Bloggers

Tuesday, October 2, 2012

Air pancut Setia City Mall lagi

Bulan lepas sempat ke Setia City Mall lagi..saje bawa bebudak jenjalan..Adam suka kalo datang Setia City Mall ni sebab ada air pancut..Oleh sebab kami pergi malam so boleh la tengok air pancut yang dihiasi lampu berwarna warni..Kali ni sempat lepak lama dekat area air pancut tu, saje bagi budak dua orang tu puas tengok air pancut..agak-agak Adam dah macam bosan sebab jalan sana jalan sini baru kami balik..So sempat la amik beberapa keping gambar air pancut tu..macam-macam warna dan macam-macam corak..cantik sangat..








Pics blur-blur ckit sebab guna hp je..tak bawa camera masa tu..ramai jugak orang lepak-lepak aea tu..siap ada yang ambil video lagi..femes betul air pancut ni..hahaha

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, October 1, 2012

Khasiat minyak zaitun

Terbaca ni kat majalah rapi bulan berapa entah..rasa nak share pulak kat sini..sharring is caring kan..kat rumah ni FIL saya memang amalkan minyak zaitun dalam masakan dia..bukan dia masak lah tapi semua makanan untuk dia kena masak guna minyak zaitun sebab sebelum ni dia ada masalah jantung..dia guna virgin olive oil sejak tu..kami-kami guna minyak biasa je ler, bangkrupsi kalo semua nak makan olive oil..huhu

Terdapat 3 jenis minyak zaitun : 

1. Extra virgin Olive oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai dijadikan sos salad

2. Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

3. Olive oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuningan dan biasa diguna sebagai pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan itali

Penyembuh Pelbagai Penyakit


Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.


Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..lepas ni boleh la amalkan olive oil..pada pengalaman saya, saya pernah amalkan sapu minyak zaitun pada perut sewaktu awal pregnant smpi dekat bersalin, dan Alhamdulillah kurang strech mark yang timbul..bukan takde ye tapi tak nampak sangat la..guna yang brand Safi jer.. -__-

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Lunch ape korang hari ni?

Dah lunch ke belom? Saya baru je habis bersilat kat dapur..jap lg nak bagi anak-anak dan perut sendiri makan..sebelum tu, jenguk la belog kejap..belog korang-korang nanti petang sikit saya terjah..hari ni saya masak simple-simple je janji ada lauk yang anak-anak boleh makan..lauk tak pedas ler tue..hihi..

ikan goreng bersambal

sotong masak kicap

kacang panjang goreng bersama udang

Jemput makan ye semua..saya sebenarnya teringin nak makan laksa kat Tapah..tak tau la apa nama restoran tu, dia jual laksa letak fishcake atau fishball..En hubby la pernah makan kat situ, dah 2,3 kali dia singgah mkn restoran tu..tapi saya tak pernah ada kesempatan nak try..Ada sesapa pernah makan tak laksa kat Tapah tu?

Ni lah dia laksa tu...yang nampak macam daging kat tepi-tepi tu fishcake yang dibalut dengan kulit wantan..sedap En hubby cakap.. 

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...