Bloggers

Thursday, June 11, 2009

Adam 2 months old..

Semalam genaplah 2 bulan usia anak ibu ni..tapi belum lagi pegi cucuk untuk 2bulan..appointment sepatutnya 23hb ni sebab ibu n Adam still lagi kat kampung but ibu ingat nak bawa Adam tumpang cucuk kat klinik kesihatan kat sini next Tuesday..my SIL pernah bawa anak dia tumpang cucuk kat situ..masa cucuk 1 bulan nurse dah pesan jangan lewat sangat sebab nanti 3 bulan nak cucuk lagi..So perkembangan Adam setakat ni..

- Dah boleh nampak dengan jelas..kalo lalu depan dia mesti dia akan ikut dengan anak mata dia..

- Dah pandai senyum kalo di agah..especially pagi time dia baru bangun tido..kalo dia puas tido mesti senyum meleret n mulut mesti nganga - nganga n muncung-muncung nak borak ngan kita tapi dalam bahasa dia la..kuar la suara jantan dia tu..cute sangat..hehe

- Suka sangat tendang tendang especially time nak tukar diaper..kuat dah kaki Adam ni..

- Dah takde berjaga malam..actually sejak balik kampung ni Adam langsung tak pernah berjaga malam..tak macam masa dalam pantang dulu,kalo bangun nenen pukul 12 mesti pukul 3 or 4 pagi baru dia akan tido balik..sekarang just bangun untuk nenen je 2,3 kali pastu dia akan tido balik..good boy, ibu pun boleh tido dengan aman..hehe

- Bila nak tido suka gosok mata n telinga ngan dua-dua tangan dia tu..kadang-kadang mata dah pejam tapi tangan tak duk diam..last-last ibu kena pegang tangan Adam n dodoi-dodoi kejap sampai Adam lena..

- Kalau Adam tak tido dia tak suka baring je lama-lama mesti nak suh orang angkat..mula la merengek..bila angkat n duduk kan dia terus senyap..kalo dulu elok je baring lama-lama n merengek time nak nenen je..

- Kepala dah boleh lift up sikit tapi belum kuat sepenuhnya..

- Time mandi baik je..sangat senang nak mandikan Adam sebab dia tak banyak
bergerak bila dalam air n tak pernah nangis kecuali kalo mandi air sejuk..huhu..

- Yang penting sekali Adam tak banyak songeh..just merengek time lapar n ngantuk je..


Jom tengok pictures Adam yang dah 2 bulan ni..

Anak ibu tengah syok tido..


Lepas nenen baru buka mata besar-besar..


Kat bawah ni plak pictures Adam yang baru bangun tido tapi riang gumbira bila di agah..









Love u soo much sayang..be a good boy ye sayang..papa mesti rindu giler kat Adam sebab dah dekat 1 bulan tak jumpa Adam..papa tak dapat balik kampung hujung minggu sebab lately ni terlalu banyak kerja yang papa kena settlekan..even sekarang ni papa kat Penang with his bos to settle a few jobs..harap papa boleh bersabar untuk sedikit hari lagi..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, June 7, 2009

Adam tak Poo Poo..

Alkisahnya semalam ibu bawa Adam gi klinik sebab dah 3 hari Adam tak poo poo..last skali Adam poo poo petang Rabu. So semalam doktor cucuk ubat kat bontot Adam. On the way balik tu Adam terus poo poo tapi cair tak macam biasa..mungkin sebab dah 3 hari kat dalam perut..sampai bocor pampers yang Adam pakai..doktor bagi jugak ubat untuk Adam minum..ubat tu macam air gula doktor tu kata & kena makan sampai Adam poo poo macam biasa..
Ibu pun tak tau kenapa sebab sejak dalam pantang Adam tak pernah macam ni..biasa Adam mesti poo poo paling kurang sekali sehari..Adam cuma minum susu ibu, kadang-kadang je ibu bagi air masak sebab lidah Adam putih..takut nanti Adam sakit lidah plak..
Ibu-ibu kat luar sana, ada tak baby you all yang pernah tak poo poo macam Adam ni sampai 2,3 hari? Ibu pun takde makan yang pelik-pelik..ibu pun tak berani lagi nak makan macam-macam takut effect kat luka czer n takut Adam kembung or CB..tapi lain plak jadinya..kalau ada sapa-sapa yang nak share info atau petua,harap boleh tolong saya..
Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, May 31, 2009

Keluhan Hati Seorang Papa....

Sms yang ibu terima daripada papa Adam selepas papa pulang dari berkursus selama 1 minggu di Singapura...

Mak tanya.." Long, ko tak rindu kat Adam ke?"
Lalu aku berlari ke atas dengan tangisan hiba. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya aku terhadap anakku..Adam.

Malam tadi sejak dari dalam flight lagi hatiku sebak dan hiba, ku lihat pasangan disebelahku..comel anak mereka kata hatiku..sepanjang perjalanan si ayah lah yang bermain-main dengan si kecil itu, hadir kerinduan yang amat sangat dalam diriku. Di saat itu alangkah bahagianya jika aku boleh mendukung dan mengacah Adam sebegitu..

Kerinduanku terhadap anakku semakin dalam..sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku senantiasa teringatkan Adam. Sebaik melangkah masuk ke rumah aku terus naik ke bilik..tujuanku hanya satu..inginku menatap gambar anakku di dalam laptop di bilikku..Ya Allah..Adam, papa sangat rindu kat Adam...

Sebaik selesai cpu memproses lalu muncul gambar anakku..jelas terpapar di skrin laptop..Adam..lalu tanpa ku sedari airmata kerinduan seorang bapa mengalir tanpa henti hingga aku terlelap pada entah jam berapa..Adam..saat ku coretkan rasa hatiku ini tangisan kembali membasahi pipi...

Setiap saat semasa aku di luar negara, kerinduanku terhadap anakku mendorongku agar tetap tabah..aku ingin pulang ke Malaysia, anakku menungguku...bentak semangat dihatiku..Ku tatap gambar anakku, ku cium skrin laptop itu seumpama aku mencium anakku..terubat sedikit rinduku pada Adam..

Ku hitung hari demi hari dengan tabah..kadang-kadang aku gembira kerana kelihatan di kalendar hari itu semakin kurang. Jauh di sudut hati ku aku kurung rasa hibaku..aku cuba berlagak seolah aku tidak kisah biar pun anak dan isteriku tiada di sisi..namun hanya Tuhan yang tahu penderitaanku setiap malam pabila kerinduan datang dan menegurku..

Walaupun hatiku sedih luluh berderai jatuh umpama jatuhnya titis air mata..namun terpalit rasa gembira kerana telah ku jalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami dan seorang bapa dengan baik..debik dadaku berkata barangkali aku lah bapa paling cekal di dunia..ku kesat air mataku saat Zul tiba menjemputku di airport..

Coretan hatiku ku hentikan seketika..sedih hatiku ku selingdungkan dengan fokusku pada kerja. Tapi jauh di sudut hatiku aku tahu malam nanti pasti air mataku bergenang semula...Semuanya kerana rindu yang teramat sangat kepada anakku Muhammad Adam Harith dan cintaku pada isteriku Yusnida Mohamed...

2 Jun 09..1.00am
Mataku terasa berat sekali, aku cuba untuk melelapkan mataku..tapi setiap kali itulah bayangan Adam menjelma..Adam, papa rindu sangat kat Adam..Bila Adam nak pulang sayang..sekali lagi air mata ku gugur..air mata seorang bapa yang amat merindui anaknya...

Ku tatap gambar anakku di skrin laptop..kata hatiku ingin sekali aku mendukung Adam, mencium pipinya, mendodinya sehingga dia tidur..2 minggu berjauhan terasa bagai setahun..masa-masa yang berlalu tanpa anakku disisi terasa begitu perlahan..

Malam ini terasa cukup panjang..terasa sangat sayu..Bergenang air mata di kelopak matku. Aku cuba bertahan namun terasa sukar..Terasa sukar untukku meneruskan hidup tanpa anakku..Setiap saat aku terbayangkan wajah anakku yang baru pandai tersenyum..Alangkah bahagia diriku saat itu..

Tapi kini hidupku kosong, aku memperhambakan diriku kepada kerja..kerana aku cuba meneruskan hidupku..Tanpa Adam di sisi..Biasanya setiap kali pulang dari kerja pasti aku ingin segera pulang untuk menatap wajah Adam..Kini aku berlengah pulang..malah ada kalanya aku tidak ingin pulang..

Aku tidak ingin pulang kerana terlalu banyak memori dirumah..Hatiku berderai pabila ibuku berkata.. "Telefonlah Yus tanya Adam macam mana, cuba amik berat sikit.." Menangis aku sendiri..mungkin ibu tidak tahu keperitan yang aku lalui..mungkin wajahku tenang dan kelihatan bersahaja namun hatiku..hanya Allah yang tahu..

Tidak ada sesiapa pun yang tahu aku merintih pilu berlinangan air mata setiap malam menunggu kepulangan anakku..Ku tatap gambar anakku..wajah comel Adam menghiasi setiap sudut mindaku..Gugur lagi air mataku..3 minggu lagi..19 hari lagi..476 jam lagi..Yang tinggal pada diriku hanya jasad..Semangatku telah hilang sejak Adam meninggalkan aku..

Jika Tuhan memberiku pilihan "Mahukah kau berjumpa anak mu dengan pengorbanan nyawamu ku pendekkan 10 tahun?"..Nescaya aku terima asalkan dapat ku bertemu anakku. Sengsaranya seorang yang baru mengenal erti menjadi bapa namun hanya seketika pabila dipisahkan dari anaknya..baru ku mengerti..

Muhammad Adam HArith..papa sayang kamu..Ya Allah, aku bermohon padaMu..lindungilah anak dan isteriku..jauhi mereka dari bencana dan azabMu Ya Allah..murahkan rezeki mereka Ya Allah..tempatkan mereka dan lindungi mereka seperti mana Engkau melindungi orang-orang yang beriman padamu..Aku bermohon padaMu Ya Allah..Amin..

P/S: Sian papa..maafkan ibu sebab bawa Adam balik kampung lama sangat. Ibu just nak amik peluang ni ( sebab dah tak kerja ) duk lama sikit kat kg..lepas ni entah bila plak boleh balik kampung lama-lama..ibu pun tak sanggup berjauhan ngan papa lama-lama..rasa tak lengkap famili kita bila ibu hanya berdua dengan Adam je..huhu..nasib baik papa bz ngan keje sepeninggalan ibu n Adam ni , kalo tak mau kurus papa sebab asyik merenung nasib je..hehehehe
Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...