Bloggers

Friday, March 14, 2014

Dinner di Mr Steak House

Last weekend kami terjah satu restoran kat Seksyen 13 Shah Alam..dah lama duk aim restoran ni sebenarnya..kebetulan kepingin nak makan lamb..jadinya saya ngajak la En Hubby makan kat Mr Steak House..ada sape pernah makan kat sini tak?

Masa kitorang sampai tu lebih kurang pukul 8 lebih malam..orang takde la ramai sangat..ada la 5 meja kot..kami amik meja kat belakang sikit sebab restoran ni tepi jalan takut jugak anak anak saya yang sopan santun ni main tepi jalan..huhuhu..
Bila tengok menu..boleh tahan banyak gak la pilihan makanan yang ada..dari western, sizzling, burger, nasi goreng pun ada..
Oleh kerana tekak ni nak mencekik kambing makanya kami oder mix lamb chop, mix steak dan morocco chicken rice untuk anak anak..yang bagusnya servis diorang memang cepat..tak sampai 10 minit order makanan dan minuman pun sampai..overall rasa makanan boleh tahan dan mengenyangkan..nasi ayam tu ingatkan macam nasi ayam ala morocco ke ape..tapi macam nasi goreng butter dan ada 1/4 grilled chicken..rasa pun boleh tahan sedap lah..


Sementara kami makan tu pelanggan yang datang pun makin ramai sampai ada yang sanggup berdiri sekitar tu untuk tunggu ada meja kosong..kami pun plan nak repeat makan kat sini..nak terai menu lain pulak..ok la jumpa lagi di entry yang akan datang..selamat berhujung minggu semua..



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Doa untuk MH370

Salam Jumaat yang mulia, penghulu segala hari..Dah masuk hari ke 7 pesawat MH370 hilang di udara..



Doa saya semoga MH370 akan dapat ditemui dan semua penumpang, pilot dan cabin crew selamat kembali kepangkuan keluarga mereka..Aminn



Terima kasih kerana sudi singgah sini

Friday, March 7, 2014

Resepi : Kuih koci labu

Salam Jumaat yang mulia..penghulu segala hari..ku ke udara belog lagi hari ni..cewah mood rajin ngapdet la konon ni..hari ni nak share kat sini resepi kuih koci labu..mungkin ada antara korang yang memang dh tau resepi dan selalu buat kuih ni kan..tapi takpe lah saya nak share jugak..kot2 di masa akan datang terlupa resepi boleh refer sini ye dak..hehehee

Antara bahan yang kita perlukan ialah seperti berikut ya puan puan..
1. Tepung beras pulut
2. Sebiji labu..kupas kulit, potong kecil dan direbus/kukus sampai empuk..kemudian toskan air dan lenyek2 labu tersebut
3. 1 cawan Santan ( saya guna 1 santan kotak)
4. 2 cawan Kelapa parut
5. 1 cawan Gula merah
6. Sedikit garam
7. 2 helai Daun pandan
8. Daun pisang ( dipotong dan di sapu minyak)
9. 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Step 1 - Proses penyediaan inti
1. Kelapa parut dimasukkan ke dalam periuk bersama gula merah dan daun pandan..ikut citarasa korang nak manis atau kurang manis..masak atas api sederhana sampai gula merah dan kelapa sebati. Kalo taknak manis sgt guna 3/4 cawan je gula merah tu.

2. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk. Lepastu bulat bulatkan inti tu lebih kurang sebesar duit 10 sen..macam gambar kat bawah ni

Step 2 - Proses penyediaan santan
1. Masak santan kat atas dapur..terpulang pada korang nak santan asli atau kotak..saya just guna santan kotak je..

2. Masukkan garam dan daun pandan

3.Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dan masak sampai santan tu kelihatan meletup letup dan tutup api..jangan sampai pecah minyak..

Step 3 - Proses membancuh tepung dan membungkus
1. Bancuh tepung bersama labu yang telah direbus dan dilenyek tadi..pastikan tidak terlalu lembik dan tidak melekat kat tangan..kalo still melekat tambah sedikit tepung lagi..saya punya adunan tu melekat gak la sikit kat tangan..

2. Ambil sedikit tepung dan letakkan di atas daun pisang..ingat ye daun pisang tu kena sapu minyak, kalo tak tepung ni melekat kat daun dan susah nak bentuk dia jadi bulat..amik satu inti yang dibulatkan tadi dan balut inti tu ngan tepung..tolakkan tepung tu ngan daun pisang sampai jadi bulat dan cover semua inti..pastu curahkan santan yang dah di masak tadi kat atas tepung yang dah jadi bulat tu..ikut step dalam gambar kat bawah ni..

3. Balut kuih koci korang cantik cantik dan susun dalam pengukus..saya tak reti sangat bab membalut ni sampai ada gak la santan yang meleleh keluar..asal kuih koci tak terkeluar sudah..macam balut nasi lemak pun boleh..kikiki.. susun sampai habis kuih koci tu dan kukus sampai keluar wap..sebelum tu jangan lupa panaskan air dalam pengukus..


6. Dan inilah hasilnya kuih koci labu kegemaran saya..sedap tau korang...kenyal kenyal gitu..selamat mencuba...

Jumpa lagi di lain entry uollsss..


Terima kasih kerana sudi singgah sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...