Bloggers

Wednesday, November 13, 2013

Fish and chips dan resepi

Selamat pagi semua..hari ni saya nak citer pasal saya masak fish and chips uollsss..1st time sebenarnya, kecoh je kan saya ni orang lain pun masak fish and chips jugak..hihihi...

Sebenarnya kebetulan je, En hubby g mancing dan ada la 7,8 ekor ikan dia bawa balik..pastu katanya ikan belitung aka dorado tu sedap kalo buat fish and chips..so gigih la saya potong ikan tu dan buang kulit sebab nak amik isi dia je.

Meh tengok bahan bahan dia kat bawah ni..saya share ngan korang resepi dia..yang paling senang dan simple lah..versi saya hokeyyy...
Bahan yang diperlukan ialah isi ikan lah kan..make sure buang sisik, kulit dan tulang dia sekali..ikan yang saya guna ialah belitung aka dorado.. selain dari tu boleh gak guna jenahak dan kerapu.

Isi ikan tu diperap dengan serbuk lada sulah, blackpepper..kalo takmo pedas tak payah bubuh.. dan sedikit garam..

Kemudian amik sebijik telur dan pecahkan dan pukul ckit..untuk mencelup isi ikan tadi..

Bahan terakhir ialah tepung goreng ayam.. atau tepung serbaguna. Oleh kerana takde breadcrumbs kat rumah..makanya saya guna tepung ni je..

Kemudian celupkan isi ikan dalam telur..golek golek ckit bagi telur melekat dan meresap.. Sementara tu boleh la panaskan minyak dalam kuali..pastikan minyak banyak ye..ala ala macam deep fry la

lepastu golek pulak dalam tepung tadi..biar semua isi ikan diliputi tepung..

kemudian ulang balik golek dalam telur dan tepung..bila minyak dah betul betul panas, goreng isi ikan tu sampai masak dan garing..

nampak tak warna dia dah keperangan kan..bila dah masak angkat dan toskan minyak..

tadaaaa..dah siap, boleh dimakan dengan fries, sos dan mayo...fries tu pandai pandai la korang goreng sendiri ye..selamat mencuba


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, November 12, 2013

My new babies

Korang jangan silap paham ye..bukan anak baru tau..tapi ...
pokok kaktus..weeeeee

Beli masa g cameron baru ni..masa cuti Awal Muharam tu..dah tak tau nak beli ape untuk diri sendiri..so beli kaktus sajo..harapnya panjang umur la semua kaktus ni..sebelum ni pun pernah jugak ada kaktus tapi semua mati..kesian..

nampak tak yang kat depan belah kanan tu ada bunga..cantik walaupun bunga cinonet je..tak sabar nak tunggu yang lain pulak keluarkan bunga..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, November 3, 2013

The Red Warrior...Semoga Berjaya !!!

Buat semua pemain pasukan Kelantan..lakukan yang terbaik pada malam ni...kaloh mene adat tanding ko guano..kami sebagai rakyat klate dan penyokong TRW mengharapkea persembahan terbaik daripado semua pemain..semoga Piala Malaysia sekali lagi menjadi milik TRW.. GOMO KELATE GOMO


P/S : Kalau tengok ke gambo tu sah sah la gajah yang menang kalo lawan kijang..ye dak...ape ape pun This is Pantai Timur..ekekekekke


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...