Bloggers

Wednesday, May 30, 2012

Balik kampung..ooo..balik kampung

Beberapa jam je lagi saya, En hubby dan anak-anak akan bertolak balik ke Kota Bharu..
Uollss semua dah balik kampung ke cuti sekolah ni..ke bawa anak-anak jenjalan kat mana-mana?
Harap-harap jalan tak jem la sebab weekdays kan..
Saya dan En hubby sepakat nak balik malam sebab anak-anak akan tido so aman la sikit perjalanan nanti..
Semoga kami semua selamat sampai ke destinasi.. :)

barang semua dah siap packing dari malam tadi, punya la semangat :)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, May 27, 2012

Makan steamboat di Restoran Tupai-tupai

Sempena birthday saya dan juga anniversary perkahwinan saya dan En hubby yang jatuh pada bulan ni, saya belanja En hubby dan anak-anak makan kat sini minggu lepas..Rupanya restoran ni bukan menghidangkan menu steamboat ea.. ala carte, western dan chinese food pun ada..tergoda jugak bila tengok waiter tu hantar lamb chop dengan grilled fish kat meja sebelah, harus cuba satu hari nanti.. :)


Restoran Tupai-tupai yang terletak kat Seksyen 13, Shah Alam ni dah lama jugak buka, cuma ni baru berkesempatan terjah..padahal selalu je lalu depan restoran ni.. Kalau nak ke cawangan dia yang kat KL nun macam jauh la pulak kan..

Bekas habuk rokok yang comel

Ni la yang kami makan..kami tak amik banyak sangat seafood sebab anak-anak dan En hubby lagi suka makan yang jenis fishball atau fishcake tu :)

Sup yang putih tu sup ayam untuk anak-anak sebab tak pedas kan, yang merah tu sup tomyam kelapa..tapi kelapa dia tak rasa sangat pun..rasa dia pun boleh la, takde la sampai menjilat jari



 Nyam-nyam..makan sampai muncung mulut

Ni rasanya pinggan terakhir yang kami ambil

Selain tu ada juga hidangan sampingan yang disediakan seperti nasi goreng, kuey tiaw goreng, laksa goreng, sandwich, kek, buah-buahan, bubur nasi, sup cendawan, dan aiskrim..air pun ada 3, 4 jenis jugak..saya suka air sirap bandung dia, 3 gelas jugak saya minum..hehe

Nasi, kuey tiaw dan laksa goreng agak sedap jugak, tapi tak berani nak ambil banyak takut tak habis, so ambil serba sikit (laksa dah licin dimakan Aqil)

Tersengih kekenyangan

Sesapa teringin nak makan steamboat boleh la cuba kat restoran ni..harga untuk buffet steamboat RM29 per person untuk dewasa..kanak-kanak umur 0-4 tahun tak payah bayar..boleh makan sampai pengsan.. :)


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, May 26, 2012

Happy 4th Anniversary

Semoga hubungan suami isteri dan rumahtangga yang telah dibina selama 4 tahun ni akan terus kekal ke akhir hayat..
Terima kasih atas segala-segalanya... sayang kamu sangat -sangat..mmmuuuaaahh

Dedicated this song to my dear En Hubby :)



Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...