Bloggers

Friday, May 4, 2012

Nasi kerabu chomey + battleship

Kononnya nak tengok wayang cite battleship ni kat The curve tapi cuma ada satu tayangan je 1 Mei hari tu dan lewat sangat waktu tayangan pukul 10.45mlm..kalo bujang boleh la redah tapi sebab bawa anak-anak terpaksa kansel..last-last kami pegi makan nasi kerabu ngan laksam kat restoran chomey ni..plan asal lepas tengok wayang nak makan meatball kat ikea..pun terpaksa kansel jugak sebab perut dah lapar sangat masa tu pukul 3 petang belum lunch..padahal takde la jauh no ikea tu tapi sebab dah tak larat nak jalan redah je restoran yang ada..


Mantap dan lazat jugak nasi kerabu dan laksam dia..anak-anak pun suka makan laksam..kami siap order 2 mangkuk laksam dia..kalo sape-sape teringin nak makan nasi kerabu dan laksam boleh la ke restoran chomey ni..

Nasi kerabu complete dengan ayam percik, telur masin dan solok lada..mantap

Laksam yang lazat..peberet saya dan En hubby, tak sangka anak-anak pun suka

Memang dah rezeki kami hari tu dapat tengok wayang battleship ni kat space u8..saya dah takde mood sebenarnya sebab semua plan terpaksa kansel, tapi En hubby jenuh memujuk untuk tengok kat space u8, mana lah tau still ada tayangan kat situ katanya..dan memang tepat sangkaan En hubby..masih banyak tayangan kat space u8..so battleship la kami pukul 8 malam tu..thanks En Hubby.. (*___________*)

Space U8 ni agak boring sebab tak banyak lagi kedai yang buka

Battleship yang best

P/S : Ada lagi satu movie saya teringin nak tengok..The Vow tapi tayangan memang dah habis lama dah..tunggu balik kampung cuti sekolah nanti nak tengok kat kampung sebab adik saya kaki download movie free..hehe..
ye la kat Kota bharu mana de panggung wayang kan so download je ler kejenye.. ;)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, May 1, 2012

Selamat hari buruh

Kepada semua yang bekerja.. enjoy your day..

Saya baru balik dari Pangkor..penat tak habis lagi.. tapi jap lagi nak keluar tengok wayang ngan terchentas..

see ya !

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, April 27, 2012

5 jenis minuman penawar racun dalam tubuh

1. Air Kosong
Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.

2. Air Kelapa Segar
Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.

3. Jus Labu
Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau
Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.

5. Jus Oren
Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...