Bloggers

Tuesday, December 31, 2013

Hari pertama bersekolah

Diam tak diam dah nak masuk 5 tahun umur anak bujang sulung saya..rasa macam baru lagi mengandungkan dia..rasa cam dia baby lg..hihihihi..naluri seorang ibu memang camtu kot..sentiasa rs anak anak dia macam baby lg walaupun dh besar panjang.

Saya daftar Adam kat Tadika ABS Genius Caliph Centre..cawangan Alam Budiman ni. Dekat je ngan rumah..tak sampai 5 minit dah sampai tadika..jalan kaki pun boleh..so semalam dah start la alam persekolahan Adam. Untuk minggu ni pihak tadika buat macam orientasi la untuk suaikenal..mgu dpn baru start ikut jadual sbnr.

Persiapan untuk Adam bertadika ni takde la banyak mana pun..cuma beli beg dan alat tulis ckit. Yang penting beg nak gambar Minions peberet dia tu..ala makhluk kuning dalam citer katun Despicable Me yang makan pisang tu..uuuiii..kemain minat uolls dia ngan makhluk ni..semua nak gambar mende alah tu..dari beg..pensel box sampai la ke pensel pemadam sume..nasib baik pensel warna xde gmbr minions..baju yang pakai hari hari tak yah citer la dah tak tau brape lai dah baju gambar minions ni..gasak la yang penting Adam bahagia..
beg sekolah minions

Hari 1st bertadika Adam nampak excited la..Alhamdulillah senang je nak kejut bangun pagi..pukul 7.45 bangun mandi, bersiap dan bekpes..yang penting bekpes botol susu ko..hahahaa.. tak tau la bila baru boleh berpisah ngan botol kesayangan dia tu.

Untuk hari 1st saya ngan En hubby anta dia sekali ke tadika..Aqil pn mengekor je jadi tukang sibuk kat tadika tu..kebetulan pulak dia bangun awal..terpaksa la hangkut je utk mengelak drp berlaku drama swasta kat rumah..Saya tunggu jugak la kat situ setengah jam sambil snap gmbar..hihihi..bila diorang dah start beratur nak baca doa semua sy balik..jom tengok gambar yang saya sempat snap..

Orientasi kat tingkat 2. Aqil yang sedang menyibuk..macam dia pun sekolah je..hihihi

Antara rakan sebaya Adam. Kat atas ni ada satu slot untuk anak anak bermain..selain kelas tadika, Genius Caliph Centre ni ada jugak perkhidmatan nurseri@daycare.

En hubby tengah bagi nasihat kat Adam dan sepupu dia Qaseh..konon konon kalo diorang rajin belajar..rajin g sekolah nanti dapat hadiah..kekekeke

Orientasi bermula..jangan tak percaya kat tadika ni ada 2 orang cikgu lelaki..saya pun 1st time kot tengok tadika ada cikgu lelaki..cikgu lelaki ke pompuan tak penting..yang penting diorang terlatih untuk handle dan ajar anak anak ni semua..dan yang paling penting jugak Adam terus bersemangat dan seronok nak g tadika dan belajar..ok lah..dah panjang lebar citer ni..next time saya story mory lagi pengalaman Adam bertadika ni..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, December 27, 2013

Lunch di Nemo's Fish and chip Cafe

Hai korang..lamanya blog ni terbiar..lappy ku rosak..anto kat HP tower repair kipas nga speaker. Nasib ada warranty lg sb masa beli amik extra warranty skali..so selamat le duit eden kan..hihihihi..tapi tak tau le bila siap..dah 3 miggu kot anta repair..huhhuu..sabo je lah..

Haa..ni nak citer sal makan fish and chips lagi kat korang..2 mgu lepas kot dah lupe dh..kitorg bawa anak anak lepak kat opis En hubby..sebenarnya bukan lepak kat opis pn..tak naik pun opis tapi singgah untuk tengok ikan dan makan je kat Plaza Mont Kiara tu.


Anak anak saya ni kalo datang opis En hubby akan jadi satu kemestian.. mesti diorang nak tengok ikan koi kat kolam bawah opis En hubby..kat bawah opis tu ada banyak gak la restoran yang menarik..salah satunya Cafe Nemo' s fish and chips ni.

Sambil anak anak tengok ikan kami melantak la kat situ. Hari tu saya try ikan dory..agak menarik dan mengenyangkan dan yang penting sedap..puas ati kot dgn harga dia RM18.++

Untuk fish and chips tu, ikan yang diorg guna adalah berbeza ikut hari..ada 3,4 jenis gak la cam dory, jenahak, dorado, kerapu..harga pun berbeza jugak ikut jenis ikan yang kita nak..


Nampak tak dalam gambar tu..besar ko portion ikan dia.. jenuh gak nak habiskan dengan fries lagi.. last sekali fries tu anak anak saya bagi ikan ikan tu makan..

En hubby plak makan spageti seafood marinara..sedap jugak.. ada sotong, udang dan isi ikan..semuanya fresh..Selain tu ada gak menu western lain yang agak menarik..InsyaAllah saya nak cuba kalo ke sana lagi..




Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, November 13, 2013

Fish and chips dan resepi

Selamat pagi semua..hari ni saya nak citer pasal saya masak fish and chips uollsss..1st time sebenarnya, kecoh je kan saya ni orang lain pun masak fish and chips jugak..hihihi...

Sebenarnya kebetulan je, En hubby g mancing dan ada la 7,8 ekor ikan dia bawa balik..pastu katanya ikan belitung aka dorado tu sedap kalo buat fish and chips..so gigih la saya potong ikan tu dan buang kulit sebab nak amik isi dia je.

Meh tengok bahan bahan dia kat bawah ni..saya share ngan korang resepi dia..yang paling senang dan simple lah..versi saya hokeyyy...
Bahan yang diperlukan ialah isi ikan lah kan..make sure buang sisik, kulit dan tulang dia sekali..ikan yang saya guna ialah belitung aka dorado.. selain dari tu boleh gak guna jenahak dan kerapu.

Isi ikan tu diperap dengan serbuk lada sulah, blackpepper..kalo takmo pedas tak payah bubuh.. dan sedikit garam..

Kemudian amik sebijik telur dan pecahkan dan pukul ckit..untuk mencelup isi ikan tadi..

Bahan terakhir ialah tepung goreng ayam.. atau tepung serbaguna. Oleh kerana takde breadcrumbs kat rumah..makanya saya guna tepung ni je..

Kemudian celupkan isi ikan dalam telur..golek golek ckit bagi telur melekat dan meresap.. Sementara tu boleh la panaskan minyak dalam kuali..pastikan minyak banyak ye..ala ala macam deep fry la

lepastu golek pulak dalam tepung tadi..biar semua isi ikan diliputi tepung..

kemudian ulang balik golek dalam telur dan tepung..bila minyak dah betul betul panas, goreng isi ikan tu sampai masak dan garing..

nampak tak warna dia dah keperangan kan..bila dah masak angkat dan toskan minyak..

tadaaaa..dah siap, boleh dimakan dengan fries, sos dan mayo...fries tu pandai pandai la korang goreng sendiri ye..selamat mencuba


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, November 12, 2013

My new babies

Korang jangan silap paham ye..bukan anak baru tau..tapi ...
pokok kaktus..weeeeee

Beli masa g cameron baru ni..masa cuti Awal Muharam tu..dah tak tau nak beli ape untuk diri sendiri..so beli kaktus sajo..harapnya panjang umur la semua kaktus ni..sebelum ni pun pernah jugak ada kaktus tapi semua mati..kesian..

nampak tak yang kat depan belah kanan tu ada bunga..cantik walaupun bunga cinonet je..tak sabar nak tunggu yang lain pulak keluarkan bunga..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Sunday, November 3, 2013

The Red Warrior...Semoga Berjaya !!!

Buat semua pemain pasukan Kelantan..lakukan yang terbaik pada malam ni...kaloh mene adat tanding ko guano..kami sebagai rakyat klate dan penyokong TRW mengharapkea persembahan terbaik daripado semua pemain..semoga Piala Malaysia sekali lagi menjadi milik TRW.. GOMO KELATE GOMO


P/S : Kalau tengok ke gambo tu sah sah la gajah yang menang kalo lawan kijang..ye dak...ape ape pun This is Pantai Timur..ekekekekke


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Projek craft lagi

Sebenarnya dah lama entry ni tersimpan kat draft..baru perasan belum publish..almaklumlah..saya kan rajin sangat update belog..macam rajin je..macam malas je..huhuhuhu

Projek craft kali ni sempena order oleh anak buah saya..dia nak coin bag ladybug..dia nak bagi kat kawan kawan dia sebab dah nk habis kursus menjahit..untuk kenang kenangan la katenye..

Dan ni lah hasilnya..coin bag ladybug yang colorful..2 minggu jugak nak menyiapkan 10 pcs coin bag ni..sangat puas hati dan happy bila si dia yang mengorder tu suka dengan hasil keras tangan saya ni..


kat bawah ni gambar detail ckit..dan bahagian dalam dia saya buat 2 lapis untuk nampak lebih kemas..


yang bawah ni pulak anak jiran saya yang order..dia nak tulis nama dia so jadi lah macam dalam gambar bawah ni

satu coin bag saya jual RM5..kalo order lebih dari 10 pcs dapat diskaun dan free gift..kalo berminat boleh la order ye.. :))



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, November 2, 2013

Jom singgah Felda Residence mandi air panas..

Hai korang..dah makan? Hari ni nak citer sal trip ke Sungkai, Perak. Kitorang ke sana weekend sebeum raya haji ari tu..sebenonye ada kenduri kat Ipoh..kawan En.hubby kawin..so alang alang dah ke negeri Perak tu..moh le kita singgah kolam air panas ni..

Trip ni semua mak, pak mertua dan adik2 ipar ikut sekali..sebab masing masing tak pernah lagi sampai ke kolam air panas tu..saya dah pernah pegi dulu..tahun 2008..masa tu saya still keje dan company buat family day kat situ.

Tapi sayangnya kami tak stay kay felda residence pon..sebab hotel dan villa dia fully booked..sampai bulan dec ni penuh..katanyee.. so kami sewa homestay je kat Mengkawan Chalet..tak jauh dari felda residence tu..satu malam je pon tido situ..

So lepas kami melantak kat kenduri kawan En hubby tu kami terus gerak ke homestay tu..Mil dan adik adik ipar seme tak ikut gi kenduri..deme terus straight ke tempat kejadian..

Mengkawan Chalet ni ada 3 jenis bilik..macam rumah la..sebiji sebiji dia buat..tp kembar 2..ada yang takde bilik ie masuk je terus ada katil dan tv semua..ada yang 1 bilik dan 2 bilik..yang 1 bilik ngan 2 bilik ni ada dapur dan ruang tamu..takde la beso mana pn..boleh la setakat nak bermalam kan..harga pun murah je..yang ada 2 bilik tu harga dia RM250

view sekitar chalet..gambar dalam chalet takde snap..

Kat Mengkawan Chalet ni pun ada sungai kecik..so boleh la mandi manda..memandangkan kami check in pun dah petang so kami mandi sungai je hari tu..petang tu lepas hujan benti kami terjah..takde orang pun, kami je yang mandi..sejuk sangat air dia..dan bersih..seronok la bebudak ni main air dan baling baling batu..

air sungai sejuk sangat..

Malam tu kami tak keluar ke mana pun sebab buat bbq je kat chalet tu..bawea ayam, udang, sotong yang dah siap siap perap dari rumah..sewa set bbq siap ngan arang dengan pengurus chalet..dan berbbq lah kami..gambar bbq takde amik pun sebab sibuk mencekik..hihihiihi

Esoknya lepas bekpes nasi lemak..kami gerak ke Felda Residence Hot Spring tu..lebih kurang 10 minit je sampai dah..tiket masuk RM 12 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak kanak..masa kami sampai tu tak ramai lagi orang..parking pun bayak kosong..kalau malas nak jalan kaki boleh naik mini train je..cepat sikit sampai tempat mandi..


Kawasan sekitar Felda Residence tu..anak anak saya ni kalo nampak je macam kolam sibuk la mencari ikan..tapi nan hadoo,,sebelah kolam tu restoran..

kawasan sekitar yang penuh dengan pokok..tak rasa panas pun uollss mandi sini..

penunjuk arah..pilih lah korang nak mandi kat kolam yang mana..kami ke mountain spring pool dulu..kolam air sejuk..

kat bawah pondok tu adalah private jakuzi..

mana la tiga beranak ni na pegi..saya memey jalan sensorang je sebab sibuk ngambik gambo kate ko...

ni lah dia tempat merebus telur..satu bakul kecik telur RM5..tak boleh bawa masuk telur dari luar hokey..kena beli kat situ..pastu boleh lah nak makan telur masak separuh ke..masak sepenuhnya ke..terpulang pada citarasa mengkome semua..pandai pandai la rebus sendiri..masa saya snap pic tu tak ramai orang lagi..so takde sape merebus telur..dah tengahari sikit memang penuh tempat ni..

ni lah dia mountain pool spring..dulu masa datang family day ada kepala sotong besar kat atas batu tu..entah mana hilang si sotong tu..

3 beranak ni lagi..bersiap sedia untuk mandi..

Lepas tu kami ke kolam air panas pulak..tak jauh pun dari tempat tadi..

view sekitar kolam air panas..suka betul anak anak berendam kat sini..

lepas tu saya simpan barang barang dalam loker..so takde gambar dah..mandi je sampai kecut..hihihihihi..dah puas mandi kami bersiap siap nak balik...lain kali ada rezeki boleh datang lagi..

Jumpa lagi di lain entry 


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha

Kepada semua rakan rakan blogger...sedaro maro dan saing saing sahabat ambo...selamat hari raya aidiladha...dah raya kedua baru nk buat ucapan..keh keh keh..
Tahun ni raya kat shah alam je..tak balik mana mana pun..En hubby pun hr ni dah keje balik..boring jugak la raya kat bandar..tak pegi mana pun..melepak je kat rumah...huhuhuhu
Kalo raya haji ni alkisah mestilah pasal ibadat haji dan juga korban..sesape yg korban tu jangan makan daging banyak sangat..kang naik darah padan muka..hehehehe
Kami pun korban jugak..tapi wakilkan kat famili sy kat kampung untuk uruskan..Alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga mendapat keberkatan dari Nya..
Ok lah sampai sini dulu..later later kalo I rajin I update lagi hokey...da da

Selamat hari raya aidiladha kawan kawan semua...



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, August 30, 2013

Salam Merdeka

Buat seluruh rakyat Malaysia.. Selamat menyambut hari Kemerdekaan negara yang ke 56 tahun..


Jom sama -sama kita nyanyi lagu merdeka untuk menyuntik semangat patriotik dalam diri.. ceeewahhhh...hihihihihi




Lirik lagu

Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku

Wira… menggempur musuh
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku


Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, August 28, 2013

Wordless wednesday

Akhirnya dapat gak makan..
Pai epal sedap sebab ada rasa cinnamon..yang kuning tu banana..rasa cam cekodok ckit.. hihihi



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, August 23, 2013

Aidilfitri 2013

Hai uollss..sihat ke semua..dah 2 minggu lebih Syawal baru terhegeh2 nak tepek gambar kan..huhuhu..

Camwhoring  masa odw balik dari menziarah kubur..tahun ni kami beraya tanpa ayah, ma, abg min dan abg zamri..terasa sangat lainnya..sedih dan macam tak complete je bila balik kampung hari tu..terasa sunyi je rumah kat kampung bila ma takde..walau apa pun kami harus redha , Allah lebih menyayangi mereka semua..Al fatihah..

Rumah pertama yang kami ziarah haruslah rumah mokcik iaitu adik ma..kemudian rumah mak ngah..lepas tu rumah kakak ipar saya..sebabnya rumah masing masing dekat dekat..so pergi sekali jalan je..
Gambar atas tu saya ngan kakak2 ipar, adik ipar dan anak2 buah..gambar bawah pulak barisan anak2 buah..

Masing masing kusyuk menjamu selera, antara menu rendang, lontong dan nasi impit, satay, nasi tomato, roti cicah kuzi, nasi dagang dan bermacan lagi..tak ingat dah gue..

ni kat rumah umie kakak ipar saya..dia masak nasi dagang..lepas kenyang melantak berborak la pulak deme..

Hari raya ke 2 kat rumah kakak..sebelah rumah je pun..dia masak laksa siam..korang penah makan tak laksa siam..sedap jugak la kalo kena selera
Lepas melantak laksa saya ke pasar beli lauk..sambil2 tu nak mencari lokcing @ sate ikan..muahaahaha..

Alhamdulillah ada rejeki saya..pakcik yang selalu jual lokcing tu meniaga..tak menang tangan ko dia membakar..sampai lokcing pun kurang masak sb customer ramai sangat..mana tak nya sorang order 5, 6 hinggit..saya order 15 hinggit..kekekeke
Ok la sampai sini dulu..sambung lagi nanti..bubye

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Wednesday, August 14, 2013

Wordless wednesday

Antara 12 perkara yang alangkah bagusnya kalau selalu terjadi dalam hidup kita..


yang paling best yang 1st sekali tu..stresss lah asyik gain weight



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri

Di kesempatan yang ada ni saya selaku tuan tanah belog ni ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin andai selama saya berbelog ni saya ada tersalah taip tersilap komen kat belog korang yang mana telah menyakiti hati korang..saya harap jangan lah ada yang terasa dan berkecil hati..harap korang masih sudi singgah belog picisan saya yang tak seberapa ni..semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ni kekal dan mendapat rahmat dari Nya..Inshaa Allah..

Eid Mubarak, Aidilfitri 2013.. 
anak anak yang bajet retisss..tak sporting langsung kalo nak bergambar..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Tuesday, August 6, 2013

Main bunga api

Musim perayaan memang tak lengkap kalo tak main bunga api ngan mercun kan..teringat zaman kanak kanak dulu...
Anak anak saya pun sekarang dah pandai nak main bunga api..layankan je lah..huhuhu



Main sesama ngan sepupu diorang Qaseh..ada lg belen bunga api ni..nanti balik main ngan sepupu sepupu kat rumah nenek pulak..

Saya tengah bersiap nak balik kampung ni..berbundut bundut beg nak bawa balik..kompem En hubby bebel..mesti dia akan cakap ni nk balik seminggu ke nak balik setahun..muahahahaha


Kami nak berangkat kul 4 ptg ni In shaa Allah..semoga kami selamat sampai ke destinasi nanti..Aminn

Terima kasih kerana sudi singgah sini

Monday, August 5, 2013

Projek popia untuk raya

Hari ni saya berjaya siapkan semua jenis popia yang saya bagi tau kat entry sebelum ni..untuk hari raya..nak buat biskut malas dan takde mood..so buat popia je lah..jadi lah daripada semua beli...ada la jgk hasil air tangan sendiri..ye dak..hihi
3 peket jugak la kulit popia saya beli nak buat semua tu..popia simpul inti serunding ikan, popia sira pedas aka sambal dan popia nestum..semesek je ore kelate ckp nk buat popia2 ni..hihihi..
ni lah hasilnya..suka popia nestum tu sebab rasa dia lemak2 manis gitu..popia simpul dh siap2 packing untuk bawa blk kampung..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Saturday, August 3, 2013

Iftar 23 Ramadhan

Hai korang..tgh bakar biskut raya ke..hihihi
Tak habis habis update pasal menu iftar kan..huhu..hari ni nak tepek gambar menu iftar 23 Ramadhan...
Ni antara yang sempat di masak..kurma daging, asam pedas ikan melaka style..sedap asam pedas tu..mil sy pun kata sdp..later2 saya share resipi..

yang ni pulak ulam timun ngan kuih talam marble..kuih talam ni sedap di makan sejuk.. 

ini pulak ikan goreng masak kicap ngan paru goreng..makin ke hujung bulan Ramadhan ni makin kurang idea nak masak ape...kadang kadang belek2 jugak kat google..cari idea baru..

Ok lah jumpa di lain entry..

Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...