Bloggers

Wednesday, March 20, 2013

Karpet pakai losyen



Ni kerja anak bujang saya..
agaknya dia rasa karpet tu dah tak lembut sangat di tuangnya losyen atas karpet..
mula-mula macam nak buat eksperimen la kan sebab tuang kat menan dia tu..
bila nampak saya terus dia lap-lap kat karpet..sabo je lah...
Losyen pun dah tak banyak mana dalam botol tu, kalo banyak lagi mau sebotol di tuangnya..hohohoho


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, March 19, 2013

Rock Oo - Full Movie

Moh kita tonton movie ni cepat sebelum di delete.. tadi pun saya ada publish satu video citer ni gak, tak sampai 5 minit dah kena delete..sabo je lah..jgn marah ye abang Mamat Khalid..kekekeke


Selamat menonton..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, March 18, 2013

Mati itu pasti

Maghrib semalam saya dikejutkan dengan satu sms dari adik ipar saya di kampung tentang bapanya yang telah kembali mengadap Yang Maha Esa. Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 ptg semalam di Hospital Kota Bharu..

Gambar sehari sebelum arwah meninggal bersama adik ipar adik saya..( sy copy gambar dr fb dia )

Arwah Pakcik Mat Nor dah 3,4 hari masuk hospital sebab dia dah tak tahan menahan sakit kat rumah, dan perut juga semakin membuncit..menurut adik ipar saya, arwah abahnya ada penyakit barah hati, dan doktor sahkan hati dia dah tak function dah..doc cuma tebuk sikit kat perut dia untuk buang air dalam perut..

Kepada Ira, adik ipar ku dan juga adik beradik Ira yang lain..tabah dan redhalah dengan pemergian abah..setiap yang hidup pasti akan mati..sudah sampai masanya abah mengadap Ilahi..doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

Al Fatihah..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...