Bloggers

Saturday, November 2, 2013

Jom singgah Felda Residence mandi air panas..

Hai korang..dah makan? Hari ni nak citer sal trip ke Sungkai, Perak. Kitorang ke sana weekend sebeum raya haji ari tu..sebenonye ada kenduri kat Ipoh..kawan En.hubby kawin..so alang alang dah ke negeri Perak tu..moh le kita singgah kolam air panas ni..

Trip ni semua mak, pak mertua dan adik2 ipar ikut sekali..sebab masing masing tak pernah lagi sampai ke kolam air panas tu..saya dah pernah pegi dulu..tahun 2008..masa tu saya still keje dan company buat family day kat situ.

Tapi sayangnya kami tak stay kay felda residence pon..sebab hotel dan villa dia fully booked..sampai bulan dec ni penuh..katanyee.. so kami sewa homestay je kat Mengkawan Chalet..tak jauh dari felda residence tu..satu malam je pon tido situ..

So lepas kami melantak kat kenduri kawan En hubby tu kami terus gerak ke homestay tu..Mil dan adik adik ipar seme tak ikut gi kenduri..deme terus straight ke tempat kejadian..

Mengkawan Chalet ni ada 3 jenis bilik..macam rumah la..sebiji sebiji dia buat..tp kembar 2..ada yang takde bilik ie masuk je terus ada katil dan tv semua..ada yang 1 bilik dan 2 bilik..yang 1 bilik ngan 2 bilik ni ada dapur dan ruang tamu..takde la beso mana pn..boleh la setakat nak bermalam kan..harga pun murah je..yang ada 2 bilik tu harga dia RM250

view sekitar chalet..gambar dalam chalet takde snap..

Kat Mengkawan Chalet ni pun ada sungai kecik..so boleh la mandi manda..memandangkan kami check in pun dah petang so kami mandi sungai je hari tu..petang tu lepas hujan benti kami terjah..takde orang pun, kami je yang mandi..sejuk sangat air dia..dan bersih..seronok la bebudak ni main air dan baling baling batu..

air sungai sejuk sangat..

Malam tu kami tak keluar ke mana pun sebab buat bbq je kat chalet tu..bawea ayam, udang, sotong yang dah siap siap perap dari rumah..sewa set bbq siap ngan arang dengan pengurus chalet..dan berbbq lah kami..gambar bbq takde amik pun sebab sibuk mencekik..hihihiihi

Esoknya lepas bekpes nasi lemak..kami gerak ke Felda Residence Hot Spring tu..lebih kurang 10 minit je sampai dah..tiket masuk RM 12 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak kanak..masa kami sampai tu tak ramai lagi orang..parking pun bayak kosong..kalau malas nak jalan kaki boleh naik mini train je..cepat sikit sampai tempat mandi..


Kawasan sekitar Felda Residence tu..anak anak saya ni kalo nampak je macam kolam sibuk la mencari ikan..tapi nan hadoo,,sebelah kolam tu restoran..

kawasan sekitar yang penuh dengan pokok..tak rasa panas pun uollss mandi sini..

penunjuk arah..pilih lah korang nak mandi kat kolam yang mana..kami ke mountain spring pool dulu..kolam air sejuk..

kat bawah pondok tu adalah private jakuzi..

mana la tiga beranak ni na pegi..saya memey jalan sensorang je sebab sibuk ngambik gambo kate ko...

ni lah dia tempat merebus telur..satu bakul kecik telur RM5..tak boleh bawa masuk telur dari luar hokey..kena beli kat situ..pastu boleh lah nak makan telur masak separuh ke..masak sepenuhnya ke..terpulang pada citarasa mengkome semua..pandai pandai la rebus sendiri..masa saya snap pic tu tak ramai orang lagi..so takde sape merebus telur..dah tengahari sikit memang penuh tempat ni..

ni lah dia mountain pool spring..dulu masa datang family day ada kepala sotong besar kat atas batu tu..entah mana hilang si sotong tu..

3 beranak ni lagi..bersiap sedia untuk mandi..

Lepas tu kami ke kolam air panas pulak..tak jauh pun dari tempat tadi..

view sekitar kolam air panas..suka betul anak anak berendam kat sini..

lepas tu saya simpan barang barang dalam loker..so takde gambar dah..mandi je sampai kecut..hihihihihi..dah puas mandi kami bersiap siap nak balik...lain kali ada rezeki boleh datang lagi..

Jumpa lagi di lain entry 


Terima kasih kerana sudi singgah sini

8 comments:

  1. bleh bagi contact number mengkawan chalet tu tak..saya try cari kat intenet tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Hubungi Pn Maria 019-5115707. Tkasih

      Delete
    2. Salam.
      Hubungi Pn Maria 019-5115707. Tkasih

      Delete
    3. Salam.
      Hubungi Pn Maria 019-5115707. Tkasih

      Delete
  2. saya juga nak contact number mengkawan chalet tu tak..mmg cari kat intenet tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Hubungi Pn Maria 019-5115707. Tkasih

      Delete
    2. Salam.
      Hubungi Pn Maria 019-5115707. Tkasih

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...