Bloggers

Monday, July 9, 2012

Aqil termakan gel silica

Semalam saya tengah vacum kapet kat bilik, Aqil saya letak atas katil..nak di jadikan cerita dia duk merengek nak main kotak kasut dia yang saya baru beli 2,3 hari lepas..konon kasut raya la tu..saya pun tanpa usul periksa tentang kotak kasut tu terus bagi kat dia..memang saya lupa pasal gel silica kat dalam kotak tu..saya pulak sebab asyik dan kusyuk sangat memvakum sampai tak terjeling langsung ke arah si anak..

Bila da siap vacum baru la saya mendapatkan si anak bila terdengar dia macam terbatuk-batuk..sekali tengok dah bertabur gel silica tu atas katil..saya masa tu dah panik dah, tak tau nak gambar perasaan dan muka saya masa tu camne, dah la En hubby takde kat rumah..cepat-cepat saya korek mulut dia tapi takde ape-ape..bila saya kutip gel silica tu ada rasa basah kat mende alah tu, sah-sah la dia dah hisap benda tu kan..terus la gelabah beruk saya masa tu..

Lepas tu terus saya suap air masak kat dia..sebab takut dia dah hisap atau makan benda alah tu..still tak puas hati saya terus breastfeed dia sekenyang-kenyangnya sampai Aqil cakap dah dan turun dari riba saya..agaknya dia pun pelik kot tengok saya panik semacam..

Kemudian saya cepat-cepat google pasal gel silica ni, menurut sumber en google, gel silica ni menyerap
moisture dan tidak terlalu memudaratkan, paling-paling teruk pun dia akan rasa dehydrate..fuh lega sangat masa tu, muka gelabah beruk pun beransur reda..tapi still jugak risau kalau-kalau terjadi apa-apa nanti..so far Alhamdulillah takde jadi pape kat budak kenit tu, dia pun aktif , ceria dan makan serta menyusu macam biasa..

Nasib baik bila sms kat En hubby dia tak marah sebab kecuaian saya tu..dia suruh monitor je kalau-kalau si Aqil ada sakit perut ke ape..lega mak..adoiii la anak..macam-macam la kamu ini..

P/S : Agak-agak camne ek muka mak-mak tengah gelabah..saya pun tak tau muka saya camne masa tu..hihihi

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, July 4, 2012

Mari Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban - 4 Julai 2012

Sebaik masuk waktu maghrib pada malam ini, maka masuklah 15 Syaaban iaitu bersamaan dengan malam Nisfu Syaaban. Kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Antara amalan pada malam Nisfu Syaaban :

1. Setelah selesai solat Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati. 
2. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Membaca zikrullah dan berselawat ke atas nabi serta membaca Al-Quran

3. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

 - SUMBER : GOOGLE -
P/S : Semoga kita sama-sama memanfaatkan malam penuh keberkatan ini dan sama-sama beroleh rahmat dan keredhaan dariNya..InsyaAllah..Salam sayang dan selamat beramal :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, July 3, 2012

Ke Laut


Haaa..ape yang ke laut??? Mood berblogging 4,5 hari ni ke laut..setiap kali buka blog dan nak taip entry tetiba jadi blur, tak tau nak taip ape, malas pastu terus klik pangkah dan shutdown lappy...

Entah la, banyak benda yang saya fikirkan semenjak dua menjak ni..ecehhh..
Saya perlukan ketenangan... Rasa nak g satu tempat yang mendamaikan je, any suggestion?

Saya mohon maaf pada kengkawan blogger semua sebab 3, 4 hari ni tak terjah blog korang..kadang-kadang tu saya terjah tapi jadi silent reader je..Mood tolong lah datang balik kepada daku.. huhuh *________*

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...