Bloggers

Tuesday, March 6, 2012

Give me more fridays

First time makan TGIF masa g jenjalan kat The Curve last week..ok la jugak makanan dia, tapi saya tak  makan steak sebab hari tu terpakai girdle jadi perut cepat penuh..rugi tol la..len kali leh cuba steak pulak..Sebenarnya nak cari red velvet hari tu, dah lama mengidam..tapi mood si kenit tak berapa baik terpaksa lupakan dulu..haisshhhhh

Adam jakun bila jumpa kolam atau air pancut


Si bulat

Adam tak menyabor...Kids spagetti, dapat free dengan setiap adult main course 

 En hubby tak sah kalau tak makan kambing

 
Parmesan-Crusted Chicken Quesadillas

 Mabeles fried mac and cheese..

Sebelum balik jumpa kolam lagi, jakun lagi si Adam


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, March 3, 2012

Jom balik rumah nenek

Setiap kali keluar naik kereta je ajak balik rumah nenek..masa tengah main sorang sorang pun pernah jugak si Adam ajak balik rumah nenek..  Wahai anak jauhnya rumah nenek mu tu dekat 500km lebih..kat Kota Bharu sano, kalo setakat Bentong, Lipis ke ke gagah jugak ibu nak balik tiap-tiap minggu..Sepertinya Adam tak puas bermain dengan sepupu-sepupunya masa balik kampung CNY hari tu, padahal 5hari kami kat kampung..

Tapi saya pun sangat rindukan ma saya, memang tak puas balik kampung 5hari. Alangkah bahagianya kalau hari-hari dapat menatap wajah ibu tercinta, dapat makan masakan ibu, borak-borak dan dengar dia membebel..saya sangat rindukan momen-momen itu..Seriously saya cemburu dengan En Hubby..setiap hari dia dapat tatap wajah mak dia, makan masakan mak, dengar mak membebel dan macam-macam lagilah..Apakan daya saya,syurga isteri di bawah tapak kaki suami..walaupun dalam hati rasa sedih sebab tak dapat berbakti kepada ibu sendiri tapi saya redha dengan ketentuan Allah..kita hanya mampu merancang..

Nak tergedik gedik mengajak En Hubby balik kampung tiap-tiap bulan rasanya mustahil lagipun banyak perkara yang harus diambil kira dari segi wang ringgit, cuti En hubby,jarak perjalanan dengan 2 hero yang sedang melasak, aktiviti memancing En hubby dan banyak lagi..Saya hanya mampu berdoa semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan panjangkan umur kami agar kami dapat bersua lagi..InsyaAllah


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 2, 2012

Jatuh bangun adat bermain

Semalam kasi can Adam main kat playground..Kenapa kasi can, macam tak pernah bagi si Adam ni main playground lak. Bukan tak pernah tapi jarang la bawa dia ke playground padahal kat depan rumah ni je bukannya jauh, tapi sebab dia ni kalo dah dapat main takmo balik, pujuk lah cemana pun mesti akan disudahi dengan melalak, menjerit, meraung sampai satu taman boleh dengar dan terpaksa seret atau gendong balik ke rumah..kalo boleh tak nak la buat dia camtu kan. Kena tengok mood kalo nak bawa dia ke playground..bukan mood saya tapi mood dia. Kekadang tu terpaksa bodek bawa pi kedai beli eskrem ke, coklat ke baru dia nak masuk rumah..letih jugak kalo tiap hari camtu, boleh bankrup mak nak..

Dan semalam as expected perkara macam saya cerita kat atas tu berlaku tapi saya tak sempat gendong dia dah cabut lari..maka berlakulah adegan kejar mengejar kat playground..berpeluh jugak ketiak dah lama tak jogging..last last dia jatuh..tapi saya tak pulak tergerak hati nak cek ada luka ke hape, terus gendong bawa balik rumah..sampai lah time nak mandi dia melalak takmo mandi, sakit katanya..
pelik  mak..baru la nak tunjuk ada luka..ishhhh, kata anak jantan luka sikit pun takut mandi..mula la berdrama, nangis bagai..

Terpaksa la ibu balut camni sebab tak nak bagi kena air kononnya..

 Luka yang tak seberapa

Muka tahan pedih masa ibu sapu ubat..

Saya sapu aloe vera, memang cepat kering luka tapi pedih ckit laaa

Banyak kegunaan dia, dan memang berkesan terutama kalo kena air atau minyak panas, tak melepuh kulit dan cepat baik..

Itu baru sikit, kalo luka besar tak tau la cemane reaksi Adam. Dia ni memang manja sikit, sejak ada adik ni lagi la, nak perhatian dan manja lebih. Biasa la perasaan jeles dengan adik bercampur baur..kalo orang tanya sayang adik ke tak mesti dia jawab tak, tapi bila tengok adik takde depan mata sibuk mencari..tapi dari segi perbuatan boleh nampak dia sayang adik tapi malu nak cakap..:)

P/S : Ada ke abang yang tak sayang adik???

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...