Bloggers

Thursday, October 25, 2012

Jom balik kampung

Masa entry ni di published saya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung..saja buat entry auto published supaya belog ni tak la sunyi sepi kan..tak sabar sangat rasanya nak balik ke kampung jumpa ore kapung da famili tercinta yang sangat-sangat di rindui..lama dah tak balik, last balik bulan 6 masa cuti sekolah..

Rindu dengan semua yang ada di kampung terutama ma tercinta..abang - abang, kakak, adik - adik, anak-anak saudara, pakcik, makcik, jiran-jiran, ayam itik, kucing, masakan ma, jenjalan kat pasar borong, jenjalan kb mall, lokching dan macam-macam lagilah.. banyak nya benda yang saya duk fikirkan nak buat masa balik kampung ni..tapi saya tau masa mesti cemburukan saya.. kalau balik setakat 4,5 hari tu apalah yang boleh di buat pun..berborak saja dah amik masa tiap-tiap hari..banyak benda yang nak di borakkan kalo dah kumpul semua kan..hehehe..

Apa-apa pun doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi..korang balik kampung ke Aidiladha ni??
Untuk yang balik kampung tu pandulah kenderaan anda dengan berhemah..biar lambat asal selamat.. kepada jemaah-jemaaj haji..selamat menunaikan fardhu haji..semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing nanti..saya akhiri entry ni dengan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha..maaf zahir dan batin.. (^_^)




Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, October 24, 2012

Perhatian kepada pengguna produk Acai beri



Sape ada makan produk acai beri ni..sila take note ye semua..Ni keratan surat khabar Metro hari ni.. Dah dua kali keluar berita pasal produk pelansing Acai beri ni.. Minggu lepas kalo tak silap paper Metro hari Jumaat 19.10.12.

MIL saya pun makan sebenarnya acai beri ni..dan dia baru je beli botol ke tiga minggu lepas.. baru je makan 2,3 biji..sayang je..sebab bila dah keluar berita ni, tak berani la dah nak makan..berani mati betul kalo teruskan makan jugak kan..

Tapi produk ni betul-betul berkesan ke? Masa MIL saya start makan tu, bulan puasa..turun jugak berat dia 2,3 kilo..sekarang dia kata macam takde turun dah..just maintain je.. Ada jugak member-member saya yang makan..diorang kata biasa la produk yang berkesan biasanya memang mengandungi bahan berbahaya..gilo ko apo..tak sanggup la den..biar la gemuk pun daripada membahayakan kesihatan..lebih baik diet secara sihat ngan excercise..rasanya itu lagi elok kot daripada makan produk yang ada bahan berbahaya kan.. tepuk dada tanya hati.. (^_^)

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Kelebihan berpuasa pada Hari Arafah


P/S : Hari Arafah pada tahun ini iaitu 9 Zulhijjah 1433 jatuh pada esok hari bersamaan 25 Oktober 2012..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...