Bloggers

Friday, March 14, 2014

Doa untuk MH370

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..Dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang di udara..



Doa saya semoga MH370 akan dapat ditemui dan semua penumpang, pilot dan cabin crew selamat kembali kepangkuan keluarga mereka..Aminn



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 7, 2014

Resepi : Kuih koci labu

Salam Jumaat yang mulia..penghulu segala hari..ku ke udara belog lagi hari ni..cewah mood rajin ngapdet la konon ni..hari ni nak share kat sini resepi kuih koci labu..mungkin ada antara korang yang memang dh tau resepi dan selalu buat kuih ni kan..tapi takpe lah saya nak share jugak..kot2 di masa akan datang terlupa resepi boleh refer sini ye dak..hehehee

Antara bahan yang kita perlukan ialah seperti berikut ya puan puan..
1. Tepung beras pulut
2. Sebiji labu..kupas kulit, potong kecil dan direbus/kukus sampai empuk..kemudian toskan air dan lenyek2 labu tersebut
3. 1 cawan Santan ( saya guna 1 santan kotak)
4. 2 cawan Kelapa parut
5. 1 cawan Gula merah
6. Sedikit garam
7. 2 helai Daun pandan
8. Daun pisang ( dipotong dan di sapu minyak)
9. 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Step 1 - Proses penyediaan inti
1. Kelapa parut dimasukkan ke dalam periuk bersama gula merah dan daun pandan..ikut citarasa korang nak manis atau kurang manis..masak atas api sederhana sampai gula merah dan kelapa sebati. Kalo taknak manis sgt guna 3/4 cawan je gula merah tu.

2. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk. Lepastu bulat bulatkan inti tu lebih kurang sebesar duit 10 sen..macam gambar kat bawah ni

Step 2 - Proses penyediaan santan
1. Masak santan kat atas dapur..terpulang pada korang nak santan asli atau kotak..saya just guna santan kotak je..

2. Masukkan garam dan daun pandan

3.Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dan masak sampai santan tu kelihatan meletup letup dan tutup api..jangan sampai pecah minyak..

Step 3 - Proses membancuh tepung dan membungkus
1. Bancuh tepung bersama labu yang telah direbus dan dilenyek tadi..pastikan tidak terlalu lembik dan tidak melekat kat tangan..kalo still melekat tambah sedikit tepung lagi..saya punya adunan tu melekat gak la sikit kat tangan..

2. Ambil sedikit tepung dan letakkan di atas daun pisang..ingat ye daun pisang tu kena sapu minyak, kalo tak tepung ni melekat kat daun dan susah nak bentuk dia jadi bulat..amik satu inti yang dibulatkan tadi dan balut inti tu ngan tepung..tolakkan tepung tu ngan daun pisang sampai jadi bulat dan cover semua inti..pastu curahkan santan yang dah di masak tadi kat atas tepung yang dah jadi bulat tu..ikut step dalam gambar kat bawah ni..

3. Balut kuih koci korang cantik cantik dan susun dalam pengukus..saya tak reti sangat bab membalut ni sampai ada gak la santan yang meleleh keluar..asal kuih koci tak terkeluar sudah..macam balut nasi lemak pun boleh..kikiki.. susun sampai habis kuih koci tu dan kukus sampai keluar wap..sebelum tu jangan lupa panaskan air dalam pengukus..


6. Dan inilah hasilnya kuih koci labu kegemaran saya..sedap tau korang...kenyal kenyal gitu..selamat mencuba...

Jumpa lagi di lain entry uollsss..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, February 27, 2014

Memancing kat kolam siakap RM3 Banting

Apa khabar semua rerakan belog..harapnya semua sihat..entry pertama saya di tahun 2014..hihihi..macam ni lah kalo rajin sangat update belog kn.. okeyh..hari ni nak citer sal saya ngan anak anak mengekor En hubby g mancing kat kolam siakap di Banting baru baru ni. Biasanya orang panggil kolam ni kolam 3 hinggit sebab bayaran nak memancing hanya rm3. Tapi ikan yang dapat tu kita kena bayar dan bawa balik la. Ada jugak pakej untuk memancing suka-suka ie catch and release..dengan bayaran RM50..

Bergerak dari rumah seawal 7.30 pagi..dan sampai kat kolam lebih kurang pukul 8 lebih..sebelum tu sempat menapau nasi lemak untuk bekfes..kat kolam ni sebenarnya bukan ada siakap je..tapi ada jugak lelain spesis macam kerapu, jenahak, siakap merah, GT dan senangin taiwan. Sejak saya kenal En hubby makin banyak spesis ikan yg saya kenal..kalo dulu yang ku kenal hanya kembung, selar, cencaru je..muahahahaha..


Suasana sekitar kolam masa kami sampai..tenang je rasa..boleh hilangkan sekejap stress bekerja..tapi aku tak keje pon..kikiki..stress nga keje umah je ler kononnya.. tak ramai lagi pemancing masa ni..tapi tak lama lepas tu tak putus putus orang datang macing sini..ada yg datang ngan memember..ada yg dtg ngan family..mak ayah semua..seronok jugak..


Yang paling teruja dalam aktiviti mancing kali ni sebenarnya ialah Adam..sejak En hubby bagi dia peluang untuk mendaratkan ikan dan dia berjaya menaikkan ikan tersebut.. ayat gue dah macam buat karangan masa PMR.. dia jadi teruja dan seronok nak mancing lagi..amik kau kena karen ikan orang kata..kali ni pun En hubby cuma hook kan ikan dan seterusnya Adam yang karau bawa naik ikan tu..aiii..seronok la dia..siap ajak datang lagi lain kali..sabo je lah..

Alhamdulillah..rezeki kami untuk hari tu, hasil pancingan bersama Adam dan En hubby..dapat le 2 ekor ikan siakap dan sekor ikan senangin taiwan yang color gold tu..dah selamat masuk perut dan dikumuhkan balik dah pun ikan ikan ni sebenarnya..huhihuhi..sedap dimasak stim dan 3 rasa..tak rasa sangat hanyir atau pahit..biasakan kalo ikan kolam rasa hanyir ckit..kalo ada rezeki boleh datang mancing sini lagi sambil santai-santai release stress..ok lah, sekian untuk kali ni..kepada En hubby yang suka stalk belog ni..nah i dah update ok belog ni..jumpa lagi di lain entry..adios amigos..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...