Bloggers

Tuesday, October 9, 2012

Dah dinner ??


Ni dinner saya ngan anak-anak untuk malam ni..nasi goreng adabi, ikan selar goreng ngan sotong sambal.. budak-budak ni takmo makan nasi putih so goreng je lah nasi goreng adabi..paling cepat dan simple..diorang pun suka makan.. 

En hubby lak malam ni tak makan kat umah, ada member pancing ajak ngeteh pulak..so tinggal la kami tiga beranak..masing-masing dah menguap-nguap dan mengesel-gesel..hihihi..dah macam kucing pulak..

Okay lah, nak tidokan bebudak ni jap..kalo rajin jap lagi nak update citer sal kami ke Tambun weekend kelmarin..harap-harap rajin lah..hehehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, October 4, 2012

Kreatif tak ???

Cara terbaik untuk menutup makanan dalam bungkusan plastik supaya tak masuk angin. Boleh cuba nih sebab kat rumah banyak botol mineral yang tak diguna, selalunya masuk cik tong je lah..




Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, October 3, 2012

Pemeriksaan Testis @ buah zakar

Boleh sharing dengan suami, ayah, atuk, abang, adik lelaki dan semua lelaki ..tak boleh buat main-main ye..kanser ni terkenal juga dikalangan lelaki..bukan wanita je yang ada risiko kanser rahim atau payudara..semoga bermanfaat..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...