Birthday Party....

Last weekend kami celebrate birthday Adam dan Qaseh pada 28.3.10 sempena tarikh lahir Qaseh ( cousin Adam )..sebenarnya birthday Adam 10 April tapi sebab tak nak wat majlis 2 kali so buat je sekali jimat tenaga dan uwang..hehehe

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ibu sedikit kuciwa sebab xbanyak gambar kenangan yang sempat snap. Kelam kabut dan sibuk pada hari tu menyebabkan terlupa untuk tangkap gambar banyak-banyak..

Menu pada hari tu nasi beriani yang opah Adam masak bersama kari ikan yang di pancing oleh papa, ayam madu yang setengahnya msk sendiri setengah lagi order kat Rahmath Bistro, acar dan papadom, pencuci mulut agar-agar coklat dan kuih-muih yang kebanyakannya nenek-nenek saudara Adam yang sedekah.

Tak ramai pun tetamu yang kami undang, jiran-jiran sebelah menyebelah, adik beradik opah Adam dan Qaseh, famili nenek Qaseh dan 2,3 orang kawan-kawan. Adam dan Qaseh suka sangat dapat mainan dari tetamu yang datang..Alhamdulillah murah rezeki budak-budak ni...Ok lah jom kita tengok gambar sekitar majlis hari tu..


Sebelum majlis bermula bagi diorang tido dulu puas-puas..



















Qaseh yang ketiduran dalam buaian..dia kalo tak puas tido memang tak leh nak potong kek la jawabnya mesti mengamuk..



















Untuk Adam ibu tempah kek span coklat gambar Mickey & Miniey mouse tempah kat kedai kek Seksyen 13, Shah Alam..ibu lupa lak nama kedai..huhu



















Untuk Qaseh plak mama nya tempah kek moist coklat kat kedai kek di Subang Perdana















Sebenarnya majlis harijadi ni ibu dan mak ngah yang sibuk nak buat Adam ngan Qaseh bukan tahu ape pun ..haha















Masa untuk potong kek..
















Adam sibuk tengok kamera ibu plak sibuk potong kek Adam..birthday sape sebenarnya..huhu



















Qaseh potong kek ngan mak ngah aka mama dia la..




















Antara tetamu yang hadir


Ni keluarga nenek Qaseh..













Ni adik beradik opah Adam dan Qaseh











































Ni kawan baik ibu Aunty Nieda bersama Uncle Nizam tapi takde dalam gambar dan si comel Humaira















Terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga kepada yang sudi hadir pada hari tersebut..


Hadiah-hadiah yang Adam dan Qaseh dapat..thanks sume..

Basikal color pink hadiah dari nenek dan mak long qaseh

































Basikal ni plak opah & atuk beli untuk Adam tapi atuk suruh tukar lain sebab tayar dia kecil

























































Adam yang mucuk..















Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Adam setiap saat dan ketika. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..love you sooo much dear..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...