Bloggers
Wednesday, July 31, 2013
Kuih muih sepanjang Ramadhan
Tuesday, July 30, 2013
Adam allergic
Saturday, July 27, 2013
Menu berbuka 18 Ramadhan
Hai korang..dah siap masak ke..hr ni mak mertua sy yang masak..tak semua ada berbuka kat rumah hari ni so masak simple je..hari2 pun masak simple sebenarnya..
Saya sempat gak tadi pegi bazar kat stadium shah alam..kuar awal so takde la ramai org lagi masa tu..hasil rembatan air tebu, laksa, laksam, popia basah dan goreng serta tepung pelita..semua nafsu semata mata..hihihi
Friday, July 26, 2013
Iftar 17 Ramadhan
Hi korang..dah siap masak ke semua...saya br siap..masak simple2 je sebab takde mood sangat rasanya..tapi tetap kena masak kan..setelah ape yg berlaku nak tak nak kehidupan harus diteruskan walaupun masih diselubungi rasa sedih dan rasa tak percaya..
Hari ni sy masak kuah lemak paru..ikan kerisi goreng ngan syr kacang goreng bersama pedal..dah ponin pikir nak masak ape last2 tu yg terhasil..jadilah dari takde pape..jemput tengok..
Tuesday, July 23, 2013
11 Ramadhan ma kembali ke rahmatullah
Setelah dua hari ma tak sedarkan diri kat hospital akhirnya dia dijemput Ilahi pada pukul 3.40 pg, 20 Julai 2013..sayu sangat hati ni nak terima kenyataan yang ma dah takde lagi..baru je lepas 10 hari arwah abang kembali ke rahmatullah kemudian arwah ma pulak mengikut. Jenazah telah selamat dikebumikan lepas zohor pada hari yang sama. Dah ketentuan Allah kami akan kehilangan 2 ahli keluarga pada Ramadhan tahun ni.. Berat rasanya dugaan yang kami terima kali ni..
Saya tak sempat menjenguk arwah ma kat hospital..Saya sampai kampung tengah malam jumaat tu dalam pukul 12 lebih memandangkan dah lewat kami decide balik rumah dulu dan pagi esoknya baru ke hospital melawat arwah ma..tapi kita hanya merancang kan..baru je terlelap dlm sejam lebih akak ipar saya kejut katanya hospital call bagi tau arwah ma tenat. Kami terus bersiap ke hospital..tapi baru je masuk kereta abang saya call bagi tau yang arwah ma dah meninggal. Nurse yang bertugas malam tu kata jantung arwah ma tiba tiba je berhenti berdegup sebelum sempat kami sampai hospital. Last saya jumpa arwah ma 1 Ramadhan masa nak kebumikan arwah abang.
Menurut doktor arwah ma kena stroke berdarah sebab ada darah beku kat kepala. Mulanya diorg nak operate tapi sb condition ma yang tak stabil diorg tak leh wat pape sampai ma sedar. Tapi Allah lagi sayangkan arwah ma. Allah mempermudahkan segala urusan dan meringankan beban kesakitan yang arwah tanggung.
Walaupun dah 4 hari berlalu saya masih teringat ingat suara arwah dan rasa macam arwah masih ada lg..rasa macam tak percaya semua ni terjadi kat famili saya..setiap kali saya teringat pasti akan mengalir air mata..saya cuba untuk kuat tapi tak boleh..selalunya kalo bosan saya akan call arwah sembang sembang dengan dia..tapi sekarang dah takde sape saya nak call..terasa satu kehilangan yang sangat besar bagi saya yang tak mungkin akan berganti. Dah takde orang nak bebel bebel kat saya, cerita macam macam, ajar saya resepi yang saya tak tau..
Saat saya menaip entry ni pun air mata mengalir lagi tanpa dapat saya sekat..tak tau macam mana nak hadapi hari hari mendatang tanpa seorang ibu..ye walaupun saya dah ada suami tapi bagi saya kehadiran seorang ibu tetap penting dalam kehidupan..dia lah idola dan guru saya sejak dari hari pertama saya lahir ke dunia..dia lah penghibur di kala duka..peneman di kala sepi, pembimbing di kala saya tak tau..sekarang semua tu dah takde.
Ya Allah kuatkan lah hati dan imanku untuk menghadapi dugaan Mu dan hari hari mendatang tanpa ma lagi..berikan lah hamba Mu ini ketabahan..kasihanilah aku Ya Allah..hanya kepada Mu aku bermohon dan meminta pertolongan.
Al fatihah untuk arwah ma dan arwah abang zamri..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin
Thursday, July 18, 2013
Rakan blogger tolong doakan ma saya cepat sembuh
Subuh tadi saya terima call dari anak buah di kampung, katanya ma saya tak sedarkan diri. Abang saya kejut ma saya lebih kurang pukul 4.30 pagi untuk bangun sahur tapi dia dah tak sedar masa tu.
So terus bawa ma ke Hospital Kota Bharu bahagian emergency. Doktor bagi oksigen untuk bantuan pernafasan. Hasil ujian x ray dan scan, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru paru ma dan darah beku kat kepala.
Mulanya doktor kata mungkin kena operate tapi bila diorang cek betul betul darah beku tu berada di luar tengkorak, so buat masa sekarang ni doktor kata tak perlu untuk operate. Doktor akan masukkan ubat je .
Pukul 1 tadi ma saya dah dipindahkan ke wad tapi masih lagi belum sedar. Kepada rakan rakan blogger yang membaca entry ni mohon mendoakan yang terbaik untuk ma saya dan doakan semoga dia cepat sembuh..
Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosa ibuku..ringankan lah beban dan kesakitan yang di alaminya, permudahkanlah segala urusan dan berikanlah kesembuhan daripada sakit yang dihidapinya.. Aminnn
Tuesday, July 16, 2013
My new companion
Rezeki saya la kot dapat gak merasa pakai gadjet ni.. Alhamdulillah syukur nikmat..
Friday, July 12, 2013
1 Ramadhan dia pergi untuk selamanya
Subuh Ahad lepas dia sesak nafas dan macam sedar tak sedar camtu, SIL terus panggil ambulans bawa ke HKL. Sejak hari tu keadaan dia semakin kritikal dan lemah dan tak sedar sampai ke akhir nafas dia..Saya sempat jaga arwah abang sampai ke akhir nafas dia. Saya temankan SIL jaga abang kat HKL.
Sayu sangat rasanya ramadhan tahun ni bila kehilangan seorang lagi ahli keluarga..kami semua redha dengan ketentuan Allah. Daripada 10 orang adik beradik sekarang tinggal 8 je.. dua-dua abang saya meninggal pada bulan Ramadhan, abang saya yang terdahulu meninggal pada 3 Ramadhan tahun 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.