Bloggers

Monday, April 8, 2013

Jenjalan Kemaman lagi

Bulan lepas saya ngan anak-anak mengekor En hubby lagi ke Kemaman.walaupun citer dah basi tapi nk citer gak untuk kenangan...saya duk rumah pun takde buat ape kan, boleh la jenjalan walau cuma sehari je..penat tu penat jugak, tapi sebab kesiankan En hubby yang drive sensorang kami mengekor la sambil temankan dia..kebetulan pulak saya teringin nak makan nasi dagang Terengganu, so sambil menyelam minum air le saya..

Kami bertolak petang dan sampai sebelum maghrib, kali ni kami bermalam kat Hotel Shafura..sebelum ni pun kami pernah bermalam dah kat Shafura ni..hotel dia bersih dan selesa..diuruskan oeh beberapa wanita tempatan..

Harga bilik kat sini paling mahal RM150..

ni bilik yang kami sewa, ape yang dua beradik ni duk tgk saya pun tak pasti..

sebelah depan tu ada kabinet, peti ais dan sinki..

Lepas maghrib kami keluar makan kat restoran yang berdekatan dengan Masjid Geliga..lupe dah nama restoran..

jakun jap tengok ikan

kami makan telur dadar, sotong kicap feberet anak-anak

sup belut..saya mengidam..mantap jugak sup dia

kangkung belacan pun sedap jugak..dah dua kali kami makan kat sini sebenarnya..setiap kali makan try menu yang lain kan..semuanya sedap-sedap..lepas makan kami balik hotel dan rehat..anak-anak seronok la main kejar-kejar kat bilik..masing-masing dah puas tido dalam kete..

esoknya kami sarapan kat gerai ni..berhadapan dengan Shell..tak jauh la dari Shafura

yang bestnya kat sini sebab ada bermacam-macam makanan yang kita boleh pilih untuk breakfast..dari mee, nasi sampai la ke kuih muih..rasa nak makan semua kot..

saya makan nasi berlauk daging..

En hubby makan nasi berlauk ikang..ganu kang.. anak-anak makan nasi lemak ngan telur rebus

ni pun saya makan gak..cuma kuah dia cair ckit..sebenarnya teringin nak makan nasi impit ngan satay, laksam dan pulut ikan kering, tapi segan mak nak makan banyak sebab orang ramai plak tetiba..lg pn perut dah kenyang..

Oleh kerana segan, saya menapau nasi dagang ganu ni bawa balik makan kat bilik..keh keh keh
Lepas sarapan En hubby pegi setelkan keje dia kat KSB..kami melepak je la kat bilik...anak-anak tengok citer katun, ibu kemas ape yang patut sebab kul 12 nak checkout.

Sebelum balik snap gambar pintu masukShafura..keje snap gambar je lah..En hubby pun naik pening dengan karenah bini dia..sebelum balik singgah pasor ikang jap sebab nak beli beras nasi dagang..kami tak benti makan tengahari pun sebab kenyang lagi bekpes dah makan banyak, kami cuma benti kat RNR Genting Sempah untuk isi perut dan buat ape yang patut.

saya minum laicikang je kat situ..lama dah nak minum laicikang..sejuk tekak..

anak-anak makan nasi ayam tapi tak habis pun, En hubby yang habiskan

En hubby makan yong tau fu..teringin kot sebab dah lama tak makan, tapi kurang sedap sebab dia tak letak sos yang hitam tu..tapi habis jugak..

Macam ni lah kalo mengekor En hubby g mana-mana..keje makan je..penat jugak sebenarnya sebab satu hari je kan, tapi saya saje nak temankan dia takde la dia sensorang drive pergi balik ke Kemaman..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, April 7, 2013

Life Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ) 2012


Tinggal beberapa jam je lagi untuk Majlis ABPBH 2012 bermula..mesti korang semua tak sabar nak tengok dan nak tau sape pemenang kan..korang undi tak? Saya undi gak kat FB pages ABPBH. Sesaje suke-suke, saya tak kisah pun sape yang menang..

Kepada yang tak dapat nak tengok kat tv, anda boleh tengok online kat TV3 Tonton Online dan Laman Utama ABPBH, sila klik link kat bawah ni. Korang boleh tengok jugak acara karpet merah yang akan bermula pada jam 7 malam..ABPBH pula akan bersiaran pada pukul 9 malam..



Selamat Menonton..

P/S : Jangan kecewa pulak kalo artis yang korang minat tak menang, takde rezeki depa la tu..Saya rasa yang bakal menang Anugerah Bintang Popular mungkin Aaron Aziz atau Zizan..tapi saya vote Zizan.. (^_^)



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Selamat Pengantin Baru Usman dan Farah

Sebenarnya dah dua minggu lebih anak buah saya si Usman jadi suami orang, saya yang baru terhegeh-hegeh nak update citer..takpe la nak story jugak kat sini untuk kenangan kendian hari..saya agak malas sikit nak update belog lately ni..ntah la bila penyakit M tu datang memang tak leh buat ape la..

Anak buah saya ni selamat diijabkabulkan pada 23 Mac lepas kat rumah isteri dia kat Kampung Endah, Morib..Majlis berjalan lancar dan Farah sah menjadi isteri dengan sekali lafaz je..cayalah man..dah jadi laki orang dah anak buah saya...tak sangka lak mak ayah Farah ni pun Jawa + Kelantan jugak sama cam abang saya aka abah Usman ngan kakak ipar saya Jawa + Kelate..jom tengok gambar sepanjang hari akad nikah dan kenduri..

ahli rombongan masa akad nikah..saya tiada dalam gambar sebab masa ni tengah terhegeh-hegeh kat kete tunggu anak-anak pakai kasut..huhu

lepas dah bincang-bincang ape yang patut majlis akad nikah pun bermula..Usman muka berdebor..kikiki

sesi pembatalan air sembahyang..sarung cincin ngan gelang..

Salam cium tangan Encik suami..

Haaa..part ni ramai la duk menyakat..suh cium lama-lama la..tengok muka yang duk belakang tu..kemain lagi suke korang ye...

Berseri-seri di hari bersejarah..oh ya, Farah ni pandai buat kek tau korang..kek untuk hantaran dia buat sendiri...kira bisnes dia ngan mak dia la amik tempahan buat kek, selain kek ada chesse tart, creampuff , cupcake dan maca-macam lah..

my mum kat tengah tu tak tau la tengah menung ape lepas cucu dia lagi sorang dah selamat kawen..hehehehe

Usman dengan abang dan kakak ipar saya

Ni hari esoknya kenduri kat rumah Farah..saya tak terhegeh-hegeh dah hari ni, saya kat depan sekali sambil dukung Aqil dan snap gambar..

Sanding sambil telinga bingit dengan lagu kompang..geng kompang masuk dalam rumah dan main sampai 3 lagu kot..saya pun sakit telinga sebab kuat sangat..sabor jelah

Lepas dah salam-salam pengantin dan amik gambar  2,3 keping kami pun keluar utk menjamu selera..my mum pun dah kelaparan..yang baju merah tu my lil brother, yang berdiri tengah amik lauk abang saya yang sakit kanser tu..Alhamdulillah hari tu dia sihat dan boleh attend kenduri..

Baru lepas makan eskrem..Adam seronok sebab dapat makan eskrem sampai 3 kon..nasi makan sikit je...godie bag pulak ada telur nga jeli..

Yang Aqil pulak makan sikit jugak, sibuk nak main cawan je..ingat boleh wat telepon ke dik oi...

Kepada Usman dan Farah, Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga..semoga rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat..dan moga cepat timang baby..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...