Bloggers

Monday, October 24, 2011

Homemade Chocolate

Sabtu lepas buat coklat ngan MIL untuk sepupu En hubby, Aina yang bertunang semalam..MIL nak bagi 1 dulang untuk Aina tapi tak tahu nak bagi ape. Saya pun teringat la ada 1 bar dark chocolate compound yang belum buka, saya bagi cadangan buat coklat je lah takde la membazir coklat tu sebab dah nak expired bulan Dec ni. So kitorang beli lagi 1 bar white chocolate compound ngan badam yang telah dicincang keje nak senang je ..

Petang tu bertungkus lumus lah saya ngan MIL buat..almaklumlah ni adalah kali kedua saya buat coklat, terkial-kial jugak la lambat cepatnya..Daripada 2 bar chocolate compound boleh menghasilkan agak banyak jugak coklat mengikut bentuk acuan yang kita suka, boleh la bahagi sikit sorang kat sedara mara semalam..En hubby kata sedap jugak, kalo letak lagi banyak badam atau kacang-kacang lain lagi sedap..

InsyaAllah kalau ada masa boleh buat lagi lain kali..Tak susah pun buat coklat ni yang penting rajin mencuba, MIL pun cakap senang..

Sebahagian daripada coklat...hasil keseluruhan dapat la 2 tupperware aiskrim tu
 Susunan mengikut citarasa MIL saya..ada yang sememeh rupa coklat tu :)
Kotak yang cantik pemberian NIDA sebab saya pinjam mould dia untuk buat coklat ni..
 Coklat saya kat atas dulang  :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, October 17, 2011

Keguguran

Haisshhhh..setiap kali memikirkan perkara di atas tension mak..mana tak nya masalah keguguran ni tak setel-setel walau apa cara dah dibuat tinggal potong pendek je yang belum buat lagi,sayang pulak nak potong bila rambut dah lepas paras bahu..Hadoyai..Ada tak sape-sape yang ada petua atau produk yang berkesan untuk atasi masalah ni, bagi tau saya okey..

Masalah keguguran ni pernah terjadi dulu masa Adam umur lebih kurang Aqil sekarang ni..lepas tu bila mak mengandung Aqil jadi ok..biasa la perubahan hormon kan..tapi yang membuatkan mak tension tu sebab rambut sangat la banyak dan bersepah-sepah kat lantai..penat hokey sampai nak kena vakum 2 hari sekali...mak ni dah la 'rajin' sesangat buka vacum tu..

Dah macam-macam syampu dah saya cuba untuk masalah hair fall ni tapi tetap tak berkesan..baru-baru ni saya cuba Evening Primrose Oil..ada sumber yang boleh dipercayai sarankan saya untuk amik EPO ni, banyak faedah dia untuk kaum wanita termasuklah masalah keguguran ni..tapi belum menampakkan kesan lagi..saya makan jenama Blackmores EPO + fish oil ( sila google untuk mengetahui faedah-faedah EPO dan fish oil ). Harap-harap berkesan la EPO ni..

Sila abaikan pemandangan kat belakang botol tu













Ada bodaks nak enterprame..kasi can lah

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, September 26, 2011

Bukan had jumlah anak

Saya tertarik dengan artikel ni di Harian metro online. Untuk panduan kepada saya, ibu bapa, bakal-bakal ibu bapa dan mereka - mereka diluar sana.

Pada saya perancangan keluarga tu sangat penting bagi ibu bapa yang betul-betul belum bersedia menimang cahaya mata kerana tempiasnya pada si kecil tu nanti. Ianya akan mempengaruhi perwatakan dan perangai mereka apabila meningkat remaja seiring dengan perkembangan dunia yang semakin canggih ni..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...