Entry ni lama tersimpan kat draft..lupe nak masukkan gambar..kami g makan-makan sempena birthday anak-anak kat The Sumbs Cafe yang terletak kat Shah Alam..belakang Tesco extra Shah Alam..dekat ngan Bussiness worldwide Shah Alam. Sape yang duk area Shah Alam ni tau la kan kawasan tu..Eh berapa banyak Shah Alam la nak taip..
Bertemakan For Foodie by Foodie..restoran ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang menarik, sedap dan harga yang sangat berpatutan. Air pun diorang jual bermula Rm1.60..hari tu kami order spageti carbonara untuk anak-anak berharga RM9.90 , saya makan chicken milanese RM11 dan En hubby lak makan blackpepper chicken chop RM10.50..semua nya sedap..chicken milanese tu sangat la big portion bagi saya siap leh kongsi dengan En hubby..sebab tak larat nak habiskan..konsep restoran diorang ni makanan di hidangkan dalam kotak..so kalo korang tak habis makan boleh terus bawa balik ngan kotak-kotak tu sekali..
Selain dari makanan yang best dan sedap korang jugak boleh terai dessert Sukasucre by Dato Dr Fazley Yaakob..juara Masterchef Selebriti musim pertama..macam-macam ada dari macaron, kek moist coklat, tart, kekonut, creme brule...arrgghhhh semua nak la..hari tu sempat gak merasa kekonut dan kek moist coklat dan macaron..sebenarnya macaron dah habis tapi saya beli kek yang ada macaron atas dia so dapat gak merasa kan..serius sedap..thumbs up to Dato Dr Fazley..
Restoran The Sumbs ni jugak sebenarnya ada menu dessert diorang sendiri..macam tiramisu, panna cota, soothing mango, churros dan macam-macam lagi lah..hari tu sempat gak merasa panna cota with fruits..gmbr atas sebelah kanan..sedap dan sejuk je tekak bila makan..
Oh ya restoran ni kalo korang datang masa peak hours especially lunch selalunya orang ramai dan kena beratur untuk dapatkan meja..beratur tu bukan la macam kat kantin ke ape..just tinggalkan nama dan tunggu dalam 10-15 minit. Depends pada berapa ramai yang dah beratur depan korang la kan..macam saya pegi hari tu dalam pukul 3 lebih still ramai lagi orang lunch..tunggu jugak la 5 minit..
Kalo korang nak tengok menu dan gambar -gambar makanan lain yang restoran ni hidangkan boleh follow ig diorang @thesumbscafe.. menjejes air liur weh..next time nak try sandwich daging dendeng ngan spageti marinara lak..
Peringatan utk diri sendiri : Oiitt..DIET!!!!!!!!! Hampeh tul..kikikiki
owhhh ingtkan mahal x mampu makan kedainyer... tp ok la regenyer lelebey lagi sedap lak tu kan...
ReplyDeleteadoi nampak sedap sangat moist dengan macaron tu, banyak gak Nida dapat try. owner Dato Fazley ke? macam best, harga pun ok.
ReplyDeletemenarik! leh p try
ReplyDeleteoo western menu ye?ni kalau wife saya tau ni kompom2 dia ajak pegi ni.dia dah la suka try tempat2 yg dia tak biasa pegi :D
ReplyDeleteadehhhh....mlm2 jengah ke sini..mata dijamu dgn mknan yg sedap2......
ReplyDeletebagus konsep dia. takde la membazir kalau tak abis makan kan.
ReplyDeletemakan je awak... lepas makan banyak2 kite minum le green tea banyak2 juga. hehehe