Bloggers

Friday, February 24, 2012

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Adik Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu yang kita mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Boottom line is... Hargailah masa anda bersama anak-anak.. Kita tak tahu bila kita atau dia yang akan 'pergi 'dulu..

P/s : Copy & paste dari laman facebook kawan saya. Salam takziah kepada keluarga arwah adik Faris..semoga dia tenang di sana. Al- fatihah..

*TEARS* ;(

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, February 22, 2012

..Wordless Wednesday..





P/S : Macam ni la kanak-kanak zaman IT, main game angry bird. Itu belum lagi dapat Ipad dan segala macam tab ape bagai. Zaman kanak-kanak saya main congkak, guli, dekcok dan lain-lain yang mungkin ada sesetengah kanak-kanak zaman sekarang tak tau pun permainan tu.. :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, February 20, 2012

Minum susu Amnum Materna menyebabkan cirit birit dan sembelit ???

*google*

Ada tak sape sape pernah mengalami situasi ni? Sebenarnya situasi tu berlaku kat adik ipar saya kat kampung. Dia preggy 4 bulan sekarang ni. Dia tanya saya pernah minum susu anmum tak? Saya cakap pernah la dan selalu minum sampai sekarang tapi Anmum Lacta sebab breastfeed Aqil..tapi, tak pernah pulak saya cirit birit atau sembelit.

Katanya mula mula dia minum susu anmum yang putih tu setiap malam, tapi pukul 3 pagi mesti bangun cari toilet sebab sakit perut dan cherry berry..so dia tukar yang perasa coklat. Baru 2 kali minum sembelit la pulak..sebelum dia cuba susu anmum ni dia pernah minum susu Dumil mama kalo tak silap, pun cherry berry jugak. Dah buntu dan takut nak cuba susu lain katanya..dan dia takut jugak kalau kalau boleh effect kat baby..blh effect baby ke???

Sebelum preggy dia tak pernah la pulak ada masalah kalo minum susu..kesian dia. Bila pergi check up dan tanya nurse..katanya nurse pun jawab tak tahu...saya suggest kat dia suh minum susu biasa je kalo dah semua susu untuk ibu mengandung tak sesuai dengan perut dia..yang penting minum susu.

p/s : Saya memang suka susu anmum berbanding yang lain sebab tak manis sangat :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...