Wokey..hari ni nak share ngan korang resepi kerabu mangga yang sangat simple dan senang nak buat dan pastinya sedap..saya amik resepi kat En google..
Mangga besar datang dari Jitra ni uollss..kebetulan minggu sblm cuti sekolah Mil saya balik kampung Jitra dan buah mangga kat rumah atuk En hubby sangat la lebat..diorang kait la bawa balik..berbelas biji jugak la tp semua still muda lg..so buat kerabu memang sedap la kan.
Bahan bahan yang diperlukan sangat senang uollss..antaranya
~ opkos la hero dia buah mangga kan..paling sesuai mangga yang belum masak..diparut
~bawang merah di mayang
~cili padi dipotong kecik
~ikan bilis di goreng
~sebiji tomato di dadu
~sos ikan secukup rasa
~air perahan 3 biji limau kasturi
~1 sudu kecil garam dan 1 sudu bsr gula
Korang potong dan parut semua bahan, goreng ikan bilis semua siap-siap dan korang campurkan dalam satu bekas kecuali ikan bilis.
Kemudian korang tabur garam dan gula atas bahan tadi..gaul rata..
Kemudian korang tuang sos ikan tadi lebih kurang 3-4 sudu besar..bergantung kepada saiz mangga yg korang guna..kalo mangga kecik boleh kurangkan sukatan. Gaul lagi dan rasa ckit dah cukup rasa ke belum..
Kalo rasa dah cukup semua masam, manis, masin korang tabur ikan bilis dan gaul sebati dan boleh dihidangkan untuk makan dengan nasi..makan macam tu je pun sedap..
Nilah hasil yang saya dah buat..yang ni kali kedua buat..masa mula-mula buat sy tak amik gmbr sebab tak nyempat nak ngappp...licin korang..rasa tak puas makan..tapi yang ni versi mangga dah masak ckit sebab tu color dia dah kekuningan..kalo tak color dia cam pucat ckit..yang ni berair ckit la sb isi mangga dah lembut kan tp still sedap dan licin..
Terima kasih kerana sudi singgah sini