Bloggers

Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru, gadjet baru




Sony Ericsson Live with Walkman hadiah dari En hubby sebab henpon lama saya rosak. Bukan la rosak ape, kalo orang sms atau call still ada bunyi tapi screen tak nampak ape, hitam je. Kalo ada rezeki akan di repair henpon tu sebab lain semua elok lagi, screen je problem, sayang jugak sebab saya beli dulu pun masa dapat duit kutu..hehe

Henpon Sony ni memang dah lama saya aim dan nak kumpul duit sikit sikit untuk beli. Dah En hubby offer nak bagi henpon saya terus rembat la..Saya suka henpon ni sebab speaker dia best, paparan HD dan henpon ni jenis android smartphone.. Macam macam aplikasi boleh download kat android market, yang penting ada internet access..boleh guna macam komputer.

Henpon lama Nokia X3

Kepada En hubby, thanks a lot dan semoga bertambah tambah murah rezeki..love u soooooo muchhh..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Happy Birthday Acu..sweet 15

Sebenarnya dah belated dah pun. Birthday Acu 2 Jan, hari ni baru nak story morry. Acu ni adik En hubby yang bongsu, so tahun ni dia dah 15 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan study smart for your coming PMR exam.

Ahad malam yang lepas kitorang buat bbq sempena birthday acu. Biasanya FIL saya akan bawa 1 famili makan kat luar kalo ada birthday sape sape tapi sebab selalu je makan kat luar kali ni nak buat lain sikit la.

Hidupkan api dulu

 Para penonton.. yang pakai baju putih tu la Acu

Acara bakar membakar bermula

Jemput makan semua..dak kecik tu terpaksa duduk dalam stroller

Macam macam ada chicken wing, kambing, udang, sotong, hot dog, otak otak, sotong kangkung MIL saya buat dan lain lain sampingan

Dak kecik dalam stroller dah nangis sebab dia tak dapat makan

Blueberry cheese cake Secret Recepi..yummyyyy

Mamat botak tu sibuk nak enterframe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, January 1, 2012

2012


Selamat tahun baru semua..

Semoga segala impian dan harapan pada tahun baru ini akan terlaksana dan diberkati dengan limpah kurnia dari Nya..
Semoga ditetapkan iman, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan lebih kebahagiaan buat kami sekeluarga..

Harapan saya pada tahun baru ini untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik untuk anak anak, takmo garang garang dah tapi takleh jugak nanti naik lemak, kurang garang la, boleh gitu ?
dan menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami tercinta...

Kepada En Hubby,
Semoga lebih sukses dalam kerjaya dan semoga target yang ingin dicapai pada tahun ini terlaksana
Daku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan dirimu dan menyokong dalam semua aspek dan bidang yang dilakukan..
Insyaallah dengan izin dari Nya..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...