Bloggers

Tuesday, September 25, 2012

Berapa banyak gula yang anda makan?


Dari gambar kat atas tu cuba kira berapa jumah gula yang korang ambil dalam sehari..tu pun bukan semua benda yang kita makan tersenarai dalam gambar tu kan..
Ish..ish..ish..kalo saya dah confirm-confirm 100-200 tsp gula setiap hari..har har har

Setiap pagi mesti amik susu pekat manis kalau minum kopi atau milo..kalau teh kurang sikit lah, kalo green tea lagi kurang.., nampak gaya kena minum green tea je setiap hari...belum campur dengan gula dalam mee goreng, roti canai, nasi lemak atau benda lain untuk breakfast kan..saya memang heavy breakfast boleh kata setiap hari..pastu jumlah gula untuk lunch ngan dinner dan makanan sampingan yang lain???? camne tuh kalo berterusan untuk 10 tahun lagi?????? Gua pikir lah sendiri...hik hik hik

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, September 14, 2012

Sejuk perut ibu mengandung..

Bila tengok gelagat anak-anak.. rasa sejuk perut ni.. mudah-mudahan membesar jadi anak-anak yang soleh..aminnn

dua beradik ni rajin berjemaah..hihi

tapi tak sure sape jadi imam..hehehe

kopiah pun dah nak tutup mata..huhuhu


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, September 5, 2012

Shiseido Peel Off mask

Sape pernah pakai masker muka shiseido ni? Saya sekarang pakai mask ni la dan sangat berpuas hati dengan kesannya..Ada 2 jenis mask yang saya dah cuba, black mask dan naturgo.. kedua-dua mask ni memberi kesan yang best dan saya suka sangat lepas peel off mask tu, blackhead dan whitehead semua keluar, kulit rasa lebih lembut dan halus serta lebih cerah dan tidak berminyak lagi..cewahhh dah macam iklan pulak..hihihi


Saya beli mask ni dengan sepupu saya masa balik kampung hari tu, dengan harga cuma RM2.50 sepeket..
1 peket mask tu untuk penggunaan sekali je kalau pakai untuk seluruh muka, tapi kalau pakai kat hidung je boleh pakai 3,4 kali..sangat jimat..biasa saya pakai scrub untuk muka, lepas pakai mask ni dah tak payah scrub lagi dah sebab rasa licin je kat kawasan hidung..sukeeee sangat tau..

Kat bawah ni gambar masker yang saya dah pakai..kalo korang teliti betul-betul boleh nampak ada bintik-bintik putih kat masker tu..lepas ni tak payah nak buat facial selalu dah, biasanya saya ikut MIL saya pergi buat facial 1 bulan sekali..hehe

Ni adalah masker yang pertama sekali saya pakai lepas beli dengan sepupu..memang keluar whitehead tu..sekarang ni saya pakai 2 minggu sekali..dan whitehead dah berkurang, tak banyak macam dalam gambar ni dah..best je rasa..


P/S : Kalo ada sesapa nak try boleh je order kat saya..atau nak order direct ngan sepupu saya pun boleh..dekat facebook pun ada orang jual masker ni..
Untuk kesan yang lebih optimum..wapkan dulu muka kita lebih kurang 10-15 minit dengan semangkuk air panas untuk membuka liang-liang roma, lepas tu baru pakai mask ni..hasil dia memang memuaskan.


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...