Bloggers

Wednesday, November 9, 2011

Perth Trip Part I

Alhamdullilah trip ke Perth telah berjalan dengan lancar dan kami telah selamat pulang ke Malaysia. Anak-anak kurang sihat masa nak balik, maybe perubahan cuaca kat sana..pape pun thanks to abah for this enjoyable trip.. Moh kita layan gambar..Malas nak taip panjang-panjang ni pun pinjam lappy SIL, lappy ambo masuk ICU lagi sebab tu lambat hapdate blog nih :(

 Si kenit dua orang ni suka sangat sebab nak naik aepolane.. ni pengalaman kedua diorang naik flight. Alhamdulillah ketiga-tiga dak tecik tido masa dalam flight..ye la terbang pukul 11.55pm time diorang tido..selamat la :)

 Check in begs dulu

 
 Haruslah bergambar dalam flight

 Aqil 1st time naik flight. Dia biasa je, dah sampai time dia tido sampai la kat homestay..good boy

Mendarat pukul 5.15am..diorang kat sana sibuk dengan CHOGM 2011 (Commonwealth Heads of Government Meeting), PM kita pun ada sana & sempat la kami berBBQ 1 Malaysia kat Perth dengan PM

 Bergambar kenangan kat dalam Perth International Terminal, with our guide Dato' Burn. Sangat sejuk masa ni, suhu 12 darjah celcius.

Kat luar airport lak..sangat silau mata memasing. Pukul 5.30am tapi matahari dah terpacak macam pukol 10am kat Malaysia. Kat sana matahari terbit awal..tapi masa sama je dengan Malaysia cuma waktu solat masuk awal ckit.

 Airport view


Bersambung..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, October 27, 2011

Perth Trip Checklist

Esok kami sekeluarga akan ke Perth..Alhamdulillah murah rezeki abah aka FIL saya sebab bawa kami semua jalan-jalan jauh kali ni.. abah ni memang suka jalan-jalan.. pantang ada cuti sikit mana nak lekat kat rumah. Abah bagi kami semua 2 pilihan sama ada nak gi Perth atau Bali.. kitorang semua pun ape lagi pilih Perth la kan..hehe

 *google*

Kitorang amik pakej 5H4M dengan Dato' Burn including transport, homestay, makan dan minum, travel guide dan lain-lain. Semua persiapan haruslah ada checklist takut ada barang yang tertinggal nanti.. ye la kalo penting mau taknya nak kena beli kat sana dengan harga yang mahal.. tak berbaloi, lebih baik bawa siap-siap dari sini kan..

  1. Pasport dan visa dah siap.
  2. Duit RM**** dah pun siap-siap ditukar kepada AUD.. kitorang dapat rate AUD3.22, agak mahal jugak AUD sekarang ni, cek rate kat BNM pun AUD paling mahal sekarang. Sedikit duit RM pun kena bawa jugak, mana la tau shopping tak hengat ke nanti..hehe
  3. Pakaian yang sedikit tebal untuk anak-anak dah pun siap letak tepi.. dapat info dari mr google dan juga travel agent kami suhu kat sana sekarang ni sedikit sejuk di mana siang paling panas pun hanya mencecah 25 darjah celcius manakala malam mencecah 10 darjah celcius. Sekarang kat sana musim luruh..ala ala macam Cameron je suhu dia, tapi takut anak-anak kesejukan sebelah malam bawa je la kan untuk diorang.
  4. Makanan dan kudap-kudapan macam biskut, roti, maggi, dan lain-lain. Tapi bukan semua makanan boleh bawa masuk sana. Mana yang berasaskan cengkih macam kari semua tu tak boleh so maggi kari tak boleh la, yang berasakan telur, ayam dan daging pun tak boleh..pastu milo, kopi, teh, nescafe semua pun tak boleh.
  5. Stoller untuk Aqil..agak lenguh ye nak dukung bodak bam bam ni sekarang..:)
  6. Kamera cabuk mesti kena bawa..kalo ada DSLR lagi cun amik gambo..kena masuk dalam list bajet untuk tahun depan nih..;)
  7. Travel Universal Adaptor yang ni memang tak boleh tertinggal dah banyak kali En Hubby pesan..kalo ada disediakan kat homestay ok la kan kalo takde nak kena beli plak kat sana untuk cas henpon ngan kamera..
  8. Segala macam charger pun tak boleh tertinggal jugak, nati ngepek tok laki ambo
  9. Ubat-ubatan especially ubat selsema Adam. Dia memang senang selsema dan meleleh hingus kalo sejuk-sejuk..Menurun aku la tu incase kalo tetiba selsema tak yah nak g klinik.
  10. Senarai kiriman ole-ole..hehe
Rasanya tu je la kot..kalo ada lagi kita tambah lagi checklist tu..semoga kami semua selamat pergi dan balik. Hopefully anak-anak semua behave la perangai masing-masing kat sana..senang keje mak nanti.. So bermula esok tuan blog ni akan bercuti la ye..jumpa lagi minggu depan -___-

    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    Tuesday, October 25, 2011

    Selamat Bertunang Aina Dan Wan

    Ahad lepas sepupu En Hubby bertunang..Aina anak pak long aka abang MIL yang tinggal dekat Sementa, Klang. Aina ni sebenarnya anak ketiga daripada 7 beradik dan still ada 2 orang kakak yang belum kawin, kira si Aina ni langkah bendul la..abis dah kakak-kakak takmo kawin lagi sampai bila nak tunggu.

    Tunang si Aina ni pulak orang Rantau Panjang, so dekat je la..dah bincang-bincang kelmarin plan untuk tunang dalam masa 1 tahun lepas tu kawin..semoga berkekalan dan selamat menempuh alam pertunangan yang banyak dugaan orang kata la bukan saya kata. Saya dulu tak bertunang pun ngan En Hubby, merisik je then terus kawin. Jom kita layan gambar yang sempat aku snap ngan fujifilm cabuk ku..hehe

    Yang pakai tudung hitam tu mak long, gambar pak long tak sempat nak snap
     
     Aina ~ tengah make up dan selepas make up :)
     
     Sebahagian daripada hantaran untuk pihak lelaki

    Sebahagian tetamu..kat khemah tak snap sebab saya duk dlm rumah je En hubby lak sibuk jadi penanggar..

    Aina dan En tunangnya

     
    Cincin merisik dan tunang..emas sekarang mahal u ols..takut i nak beli emas..




    Terima kasih kerana sudi singgah sini

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...